Thursday, December 28, 2017

Bekerja Dengan Kerajaan Adakah Wajib Undi Kerajaan?


"Tolonglah jadi cerdik, jangan jadi bodoh," itu kata pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam salah satu ceramahnya di Melaka yang disiarkan di YouTube berhubung pendapat segelintir pihak yang mengatakan, "Orang bekerja dengan kerajaan wajib undi kerajaan dalam pilihanraya."

Adakah Wajib Undi Kerajaan

Menjawab soalan penonton, kata UAI, dalam pilihanraya kerajaan tidak masuk bertanding, hanya parti-parti politik yang perlu diundi oleh rakyat, mana-mana parti yang menerima undi paling banyak itulah yang akan menjadi kerajaan.

Secara teknikalnya, istilah kerajaan tidak boleh digunakan menjelang pilihanraya kerana apabila parlimen dibubarkan, sudah TIADA lagi yang menjadi kerajaan.

Oleh itu, seruan agar pekerja-pekerja kerajaan wajib mengundi kerajaan tidak betul kerana kerajaan tidak bertanding. Yang bertanding adalah parti-parti politik yang ingin menjadi kerajaan seterusnya.

Mengaburi mata pengundi

Seorang menteri pernah berkata kepada pekerja kerajaan – jangan menggigit tangan yang menyuap.

Ini adalah kenyataan yang dangkal. Jika semua pekerja kerajaan adalah peminta sedekah dan mendapat duit dari orang yang mengeluarkan duit dari poket sendiri, maka itu tidak mengapa dan semestinya tidak elok menggigit tangan yang memberi.

Malangnya, duit gaji yang diterima pekerja kerajaan bukanlah datang dari duit poket mana-mana menteri, malah ia datang dari duit cukai rakyat dan juga, gaji yang diterima adalah sebagai balasan perkhidmatan yang diberi.

Ia adalah gaji kerana pekerja kerajaan telah bekerja siang malam, lima hari seminggu.

Memang tanggungjawab kerajaan untuk MENGURUS gaji malah, jika ahli politik ingin mengancam rakyatnya sendiri supaya mengundi mereka, maka sesungguhnya ia adalah perbuatan yang salah. Itu tidak lebih hanyalah tindakan untuk terus berkuasa dan bermaharajalela!

Demokrasi
Sistem demokrasi adalah indah, di mana rakyat diberi peluang untuk menukar kerajaan yang lama kepada yang baru setiap 5 tahun. Itulah kuasa yang rakat termasuk pekerja kerajaan ada, pada hari PRU nanti akan diberi kuasa untuk melantik parti yang dirasakan lebih baik dari parti sebelumnya.

Dan sememangnya undi kita adalah rahsia. Adalah salah di sisi undang-undang jika SPR mengetahui siapa mengundi parti mana.
Oleh itu, adalah tidak wajib bagi pekerja kerajaan untuk mengundi mana-mana parti selain parti yang diyakininya

Malah, rakyat semua berkewajipan untuk memilih parti yang lebih amanah!

Jika kita tidak sedar kuasa yang ada pada tangan kita, maka rakyat akan terus diperkotak-katikkan oleh golongan tertentu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Undi Tidak Percaya Dipanggil Pemindahan Politik, Bukannya 'Guling Kerajaan'!



sumber: jebatmustdie

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon