Setiap kali mendengar berita pengamal perubatan didakwa di mahkamah atas tuduhan kecuaian atau bersikap biadab kepada para pesakit yang dirawat, hati kecil ini selalu tertanya-tanya, ke mana perginya sumpah pengamal perubatan yang dibaca semasa bergelar pelajar perubatan?
Bukankah ikrar tersebut patut dipertahankan kerana ia sebenarnya mendefinisikan siapa kita sebagai seorang doktor atau tabib?
Atas sebab ini, mari kita lihat sejarah sumpah seorang pengamal perubatan dan bagaimana ia membentuk pemahaman kita tentang kerjaya seorang doktor hari ini.
Semua sedia maklum sumpah atau ikrar ini ada kaitan dengan Hippocrates. Siapa sebenarnya Hippocrates?
Hippocrates atau Hippocrates dari Kos ialah seorang doktor Yunani antara 460-370 Sebelum Masihi.
Beliau dianggap tokoh ulung dalam dunia perubatan pada zamannya dan digelar Bapa Perubatan Moden kerana banyak memberi sumbangan penting di sebalik peranannya sebagai pengasas Sekolah Perubatan Hippocrates.
Ini kerana menerusi penubuhan sekolah tersebut, ia merevolusikan perubatan sebagai satu disiplin tersendiri dan membezakan ia dengan bidang lain yang dikaitkan dengannya iaitu theurgy (ritual mistik) dan falsafah, sekaligus menjadikan ia satu pekerjaan penting pada ketika itu.
Malah, tidaklah mengejutkan sumbangan Hippocrates turut membawa kepada pelbagai penemuan dan reformasi perubatan yang dilakukan cendekiawan Islam, Ibnu Sina (Avicenna di sebelah Barat) yang membawa kepada buku teks pertama perubatan, Al-Qanun fi’t-Tibb (Kanun Perubatan).
Sekarang mari berbicara tentang sumpah pengamal perubatan. Secara logik ramai mengaitkan ia dengan Hippocrates berikutan status beliau sebagai Bapa Perubatan Moden.
Tetapi ramai tidak mengetahui bila tarikh sumpah tersebut ditulis, sebab sebenar ia ditulis dan apa peristiwa yang mendorong kepada pembentukan ikrar tersebut.
Sejarahwan masih berbalah bila tarikh sumpah ini ditulis tetapi majoriti bersetuju ia ditulis pada kurun ke-5 atau kurun ke-4 Sebelum Masihi.
Selain berselisih tentang tarikh dokumen tersebut, sejarahwan turut berhujah bahawa sumpah itu bukan ditulis oleh Hippocrates tetapi oleh seorang lagi cendekiawan Yunani bernama Pythagoras walaupun teori ini ditolak kerana ketiadaan bukti untuk menyokongnya.
Apapun, jika kita lihat teks asal sumpah ini, ia satu teks mengagumkan:
Hippocratic Oath
Aku bersumpah atas nama Apollo Si Penyembuh, Asclepius, Hygieia dan Panacea, dan semua dewa-dewi, menjadikan mereka saksiku, akan apa yang aku lakukan, mengikut kebolehan dan pertimbanganku, sumpah dan indentur ini.
Aku angkat guruku dalam bidang ini seperti ibu bapa kandungku, rakan dalam pekerjaan ini, berkongsi wang dengannya semasa dia ketiadaan wang, menganggap keluarganya seperti keluargaku sendiri, dan mengajarkan mereka ilmu ini jika mereka mahu mempelajarinya, tanpa sebarang yuran atau indentur, memberi nasihat, ajaran secara lisan dan bentuk lain kepada anak-anakku, anak-anak guruku dan pelajar-pelajar yang mengikat diri mereka dengan ikrar ini, dan tidak pada sesiapa.
Aku akan menggunakan perubatan untuk membantu yang sakit mengikut kebolehan dan pertimbanganku, dan bukan dengan niat mencederakan dan jenayah.
Dan tidak juga untuk aku memasukkan racun pada orang bila mana mereka mahukannya atau memberi cadangan memberi racun kepada orang tersebut.
Tidak juga untuk aku memberi kemudahan bagi wanita yang mengandung untuk menggugurkan kandungannya. Tetapi aku tetap menjaga kesucian nyawa dan bidangku ini.
Aku tidak akan menggunakan pisau (pembedahan), walaupun pesakitku ialah orang yang menderita kerana direjam batu tetapi aku akan berikan ruang kepada orang yang boleh berbuat demikian.
Bila aku memasuki mana-mana rumah, aku akan masuk untuk membantu yang sakit dan aku menghindarkan diri daripada perlakuan buruk dan menyakitkan terutama mencabuli mayat lelaki atau wanita, sama ada secara bon atau percuma.
Dan apa saja yang aku lihat atau dengar semasa mengamalkan pekerjaan ini, terutama di luar pekerjaan bila berhubung dengan manusia lain, jika ia perkara yang seharusnya tidak boleh didedahkan, aku tidak akan mendedahkannya dan memegang ia seperti rahsia suci.
Sekarang, sekiranya aku melaksanakan sumpah ini dan tidak melanggarnya, maka aku akan mendapat reputasi baik dalam kalangan manusia untuk hidupku dan bidangku, tetapi sekiranya aku melanggar sumpah tersebut, maka perkara sebaliknya akan menimpa ke atasku.
Terdapat beberapa perkara menarik tentang sumpah ini yang harus diketahui:
1. Jika anda perasan, ikrar ini menolak sebarang usaha untuk menggugurkan kandungan dan pasti anda rasakan, ia berkait dengan sentimen masyarakat pada ketika itu.
Hakikatnya, ia tidaklah popular seperti yang disangkakan dan kaedah pengguguran bayi disebut secara panjang lebar dalam kitab pada era Hippocrates, Hippocratic Corpus.
Selain Corpus, satu lagi buku Hippocrates bertajuk ‘On the Nature of the Child’ menerangkan tentang pengguguran
2. Sumpah ini turut menolak sama sekali kaedah pembedahan atas alasan menjaga kesucian nyawa namun, sumpah tersebut sama sekali bertentangan dengan apa yang terkandung dalam Corpus di mana kitab tersebut menerangkan secara panjang lebar kaedah-kaedah pembedahan termasuklah litotomi.
3. Sumpah ini sama sekali menolak perbuatan bunuh diri atau eutanasia namun, pada zaman dahulu perbuatan tersebut sama sekali tidak dilarang kerana jika ia dapat memberi kelegaan kepada pesakit, maka ia dibenarkan.
Dan perlu diingat, Yunani pada ketika itu belum lagi terdedah kepada agama-agama samawi di mana pelakunya akan dikenakan hukuman berpanjangan.
Ketiadaan undang-undang atau agama yang menguatkan larangan ini mendorong doktor melakukan perbuatan tersebut mengikut pertimbangan mereka sendiri.
4. Walaupun ia hanya sekadar teori, sejarahwan berpandangan punca ikrar ini diwujudkan ialah mengelak kewujudan aktiviti pembunuhan politik.
Dan ia sesuatu yang tidak menghairankan kerana dengan kebolehan mengenalpasti titik sensitif anatomi manusia atau menghasilkan ubat, racun yang berguna, kemahiran ini boleh digunakan untuk sebarang bentuk pembunuhan atau sabotaj musuh-musuh politik.
5. Rekod paling awal menunjukkan ikrar ini digunakan ialah di Universiti Wittenberg, Jerman pada awal abad ke-15 dan tidak dianggap satu kewajipan untuk menguatkuasakan ikrar tersebut.
Ia hanya menjadi standard pada abad ke-19 semasa upacara tamat pendidikan perubatan dan ia dilakukan di sebuah sekolah di Montpellier, Perancis.
6. Semua mengetahui salah satu isi penting Sumpah Hippocrates ialah tidak melakukan sebarang kecelakaan atau dalam terma Latin, primum non nocere.
Kod Etika Perubatan
Namun, terma tersebut sebenarnya berasal daripada kata-kata seorang pakar bedah Inggeris bernama Thomas Inman (1860) berdasarkan kata-kata seorang doktor Inggeris terkemuka, Thomas Sydenham (1624-1689).
Seiring dengan perubahan masa dan tempat, sumpah tersebut diubahsuai mengikut kesesuaian masa dan sesebuah tempat pada ketika itu.
Jika anda membaca sumpah ini semasa era Rom Timur (Byzantine), jangan terkejut jika nama dewa-dewi yang disebut dalam sumpah tersebut digantikan lambang agama Nasrani.
Ini berdasarkan penemuan satu manuskrip abad ke-12 yang mempunyai gambar salib dan jika anda nak tahu apa pekerjaan seseorang pada zaman dahulu, anda hanya perlu melihat apa yang diukir pada batu nisannya.
Menurut sejarahwan, jika ikrar ini diukir pada nisan tersebut, itu menunjukkan si mati pernah berkhidmat sebagai seorang doktor.
Mungkin anda tertanya-tanya, masihkah relevan sumpah ini dalam profesion pengamal perubatan? Jawapannya adalah ya dan walaupun ia diubahsuai mengikut perubahan masa dan penemuan terbaru dalam dunia perubatan, ia masih digunakan sehingga ke hari ini.
Ini kerana sumpah ini digunakan sebagai kod etika pengamal perubatan dalam majlis perubatan kebangsaan dan sesiapa yang melanggar sumpah tersebut akan dikenakan tindakan disiplin.
Namun, perubahan paling besar ialah penubuhan Persatuan Perubatan Sedunia (WMA) dan Deklarasi Geneva pada tahun 1948 di mana deklarasi tersebut bertujuan menambahbaik sumpah Hippocrates dan membuang mana-mana bahagian yang tidak lagi relevan dengan perubahan masa hari ini.
Namun, dalam konteks sejarah tidak semua mengambil sumpah tersebut.
Semasa pemerintahan Nazi Jerman, pelajar perubatan pada ketika itu tidak perlu mengambil sumpah tersebut walaupun Sumpah Hippocrates telah menjelaskan peraturan utama, tidak melakukan kecelakaan pada pesakit.
Maka tidak hairanlah, terlalu banyak jenayah kemanusiaan yang dilakukan doktor-doktor ini di kem-kem tahanan daripada eksperimen kesuburan oleh Dr Josef Mengele sehinggalah menguji dadah untuk tentera Wehrmacht (angkatan tentera Nazi Jerman).
Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, ramai doktor ini dihukum tetapi ada juga melarikan diri ke luar negara seperti Mengele.
Hari ini, walaupun melanggar sumpah ini tidaklah seserius apa yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah perang ini, pengamal perubatan sebegini tetap akan dihukum kerana bersikap cuai dalam pekerjaan mereka.
Dan hukuman yang dijatuhkan pula bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan mereka daripada tindakan undang-undang sehinggalah dikenakan saman sivil.
Pada zaman dahulu, jika anda melakukan kesalahan sebegini, anda boleh kehilangan lesen pengamal perubatan.
Jika anda bernasib baik, seorang doktor mungkin dikenakan denda sahaja.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Mahu Isteri Seorang Doktor? Anda Patut Tahu Ini
sumber: thepatriots