Wednesday, December 27, 2017

6 Khasiat Daun Avocado Untuk Kesihatan


Daun avokado mengandungi dua sebatian utama ialtu Quercetin (60-75%) dan polyphenols. Quercetin dipercayai dapat memelihara tubuh dari penyakit bahaya dengan cara menangkap radikal bebas dan ion-ion logam peralihan.

6 Khasiat Daun Avocado Untuk Kesihatan

Walaupun agak pahit daun avokado bagus untuk mengawal penyakit kencing manis. Pengambilan teh daun avokado juga dapat menyekat pembiakan beberapa bakteria seperti spesies stafilokokus, pseudomonas, protektus dan escherichia.

Berikut adalah 6 khasiat daun Avokado sebagai alternatif rawatan penyakit berbahaya.

1. Merawat Batu Karang

Dapatkan 5 hingga 8 helai daun Avokado yang tua ( berwarna gelap). Basuh dengan air bersih hingga tiada kotoran.

Rebus daun Avocado ini dengan segelas air hingga tinggal separuh. Tapis dan minum setiap hari pagi dan petang selama 10 hari.

Jika batu karang telah hancur dan keluar (dapat dilihat melalui air kencing) pengambilan herba ini perlu dihentikan.

2. Daun Avocado untuk melicinkan kulit

Pucuk Avocado boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya ialah dengan menumbuk pucuk mudanya hingga hancur dan disapu pada kulit muka. Selepas 5 hingga 10 minit, bilas dengan air yang bersih.

Avocado dapat mengecilkan liang-liang roma pada kulit muka dan juga dapat membantu melembabkan kulit yang kering.

3. Daun Avocado untuk melegakan sakit pinggang dan sakit belakang (lumbago)

Cara penggunaannya ialah dengan rebus 5 helai daun Avocado dengan segelas air. rebus sehingga air tinggal separuh gelas. Minum selama 5 hari.

4. Daun Avocado untuk menghitamkan rambut

Caranya ialah dengan menyapu pucuk Avocado yang telah ditumbuk halus pada rambut. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci.

5. Daun Avocado untuk mengurangkan bengkak

Caranya ialah dengan meletakkan pucuk Avocado yang telah ditumbuk lumat pada bahagian kulit yang bengkak. Balut dan biarkan selama 2 hingga 4 jam.

6. Daun Avocado untuk mengurangkan tekanan darah tinggi

Caranya dengan merebus 5 helai daun Avocado dengan 2 gelas air hingga tinggal 1 gelas. Minum setiap hari hingga tekanan arah turun. Hentikan pengambilan apabila tekanan darah telah normal.

Ini adalah antara beberapa kelebihan daun Avocado dalam perubatan herba. Jadi kalau Avocado kita lambat berbuah, masih banyak lagi manfaat yang dapat kita peroleh dari daun pokok Avocado.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Khasiat Daun Kaduk Untuk Kesihatan

sumber: feedsss

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon