Sunday, November 05, 2017

Senaman Kegel Membantu Suami Tahan Lama Bersama Isteri


Istilah cepat klimaks digunakan jika lelaki mencapai ejakulasi kurang dari seminit dan ini dikira ereksi masuk ke faraj. Ada juga klimaks berlaku sebelum penetrasi dilakukan dan ada kalanya sebelum sempat menanggalkan pakaian!

Senaman Kegel

Ereksi dan ejakulasi dua fenomena berbeza walaupun ia berlaku serentak, iaitu ereksi dulu dan kemudian ejakulasi. Ejakulasi boleh berlaku tanpa ereksi dan juga ereksi tanpa ejakulasi.

Ada juga lelaki dapat kekalkan ereksi walaupun selepas ejakulasi. Namun fenomena ini tidak kekal jika lelaki itu tidak melakukan senaman Kegel atau senaman kemut.

Jadi tusukan ereksi dalam faraj dengan ereksi didayung dalam kawalan ‘kemut’ membantu mengekalkan ereksi walaupun selepas berlaku ejakulasi!

Senaman kemut dapat membantu memantapkan kawalan ereksi. Teknik hubungan kelamin yang dapat mengawal ejakulasi atau klimaks lelaki, ialah teknik persetubuhan ‘Coital Alignment Technique’ atau ‘CAT’.

Anda boleh dapat banyak maklumat mengenainya di internet. Caranya mudah.

Dayungan ereksi dalam faraj dilakukan dengan zakar kekal dalam faraj, zakar dijungkit supaya bahagian atas pangkal zakar dapat menekan langit faraj dalam dayungan.

Penghujung zakar kekal dalam penghujung faraj dan tanpa geselan kepada bahagian itu, bahagian sensitif zakar itu tidak terkena sentuhan yang padu, lalu ia dapat bertahan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: drismail

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon