Tuesday, November 14, 2017

Punca Penyakit Cacar Air Dan Bahaya Kepada Bayi


Cacar air ialah penyakit yang senang dijangkiti yang disebabkan satu kumpulan virus herpes yang menyebabkan ruam bersifat tersendiri dan simptom sama seperti flu ringan. Ramai kanak-kanak akan mendapat cacar air semasa kecil dan selalunya ia merupakan penyakit ringan.

Punca penyakit cacar air

Sebaik saja bayi anda dijangkiti, simptom penyakit akan kelihatan antara 10 dan 21 hari. Bayi anda mudah menjangkiti orang lain dari masa dua hari sebelum ruam timbul sehingga masa semua bintik-bintik sudah kering, lazimnya dalam masa lebih kurang lima hari.

Jika bayi anda menghadiri taska, jangan hantar dia selama lima hari dari masa ruam itu mula timbul.

Bagaimana bayi saya boleh dijangkiti cacar air?

Seorang yang sudah dijangkiti, apabila bersin atau berada rapat dengan bayi, boleh memberi dia cacar air.

Anak anda boleh dijangkiti cacar air cuma dengan berada sama sebilik dengan seorang yang menghidap penyakit itu.

Cacar air boleh juga dijangkiti dari seorang yang mempunyai kayap. Kayap disebabkan virus yang sama seperti cacar air.

Apakah simptom-simptom cacar air?

Cacar air selalunya bermula dengan simptom-simptom flu yang ringan:
  • demam
  • sakit kepala
  • mual
  • sakit-sakit badan
  • kurang selera

Lebih kurang dua hari kemudian, ruam cacar air timbul. Ia bermula sebagai bintik-bintik merah yang kecil yang akan bergelembung di sebelah atas dalam beberapa jam.

Anda mula memerhatinya di muka bayi anda. Bintik-bintik itu akan merebak ke dada dan perut, kemudian ke lain-lain bahagian badan, dan keluar secara berkelompok.

Kadangkala disebabkan terlalu banyak bintik, ianya kelihatan seakan-akan bercantum, tetapi kadangkala terdapat bintik jarang-jarang sahaja.

Bintik-bintik yang lebih sakit terdapat atas kulit kepala, dalam mulut dan tekak, dan di keliling genital.

Haruskah saya bawa bayi berjumpa doktor?

Bawalah bayi anda jika anda fikir dia mempunyai cacar air. Doktor anda boleh mendiagnosis cacar air dengan memeriksa bintik-bintik itu.

Jika bayi anda kurang dari usia empat minggu, bawa dia berjumpa doktor jika dia telah berdekatan dengan seorang yang mempunyai cacar air, atau jika dia memperlihatkan simptom.

Cacar air boleh menjadi sangat bahaya dan menyebabkan komplikasi dalam bayi muda.

Adakah sebarang rawatan untuk cacar air?

Cacar air adalah virus, jadi tidak memberi respon kepada antibiotik. Ia akan sembuh dengan sendiri, tetapi anda boleh melegakan simptom bayi anda dengan beberapa rawatan di rumah.

Anda boleh beri bayi anda paracetamol untuk bayi bagi menurunkan suhu badannya dan melegakan sakit dan lenguh-lenguh.

Bayi anda boleh mengambil paracetamol untuk bayi dari usianya dua bulan, asalkan saja dia dilahirkan selepas 37 minggu dan mempunyai berat badan lebih daripada 4kg. Periksa maklumat dos pada bungkusannya atau tanyalah doktor atau ahli farmasi.

Doktor biasanya lebih berhati-hati sebelum menyarankan ibuprofen untuk bayi, kerana ia mungkin meningkatkan risiko bayi anda mendapat jangkitan pada bintik-bintik di badannya atau menjadikan jangkitan yang telah berlaku semakin teruk.

Jangkitan seperti ini jarang berlaku, tetapi ia boleh menjurus kepada sakit yang lebih serius.

Anda juga boleh:
  • Beri bayi anda banyak cecair untuk mengelakkan daripada dia menjadi nyahhidrat. Beri dia lebih susu ibu atau susu botol, dan jika dia mengambil formula atau makan makanan bayi dia boleh diberikan air juga.
  • Untuk melegakan bintik-bintik gatal, anda boleh guna losen kalamin.
  • Jika bayi anda lebih dari usia satu tahun dan gatal-gatal itu sangat mengganggukan dia di sebelah malam, doktor anda mungkin mempreskripsikan antihistamina chlorphenamine. Ini juga mempunyai kesan sedatif yang boleh membantu dia lebih mudah tidur.
  • Pastikan kuku bayi pendek jika dia suka menggaru. Ini membantu mengelakkan parut dan mencegah bintik mendapat infeksi.
  • Pakaikan bayi baju kain kapas yang longgar supaya kulitnya sentiasa sejuk dan rasa kurang gatal.

Bolehkah saya dijangkiti cacar air bayi saya?

Jika anda tak pernah menghidap cacar air, anda boleh dijangkiti oleh bayi anda. Penyakit ini boleh menjadi lebih serius bagi orang dewasa dan belasan tahun, jadi berjumpalah dengan doktor anda jika anda fikir anda dijangkiti.

Jika anda sudah mendapat cacar air, anda tidak akan mendapat untuk kali kedua. Tetapi, sebagai orang dewasa, kita berkemungkinan ada membawa dalam badan kita virus herpes yang menyebabkan cacar air.

Kadangkala, jika kita keletihan, virus itu akan terpicu, menyebabkan kita mendapat simptom. Ini akan muncul sebagai virus yang berbeza, dikenali sebagai kayap.

Adakah cacar air bahaya bagi wanita yang hamil?

Jika bayi anda mempunyai cacar air, jauhkan dia dari wanita hamil yang belum pernah menghidap cacar air sebab ianya boleh mendatangkan masalah bagi bayi belum lahir.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: babycenter

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon