Buah Mahkota Dewa (Phaleria macrocarpa) adalah pokok malar-hijau yang tebal, membesar dengan baik dalam iklim tropika, merupakan tanaman jenis pohon yang berkembang dan tumbuh sepanjang tahun dan mampu mencapai ketinggian 3-4 meter.
Batang bergetah terdiri dari kulit yang berwarna coklat kehijauan dan batang kayu berwarna putih, ianya berakar tunjang.
Phaleria Macrocarpa bermakna Mahkota tuhan, sejenis tumbuhan dari keluarga Thymelaeaceae yang mana nama ini diberikan kerana dipercayai diturunkan dari langit, hasil dari doa munajat hambanya.
Mahkota Dewa merupakan tumbuhan asal dari kepulauan Papua (Irian Jaya) terletak di timur jauh kepulauan Indonesia, daerah Maprik.
Beberapa abad dahulu benih pokok Mahkota Dewa dibawa dari pulau Papua oleh bomoh-bomoh tradisional Jawa dan menanamnya di kawasan lapang Istana Solo dan Jogyakarta.
Pawang dan bomoh menggunakan buah beracun ini dengan cara tertentu untuk dijadikan sumber penyembuh yang berguna.
Ilmu pengetahuan perubatan ini menjadi rahsia bersama resepi tertuanya di dalam dinding istana di Jawa untuk beberapa generasi sebelum tersebar kepada orang ramai.
Kaum Jawa merujuk buah ini sebagai ‘Makuto Dewo dan tabib Cina menamakannya ‘Pau’, dadah warisan (patrimony drug).
Kini Mahkota Dewa tidak lagi menjadi herba yang dirahsiakan dan disebabkan nilai ekonomi dan faedah perubatan, ramai telah mula menanam pokok Mahkota Dewa.
Pokok Mahkota Dewa mudah tumbuh, tanpa memerlukan sebarang penjagaan khas atau pengendalian.
Mahkota Dewa boleh tumbuh di kawasan-kawasan dari 0 – 1000 meter di atas paras laut, boleh mencapai ketinggian sehingga 5 meter dan mudah menghasilkan bunga yang akhirnya menjadi sebagai buah.
Keseluruhan bahagian Mahkota Dewa, biji, buah, daun dan ranting mengandungi ciri-ciri perubatan yang boleh digunakan sebagai herba tunggal atau dicampurankan bersama herba-herba lain untuk menguatkan kesannya bagi meneutralkan racun.
Walaupun Mahkota dewa rasanya agak manis, perlu diingatkan bahawa ia tidak boleh dimakan begitu sahaja sebagai ubatan. Mahkota Dewa merupakan tumbuhan beracun yang boleh membawa maut.
Terdapat beberapa cara tertentu untuk menjadikan Mahkota Dewa selamat digunakan sebagai perubatan tradisional.
Buah hijau belum matang serta buah masak merah boleh diracik dan dikeringkan di bawah matahari.
Ambil satu sudu (tidak lebih) isi yang sudah diracik dan dikeringkan lalu campurkan ke dalam segelas air panas mendidih untuk dijadikan minuman.
Dipercayai bahawa isi buah Mahkota Dewa mengandungi sebatian anti-oksida untuk melawan kanser.
Tidak disyorkan kepada wanita hamil kerana boleh mendatangkan kemudaratan ke atas janin dalam kandungan.
Mahkota Dewa sering digunakan dalam rawatan perubatan alternatif bagi pelbagai penyakit, namun tempoh penyembuhan biasanya berbeza, bergantung kepada berat badan pesakit dan tahap penyakit itu.
Penyakit kronik seperti kanser memerlukan kira-kira lapan bulan penyembuhan dengan dos pengambilan sebanyak dua sudu isi kering Mahkota Dewa yang sudah diracik ke dalam segelas air panas.
Jika keadaan penyakit menunjukkan tanda-tanda penyembuhan maka dos pengambilan dikurangkan.
Mahkota Dewa juga dipercayai dapat menyembuhkan penyakit-penyakit lain dan penyakit bersangkutan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, mati pucuk, insomnia, selsema, sakit sendi, alahan, penyakit jantung, sakit pundi kencing, asid urik dan masalah hati.
Walau bagaimanapun, penggunaan perubatan tradisional Mahkota Dewa ini perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan pakar herba.
Bahan Aktif Mahkota Dewa
Daun berbentuk lonjong, lansing, memanjang dengan hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.
BUAH MAHKOTA DEWA MENGANDUNGI BEBERAPA BAHAN AKTIF SEPERTI:
Alkaloid
Saponin yang bermanfaat sebagai:
Flavonoid yang mampu:
Polifenol yang berfungsi sebagai anti histamin (antialergi).
KHASIAT BUAH MAHKOTA DEWA
Komponen lignan baru yang terdapat pada ekstrak isi buah mahkota dewa berumus molekul C6 H2O O6 & berstruktur 5-{4(-menthoxy-phenyl-tetrahydrofuro-[3,4-c]furan-1-yl)-benzene-1,2,3-triol.
KHASIAT MAHKOTA DEWA UNTUK KESIHATAN
Herba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai khasiat untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti daun, biji, buah, batang, ranting dan akar.
Antaranya seperti berikut:
CARA PENYEDIAAN MAHKOTA DEWA
Buah Mahkota Dewa (kulit dan isi) dihiris nipis-nipis, kemudian dijemur sehingga benar-benar kering. Kemudian, rebus hirisan tadi dan minum air rebusan.
Sukatan untuk Kanser dan Tumor
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Peraturan minum:
Sukataan untuk kencing manis
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Peraturan minum:
Sukatan untuk Reumatik dan Gout
Bahan-bahan:
Cara penyedian:
Peraturan minum:
Sukatan untuk Hepatitis
Bahan-bahan:
Cara penyedian:
Peraturan minum:
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Khasiat Buah Mulberi Untuk Awet Muda Dan Penawar Kanser
sumber: herbadantumbuhan

- Daun: Mengandungi antihistamin, alkaloid, saponin dan polifenol (lignan).
- Kulit Buah: Mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.
- Buah: Alkanoid, tannin, flavonoid, fenol, saponin, lignan, minyak asiri dan sterol.
Daun berbentuk lonjong, lansing, memanjang dengan hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.
BUAH MAHKOTA DEWA MENGANDUNGI BEBERAPA BAHAN AKTIF SEPERTI:
Alkaloid
- Bersifat detoksifikasi yang mampu meneutralkan racun dalam tubuh.
Saponin yang bermanfaat sebagai:
- Sumber anti bakteria dan anti virus.
- Meningkatkan sistem imun tubuh.
- Mengurangkan kadar gula dalam darah.
- Mengurangkan penggumpalan darah.
Flavonoid yang mampu:
- Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya kesumbatan pada pembuluh darah.
- Mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi pengumpulan lemak pada dinding pembuluh darah.
- Mengurangi kadar risiko penyakit jantung koronari.
- Mengandung antiinflamasi (antiradang).
- Berfungsi sebagai anti-oksidan.
- Membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.
Polifenol yang berfungsi sebagai anti histamin (antialergi).
KHASIAT BUAH MAHKOTA DEWA
- Kulit dan isi: Mengubati cirit berdarah, psoriasis dan jerawat.
- Daun dan Biji: Mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim dan gatal-gatal.
- Buah: Antitumor, antidisentri, antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik dan antibodi.
Komponen lignan baru yang terdapat pada ekstrak isi buah mahkota dewa berumus molekul C6 H2O O6 & berstruktur 5-{4(-menthoxy-phenyl-tetrahydrofuro-[3,4-c]furan-1-yl)-benzene-1,2,3-triol.
KHASIAT MAHKOTA DEWA UNTUK KESIHATAN
Herba Mahkota Dewa mengandungi pelbagai khasiat untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Khasiatnya berbeza mengikut bahagian seperti daun, biji, buah, batang, ranting dan akar.
Antaranya seperti berikut:
- Mengurangkan kandungan kolesterol, mengurangkan penambahan lemak di dinding pembuluh darah.
- Menyingkirkan racun dan toksin di dalam badan.
- Berfungsi sebagai bahan anti-bakteria dan anti-virus.
- Meningkatkan sistem ketahanan badan.
- Meningkatkan daya tahan pesakit diabetes dan darah tinggi.
- Mengurangkan kadar gula dalam darah dan menghalang pengumpulan darah.
- Membantu mengurangkan kadar angin dalam badan.
- Sebagai bahan untuk anti-virus, anti-bakteria, anti-oksidan, anti- alergi dan anti-radang.
- Membantu melancarkan peredaran darah di dalam badan dan mengelakkan berlakunya penyumbatan pada pembuluh darah.
- Membantu mengurangkan kesakitan tatkala berlaku pendarahan dan pembengkakan di badan.
- Mengurangkan kesan daripada penyakit jantung koroner.
- Mengubati dan mengurangkan penyakit kanser seperti kanser payudara dan kanser rahim.
- Meningkatkan stamina dan ketahanan badan terhadap influenza.
- Bertindak sebagai bahan bagi membantu proses penyembuhan penyakit tekanan darah tinggi.
CARA PENYEDIAAN MAHKOTA DEWA
Buah Mahkota Dewa (kulit dan isi) dihiris nipis-nipis, kemudian dijemur sehingga benar-benar kering. Kemudian, rebus hirisan tadi dan minum air rebusan.
Sukatan untuk Kanser dan Tumor
Bahan-bahan:
- 5 gram isi buah mahkota dewa
- 10 gram kering
- 15 gram
- 15 gram kering cakar ayam
Cara penyediaan:
- Basuh semua bahan.
- Rebus dalam 5 cawan air, sehingga menjadi 3 cawan.
- Ditapis dan dibiarkan sehingga sejuk.
Peraturan minum:
- 3 kali sehari, setiap 1 cawan diminum 1 jam sebelum makan.
Sukataan untuk kencing manis
Bahan-bahan:
- 5-6 biji buah mahkota dewa.
Cara penyediaan:
- Buah mahkota dewa dibasuh terlebih dahulu.
- Dihiris nipis-nipis.
- Direbus dalam 5 cawan air sehingga menjadi 3 cawan air.
- Ditapis dan dibiarkan sehingga sejuk.
Peraturan minum:
- 3 kali sehari, setiap 1 cawan diminum 1 jam sebelum makan.
Sukatan untuk Reumatik dan Gout
Bahan-bahan:
- 5 gram isi buah mahkota dewa.
- 15 gram akar sidaguri.
- 10 gram kering sambiloto.
Cara penyedian:
- Buah mahkota dewa dibasuh terlebih dahulu.
- Dihirisan nipis-nipis.
- Direbus dalam 5 cawan air sehingga menjadi 3 cawan air.
- Ditapis dan dibiarkan sehingga sejuk.
Peraturan minum:
- 3 kali sehari, setiap 1 cawan diminum 1 jam sebelum makan.
Sukatan untuk Hepatitis
Bahan-bahan:
- 5 gram isi kering buah mahkota dewa.
- 15 gram pegaga.
- 10 gram kering sambiloto.
- 15 gram daun mahkota dewa.
Cara penyedian:
- Buah mahkota dewa dibasuh terlebih dahulu.
- Dihirisan nipis-nipis.
- Direbus dalam 5 cawan air sehingga menjadi 3 cawan air.
- Ditapis dan dibiarkan sehingga sejuk.
Peraturan minum:
- 3 kali sehari, setiap 1 cawan diminum 1 jam sebelum makan
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Khasiat Buah Mulberi Untuk Awet Muda Dan Penawar Kanser
sumber: herbadantumbuhan
Banyak khasiatnya...
ReplyDeleteMmg banyak khasiat rupanya.. pernah tengok satu produk kopi ada campuran mahkota dewa didalamnya, tp tak pernah cuba lagi. Thanks sharing SP.
ReplyDeleteBnyak khasiatnya..sangat mmberi kebaikan kpd kesihatan kita
ReplyDelete