Bagi kita orang luar, warga Jepun sering digambarkan sebagai bangsa yang sangat kuat bekerja dengan budaya terlebih kerja sampai mati namun begitu, tak salah untuk kita cuba memahami apakah faktor yang mendorong hingga terjadinya karoshi di kalangan rakyat negara ini.
Berikutan itu, kami kongsikan penulisan daripada Suhaib Badrol, rakyat Malaysia yang menetap lebih 5 tahun dan bekerja sebagai tenaga pengajar Bahasa Melayu di Isaac Language Institute di Osaka, Jepun tentang karoshi.
Corporationism di Jepun memang besar keterikatan dengan satu-satu syarikat. Dengan adanya sistem seperti nenko chingin iaitu gaji berdasarkan senioriti, ini menjadikan lompat-lompat kerja satu benda yang tak berapa berbaloi untuk jangka masa panjang di kalangan pekerja.
Syarikat besar biasanya akan ada annual atau biannual evaluation. Appraisal ini akan menentukan kadar gaji, prospek naik pangkat dan akan ambil kira pelbagai aspek.
Yang utamanya jitsuryoku, soshitsu dan noryoku. Saya masuk sikit pasal noryoku saja dulu. Sebab apa? Sebab dia agak samar-samar.
Noryoku menjadi seolah-seolah penilaian latent, general, overall abilities dan mempunyai komponen kemanusiaan.
Ciri personaliti perlu ada ‘psychological makeup’ tertentu, walaupun macam samar-samar tapi merupakan ciri penting dalam evaluation.
Maknanya kita akan dinilai pada hitogara, jinkaku. Kualiti kemanusiaan dan buat lebih daripada yang diperlukan dalam bidang tugas kerja.
Pekerja juga maklum bahawa mereka akan dinilai berdasarkan kepada ketaatan, cooperation, dan harmoni dalam hubungan interpersonal.
Kesannya adalah persaingan untuk datang kerja awal, balik lambat, kena tunjuk kita compatible dengan corporate goals.
Begitu juga budaya tunggu bos balik baru balik, kena bantu kalau ada kematian. Saudara-mara bos pun kena turun tolong sekali, kerana orang Jepun faham yang dia akan dinilai pada aspek kemanusiaan di luar spesifikasi kerja untuk corporate appraisal.
Secara tatemae perlu ada ketaatan tak berbelah bagi, secara honne adalah untuk naik pangkat, atau kepentingan peribadi di dalam sistem syarikat.
Satu lagi budaya adalah penggunaan uchi yang maksudnya rumah kita. Konsep dia adalah nak kita rasa syarikat juga adalah rumah dan keluarga, kadangkala lebih penting dari keluarga sebenar.
Menarik juga bila pekerja syarikat sendiri akan guna istilah uchi untuk panggil tempat kerja dan tambah san bila sebut tentang syarikat luar, Toshiba san, Nissan san.
Mungkin ada yang akan kata ni total immersion, complete commitment atau total exploitation. Pada pandangan saya, ini juga boleh kira indoktrinasi moral.
Boleh dikatakan fokus utama syarikat adalah profit-making dan capital accumulation tapi menggunakan model keluarga yang asas iaitu self sacrifice, mutual asisstance, harmonious affection.
Namun, adakalanya rakyat asing yang bekerja di Jepun dimaafkan bila tidak “memahami”.
Karoshi, terlebih kerja sampai mati
Karoshi, atau terjemahan literalnya adalah terlebih kerja sampai mati. Undang-undang buruh di Jepun dari tahun 1993 sudah menetapkan yang kerja lebih 40 jam seminggu perlu dikira sebagai overtime yang melayakkan pekerja mendapat upah lebih tinggi daripada kadar biasa.
Namun realitinya masih ramai yang buat ‘service overtime’ walaupun ia bercanggah dengan undang-undang buruh.
Malahan, masih ketara di sesetengah syarikat yang sengaja mengambil kesempatan ke atas pekerja yang inginkan appraisal bagus.
Orang yang buat unpaid overtime biasanya bekerja dalam lingkungan 20 jam seminggu. Apapun ramai juga orang Jepun yang kira paid overtime mereka sebagai keperluan untuk menampung perbelanjaan bulanan, guna duit overtime untuk cover loan rumah dan kos pendidikan. Jadi mereka memang terpaksa kerja overtime.
Walaupun orang Jepun layak untuk cuti 20 hari setahun, majoriti daripada mereka hanya mengambil cuti separuh daripada itu (berdasarkan statistik Ministry of Health, Labour and Welfare 2013A).
Orang Jepun juga biasa gunakan cuti tahunan untuk cuti sakit kerana bahagian itu tak disebut secara jelas.
Bila kerja lebih-lebih sudah menjadi kebiasaan, satu bilangan signifikan pekerja di Jepun menampakan kepenatan yang kronik dan memang terlebih kerja sampai mati! Inilah yang dimaksudkan dengan karoshi.
Dalam senarai punca kematian karoshi, yang popular adalah:
Secara undang-undangnya karoshi ini sepatutnya dilindungi di bawah Industrial Injury Insurance, tapi secara realitinya sangat susah untuk buktikan karoshi.
Rekod pada tahun 2012 menunjukkan seramai 842 keluarga memohon untuk manfaat kematian tapi pihak berkuasa hanya luluskan 338 tuntutan sebagai kes karoshi, iaitu kadar tuntutan yang lulus hanya dalam 40% (statistik Ministry of Health, Labour and Welfare 2013A).
Kenapa rendah sangat peratusnya? Antara faktor penyumbang adalah keengganan pihak syarikat untuk mendedahkan data penting syarikat mereka.
Antara prosedur untuk memohon death benefits adalah permohonan mesti disertai dengan jadual kerja lengkap pekerja itu sebelum waktu kematian.
Tetapi, sebahagian syarikat enggan beri akses penuh kerana takut terdedah realiti sebenar waktu bekerja bagi setiap pekerja mereka.
Jadi sebagai cara penyelesaian, pihak pengurusan syarikat akan memberi sedikit duit gantirugi kepada keluarga si mati sebagai tanda simpati dan tolong bayar sebahagian kos pengebumian. Siapa yang biasa tengok drama Jepun mungkin akan faham dengan senario begini.
Walaupun di awal-awal dulu karoshi ini banyak berlaku kepada pemandu lori, pekerja imigran di luar bandar, dan pekerja kerajaan, tapi nampaknya trend ini sudah semakin ketara di kalangan para pengurus SME, top management syarikat di pelbagai industri terutamanya di bahagian pengilangan dan sektor perkhidmatan.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: 5 Bandar Dengan Pekerja Paling 'Penat' Di Dunia
sumber: thevocket

- Sakit jantung
- Cardiac insufficiency
- Cerebral or subarachnoid(membrane) haemorrhage
- Various heart and brain malfunctions