Wednesday, November 22, 2017

Pemakanan Yang Sesuai Untuk Pesakit Chicken Pox


Chicken Pox atau dikenali sebagi penyakit cacar air adalah gelembung air pada kulit merupakan penyakit yang biasanya menjangkiti kanak-kanak yang disebabkan oleh virus varicella.

Pemakanan Sesuai Pesakit Chicken Fox

Chicken Pox akan menyebabkan ruam pasa badan, kulit akan menjadi seperti melepuh dan kemerah-merahan. Selepas beberapa hari ruam mula kering dan mengeras. Pada tahap ini Chicken Pox mungkin menyebabkan kegatalan.

Ruam akibat cacar air ini boleh berlaku pada mana-mana anggota badan, termasuklah di dalam mulut dan menyebabkan luka pada mukosa mulut.

Oleh itu, pesakit yang mengalami cacar air harus meminum air secukupnya dan kekal terhidrat, mengambil makanan berkhasiat supaya tubuh cepat sembuh dan pulih dari serangan virus Chicken Pox.

Ambil Makanan yang Mudah Ditelan

Kanak-kanak yang mengalami luka di dalam mulut akibat cacar air perlu mengambil makanan yang lembut dan tidak perlu dikunyah supaya ia tidak membuatkan keadaan ruam di dalam mulut bertambah teruk.

Antara contoh makanan yang lembut ialah kentang lecek, sup hirisan ayam. Elakkan mengambil makanan yang diproses dan makanan ringan (jajan) yang tidak mengandungi banyak nutrisi. Garam yang berlebihan dalam makanan ringan atau jajan ini akan menyebabkan luka dalam mulut bertambah parah.

Selain daripada masalah luka dalam mulut, demam akibat jangkitan virus boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami selera makan yang berkurangan. Pastikan setiap hidangan yang diambil mengandungi nutrisi yang secukupnya.

Jika kanak-kanak itu tidak mampu menelan makanan separuh pepejal, galakkan dia mengambil banyak makanan yang berbentuk sup atau sekurang-kurangnya minum air suam secukupnya.

Makanan sejuk juga membantu melegakan kesakitan makanan seperti yogurt sejuk, jus buah membantu memberi kelegaan pada mulut dan tekak.

Pilih buah-buahan yang lembut seperti tembikai atau pisang

Buah-buahan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat adalah sesuai untuk dimakan dan baik membantu tubuh untuk lebih cepat sembuh.

Pilihlah buah yang lembut seperti pisang atau tembikai.

Elakkan mengambil buah yang berasid seperti oren dan anggur kerana boleh menyebabkan luka dalam mulut menjadi lebih pedih dan sakit. Buah-buahan ini boleh disejukkan dicampur dengan susu atau yogurt dan ais untuk mendapatkan minuman yang tinggi nutrisi dan sedap.

Elakkan Air berkarbonat

Kanak-kanak yang mengalami cacar air perlu memastikan pengambilan air yang cukup. Lapan gelas air sehari termasuklah air kosong, jus atau air berperisa.

Elakkan air berkarbonat yang akan menyebabkan kesakitan pada luk adalam mulut. Elakkan makanan yang pedas dan panas. Makanan yang rangup sepertu kerepek dan keropok perlu dihindar.

Secara saintifiknya makanan seperti kicap, telur dan daging ayam tidak menganggu proses penyembuhan, namun jika terdapat bukti seseorang itu akan mengalami kegatalan terhadap sesuatu makanan, ia harus dielakkan bagi mengelakkan ketidakselesaan akibat kegatalan yang secara tidak langsung akan melambatkan proses penyembuhan.

Secara saintifiknya, makanan seperti kicap, telur dan daging aym tidak menganggu proses penyembuhan.

Andai kata pesakit cacar air tidak boleh makan atau minum akibat luka dalam mulut yang terlalu teruk, dapatkan nasihat doktor.

Pesakit ini perlu dimasukkan ke wad untuk diberikan IV drip bagi mengekalkan hidrasinya.

Cacar air jarang menyebabkan komplikasi, kecuali individu yang mengalami risiko sistem imunisasi yang lemah seperti pesakit diabetes, pesakit kanser atau pesakit yang mengambil rawatan steroid.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Perbezaan Cacar Air Dan Demam Campak?

sumber: cahayavitamin

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon