Monday, December 04, 2017

Fenomena Supermoon Terakhir Tahun 2017


Fenomena Supermoon atau dirujuk sebagai perigee iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan Bumi yang terakhir tahun 2017 ini boleh dapat disaksikan pada waktu petang hari Isnin di Malaysia (4/11/2017).

Fenomena Supermoon Terakhir Tahun 2017

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat berkata, imej bulan itu akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang ketika ia berada berhampiran dengan Bumi.

“Masa untuk menyaksikan Supermoon bermula pukul 08:45 GMT pada 4 Disember (4.45 petang waktu Malaysia) ketika bulan berada pada jarak 357,492 kilometer dari Bumi,” menurut kenyataan diterbitkan NASA.

Bagaimanapun, pakar NASA, Lyle Tavernier turut mengingatkan bahawa walaupun bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi, ia mungkin tidak kelihatan sebesar yang disangkakan oleh kebanyakan pihak.

“Perlu diingat bahawa peningkatan dalam saiz yang jelas boleh diliputi dengan tangan tidak akan menjadikannya kelihatan lebih besar. Membandingkan Supermoon dengan bulan penuh biasa adalah sesuatu yang sukar,” katanya.

Kali terakhir bulan dekat dengan Bumi ialah pada 14 November 2016 lalu apabila berada hanya 356,511 kilometer iaitu jarak paling hampir dalam tempoh tujuh dekad selepas kali terakhir pernah direkodkan sejak 26 Januari 1948.

Tahun 2017, fenomena Supermoon skala kecil turut dapat disaksikan di seluruh dunia pada 24 Jun lalu dan saintis astronomi global meramalkan keadaan sebegini cuma akan muncul semula pada 25 November 2034 kelak.

Situasi alam semesta tersebut berlaku apabila pergerakan orbit bulan berada pada kedudukan perigee iaitu ketika tempoh fasa purnama menyebabkan saiznya kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan normal.

Namun saiz fizikal bulan berkenaan sebenarnya langsung tidak berubah sama sekali dan ia dijangka memberi kesan langsung kepada keadaan pasang surut ketinggian ombak di laut selain mempengaruhi cuaca semasa.

Bulan ialah satelit semula jadi dengan hanya bersaiz satu per empat daripada saiz Bumi dan beredar mengelilingi Bumi lengkap satu pusingan setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti Bumi.

Ia tiada sumber cahaya kecuali hasil pantulan cahaya matahari. Bulan memiliki 1/4 garis pusat Bumi bersamaan dengan 3,476 kilometer manakala kekuatan gravitinya cuma 1/6 berbanding Bumi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Itu Fenomena Supermoon?

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon