Wednesday, December 27, 2017

Keunikan Bulu Kening Bersambung Wanita Tajikistan


Apa agaknya perasaan anda apabila melihat bulu kening seorang wanita bersambung? Mungkin kita akan berasa pelik kan? Namun, wanita Tajikistan digambarkan sebagai wanita yang sangat gemar menyimpan bulu kening atau bulu alis yang lebat.

Keunikan Bulu Kening Bersambung Wanita Tajikistan

Bagi wanita Tajikistan, kecantikan mereka tidak terletak pada kening yang dibentuk nipis, tetapi mereka lebih menyukai alis yang unik, lebat dan bersambung!

Bagi mereka, menyimpan alis bercantum dan lebat adalah lebih cantik berbanding mencabut atau mencukurnya.

Tajikistan atau nama rasminya, Republik Tajikistan ialah sebuah negara yang terletak di benua Asia.

Negara ini dikelilingi gunung-ganang dan bukit-bukau yang cantik dengan jalan yang berbahaya dan mencabar.

Negara yang wanitanya mempunyai kening lebat dan bersambung ini hanya diketahui keunikannya itu selepas kejatuhan Soviet Union.

Sejak itu, Tajikistan yang sebelumnya terasing daripada dunia luar kini menjadi tarikan pelancong teruatamnya kerana imej luar biasa wanitanya.

Apa yang uniknya, kebanyakan alis lebat dan bersambung ini adalah semulajadi disebabkan faktor genetik.

Walau bagaimanapun, bukan semuanya mewarisi keunikan itu. Ada sebahagiannya lahir dengan bulu kening nipis dan tidak bersambung.

Keunikan Bulu Kening Bersambung Wanita Tajikistan

Jadi, untuk kelihatan lebih cantik dengan alis mata idaman, mereka akan berusaha untuk menjadikannya 'bersambung' menggunakan ramuan seperti inai yang dinamakan 'Usma'.

Proses menghasilkannya cukup mudah. Usma akan dibiarkan kering dibawah matahari dan setelah kering, daun akan digiling sehingga mengeluarkan cecair berwarna hijau pekat.

Usma kemudiannya dilumur dan dibiarkan selama 15 minit sebelum diulang sebanyak dua atau tiga kali sehingga benar-benar kelihatan tebal.

Walaupun nampak pelik bagi kita, namun sangat indah pada pandangan lelaki dan wanita Tajikistan.

Cara lelaki Tajikistan menilai kecantikan seseorang wanita juga berbeza kerana perkara pertama yang akan diperhatikan adalah kening, barulah mata dan rambut. Pelik kan!

Sebab itulah sebahagian wanita Tajikistan masih lagi mengekalkan imej kening tebal dan bersambung oleh generasi terdahulu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kucing Pelik Mempunyai Bulu Kening

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon