Friday, December 15, 2017

Adakah Bitcoin Matawang Atau Aset Pelaburan?


Pada tahun 2017 boleh dikatakan sebagai tahun Bitcoin, apabila matawang-crypto itu telah beberapa kali memecah rekod dan merupakan matawang-crypto (Cryptocurrency) paling popular dalam kalangan pelabur matawang digital.

Adakah Bitcoin Matawang Atau Aset Pelaburan?

Pada awal tahun 2017, bitcoin hanya didagangkan sekitar $800-$960 namun pada 8 November, harga 1 bitcoin sudah menghampiri $7,700.

Namun, tidaklah kita katakan harga bitcoin ini terus naik tanpa ada sebarang kejatuhan yang mendadak. Dunia sebenarnya telah beberapa kali menyaksikan junaman oleh harga bitcoin.

Baru-baru ini ia jatuh sekali lagi apabila penambahbaikan perisian yang dikenali sebagai fork itu dibatalkan. Harga bitcoin jatuh sehingga ke paras $5600, tetapi selepas itu ia mula melonjak kembali kepada $7230 pada hari ini.

Dalam komuniti bitcoin terdapat perdebatan adakah bitcoin adalah matawang walaupun ia disebut dengan matawang-crypto? Adakah matawang-crypto kita fahami itu seperti matawang fiat yang kita gunakan?

Kebanyakan pelabur masih beranggapan bitcoin adalah matawang walaupun ia belum berfungsi sebagai alternatif matawng fiat.

Dalam masa yang sama, ramai dalam komuniti bitcoin yang menyedari bahawa bitcoin menghadapi beberapa masalah iaitu tempoh-masa transaksi, penggunaan tenaga yang kurang efisien dalam melombong (mining) dan beberapa isu yang menghalang bitcoin menjadi matawang alternatif kepada USD,GBP dan Euro.

Menurut Linas Beliunas ( pakar strategi Fintech dan penganalisis matawng-crypto) berpendapat jika bitcoin ialah matawang alternatif ada

3 ciri-ciri yang perlu dipenuhi:
  • Medium pertukaran.
  • Unit akaun.
  • Penyimpan nilai.

1. Medium pertukaran

Sejak bitcoin mendapat tumpuan pada tahun ini, banyak industri dan syarikat besar telah mula menggunakan bitcoin sebagai pembayaran alternatif.

Salah satunya ialah Google yang mengunankan bitcoin sebagai pembayaran API dan dijangka Amazon juga akan mula menggunakannya.

Apabila disebut medium pertukaran maka kita maksudkan matawang RM5.00 boleh ditukarkan kepada RM5.00 yang lain kerana nilai sama dan boleh ditukarkan untuk membeli barangan.

Isu bitcoin ialah ia tidak beroperasi dengan baik sebagai medium pertukaran kerana sifat harganya yang bersifat ‘high volatility’ (mudah berubah). Ini menyebabkan ia tidak sesuai digunakan untuk membeli barang dengan bitcoin.

Berdasarkan pergerakan harga bitcoin, lonjakan dan penurunan harga adalah sangat tinggi sehingga mencapai 30-40%. Bebeza dengan matawang fiat, perubahann harian hanyalah di sekitar 1-3%.

2. Mempunyai unit akaun

Dalam ekonomi ia dikenali sebagai ukuran monetari. Contohnya matawang Ringgit Malaysia (RM) terdiri daripada unit akaun serendah 5 sen sehingga yang terbesar RM100 dan kita boleh gunakan ia untuk membeli barangan, aset atau liabiliti.

Namun disebabkan bitcoin adalah sangat volatile , maka ciri-ciri ini juga tidak dapat dipenuhi.

Pada ketika ini tiada lagi pemiutang yang mengunakan bitcoin sebagai unit akaun untuk kredit, hutang atau pinjaman rumah secara per se.

Kita boleh gunakan bitcoin sebagai perbelanjaan tetapi transaksi sebenar berlaku dalam matawang fiat.

3. Penyimpan nilai

Dalam 3 ciri yang disebutkan, ciri ini yang paling memenuhi kriteria bitcoin. Jika diteliti pergerakan bitcoin sejak mula didagangkan, tujuan asalnya sudah berubah daripada ingin menjadi matawang kepada penyimpan nilai.

Terkini bitcoin lebih berfungsi sebagai penyimpan nilai atau pelaburan alternatif.

Namun terdapat beberapa kes yang membeli bitcoin dan menyimpan kekayaan dalam bitcoin disbebabkan matawang fiat sudah tidak berfungsi, seperti yang berlaku di Zimbabwe atau Venezuela.

Inflasi yang tinggi menyebabkan permintaan bitcoin melonjak di negara Afrika Selatan.

Masih terdapat persoalan adakah bitcoin memenuhi kriteria ini dengan baik? kerana wang yang sebenar seharusnya mampu untuk mengekalkan nilai intrinsiknya (intrinsic value ) dalam tempoh yang sangat lama.

Kesimpulannya, adakah bitcoin adalalah matawang atau komoditi? Dalam komuniti bitcoin masih diperdebatkan termasuklah pakar ekonomi.

Menurut Beliunas pada ketika ini bitcoin lebih berfungsi sebagai komoditi ataupun crypto-aset kecuali ia telah memenuhi ciri-ciri matawang.

Bitcoin juga dijangka akan terus berkembang dengan beberapa institutsi yang turut melabur dalam penambah baikan sistem transaksi matawang digital.

Terbaru, salah satu operator pasaran hadapan (futures market) mahu melancarkan niaga-hadapan Bitcoin (Bitcoin futures).

CME (Chicago Mercantile Exchange ) kini menunggu kelulusan daripada regulator di Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Memahami Pelaburan Bitcoin, Emas Digital Pengganti Wang Kertas

sumber: moshed

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon