Sunday, November 12, 2017

Penyakit Paranoid Schizophrenia, Individu Yang Sering Mendengar Bisikan Halus


Penyakit mental disorder Paranoid Schizophrenia dikatakan berpunca akibat daripada masalah kemurungan yang melampau di mana penghidap mengalami delusi bahawa orang lain bersekongkol melawan dirinya atau anggota keluarga.

Penyakit Paranoid Schizopheria, Individu Yang Sering Mendengar Bisikan Halus

Bahkan, penghidapnya Paranoid Schizophrenia mengalami halusinasi suara di mana mereka mendengar suara-suara yang tidak nyata.

Paranoid schizophrenia merupakan salah satu subtipe schizophrenia, kondisi kejiwaan di mana penderitanya kehilangan interaksi dengan realiti.

Paranoid schizophrenia ditunjukkan dengan delusi dan halusinasi yang dialami penderitanya tapi, penderitanya juga memiliki kemampuan berfikir dan bersosial dengan lebih baik berbanding pesakit subtipe schizophrenia lain.

Keadaan ini memerlukan rawatan seumur hidup tapi, dengan rawatan yang tepat, penderitanya boleh hidup normal dan gejalanya boleh dikawal.

Gejala

Gejala paranoid schizophrenia mencakupi:
  • Halusinasi pendengaran seperti mendengar suara-suara. Pesakit mungkin mendengar suara-suara yang mengritik kemampuan mereka, atau memerintahkan mereka melakukan hal-hal tertentu.
  • Delusi. Misalnya berfikir bahawa ada orang lain ingin mencederakan dirinya atau percaya boleh terbang. Delusi boleh bertukar menjadi perilaku agresif atau keras, jika penghidapnya merasa terancam.
  • Cemas berlebihan atau anxiety.
  • Seolah-olah tidak memiliki emosi.
  • Penuh dengan kemarahan.
  • Bersikap kasar.
  • Selalu bercakap sendiri.
  • Merasa diri paling penting atau bersikap memerintah.
  • Memiliki keinginan atau berusaha untuk membunuh diri.
  • Halusinasi pendengaran dan delusi merupakan dua karakter utama subtipe schizophrenia. Pesakit paranoid schizophrenia juga jarang terganggu dengan masalah mood, cara atau proses berfikir, konsentrasi, mahupun perhatian.

Penyebab

Paranoid schizophrenia merupakan bentuk kelainan otak. Faktor genetik dan lingkungan berperanan dalam menyebabkan keadaan ini.

Faktor Risiko

Beberapa perkara yang meningkatkan risiko munculnya paranoid schizophrenia, yang biasanya mula kelihatan pada usia remaja hingga pertengahan 30an, iaitu:
  • Sejarah schizophrenia dikalangan keluarga.
  • Dijangkiti virus ketika di dalam kandungan.
  • Kurang zat ketika di dalam rahim.
  • Stres.
  • Jarak umur dengan orang tua yang terlalu jauh berbeza.
  • Menggunakan ubat-ubatan psikoaktif ketika remaja.

Diagnosis

Diagnosis paranoid schizophrenia memerlukan pemeriksaan fisikal, ujian darah, ujian alkohol dan ubat-ubatan terlarang, ujian fungsi tiroid dan evaluasi psikologis.

Jika pesakit mengalami banyak delusi dan sering mendengar suara-suara aneh, hampir dipastikan itu adalah paranoid schizophrenia.

Rawatan

Rawatan untuk semua jenis schizophrenia sebenarnya sama tapi, setiap pensakit mungkin menjalani rawatan yang berbeza, bergantung kepada tahap keseriusan gejala dan keadaan pesakit masing-masing.

Bentuk rawatan paranoid schizophrenia adalah dengan menggunakan ubat-ubatan, psikoterapi (kaunseling), rawatan di hospital, electroconvulsive therapy (ECT) dan latihan kemampuan vokasional.

Pesakit paranoid schizophrenia perlu selalu memakan ubat, tahu cara mengawal gejala, serta menghindari alkohol dan dadah.

Pencegahan

Tidak ada cara yang pasti untuk mencegah paranoid schizophrenia. Beberapa kajian menunjukkan tanda-tanda schizophrenia sudah muncul sejak zaman kanak-kanak.

Diagnosis dan rawatan akan membantu mengawal gejala, menghindari komplikasi dan mencegah keadaan daripada menjadi lebih buruk.

BACA INI JUGA:

sumber: meetdoctor

1 comment

  1. Pernah terbaca yang sebenarnya ada orang yang menghidap penyakit mental seperti ni tapi tiada peluang untuk meluahkan dan berjumpa doktor..

    Kerana mereka risau dengan tanggapan keluarga dan orang sekeliling.

    Penyakit mental macam ni memang bahaya. Dan mungkin lebih bahaya dari penyakit fizikal seperti diabetis dan sakit jantung kerana penyakit macam ni kita boleh nampak dan sedar.

    Kalau penyakit mental macam ni,orang tu nampak macam normal tapi sebenarnya dalam minda dia banyak bisikan yang dia dengar..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon