Pagi itu, seperti biasa suara hiruk pikuk memenuhi ruang pasar. Salah seorang dari peniaga, Ibu Bundiya turut sibuk mengurus jualannya. Dia menjual bubur di pasar itu. Lokasinya lebih kurang satu kilometer dari kawasan dermaga kapal berlabuh.
Lebih kurang pukul 8 pagi, semasa sibuk berjual beli, tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman yang sangat kuat seolah-olah kawasan itu dibedil oleh bom.
Bukan sekali, namun dua kali letusan kuat itu kedengaran dari arah laut, disusuli satu gempa yang amat kuat. Bumi seakan bergoncang seakan mahu runtuh.
Keadaan dipasar mula huru-hara. Semua orang diserang panik dan lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Walaupun tempat mereka sebelum ini kerap dilanda gempa bumi, namun tidak sekuat yang ini.
Kebiasaannya gempa hanya berlaku seminit dua, tetapi kali ini berlarutan hingga tujuh ke lapan minit lamanya.
Dalam suasana cemas itu, tidak seorang pun tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku sehinggalah Ibu Bundiya mendengar orang ramai berteriak - Air laut naik!! Air laut naik!
Apabila air mula melimpahi jalan dan memasuki kampung, keadaan semakin kelam kabut. Semua orang bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Begitu juga Ibu Bundiya. Dia juga panik, ke sana ke mari namun dia hilang akal ke mana arah hendak dituju.
Ketika itu, ramai dapat melihat bagaimana gelombang arus dari arah laut bagaikan mulut naga yang menunggu mangsa untuk menghancurkan segala-galanya.
"Masya-Allah, akan meninggalkah aku hari ini. Ya Allah, sekiranya ditakdirkan aku mati, aku mohon agar aku mati dalam kalimah Laailahaillallah."
Begitulah yang dituturkan mulut Ibu Bundiya dalam keadaan dia panik berlari ke sana sini.
Dalam fikirannya ketika itu, mungkin ajalnya sudah tiba.
Ketika huru-hara itu, Ibu Bundiya bertanya dalam hatinya, "Ya Allah, doa apa yang harus aku baca saat ini?"
Bagai diberi ilham, ketika itu juga terlintas surah al-Fatihah di dalam hatinya, lalu Ibu Bundiya teringat akan sepotong ayat ke lima dalam surah itu yang bermaksud, "Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan."
Makan, sambil berlari menyelamatkan diri, Ibu Bundiya membaca ayat itu berulang-ulang kali.
Dia pasrah dan hanya berserah kepada Allah tentang nasibnya.
Semasa gelombang laut yang menggunung jaraknya kian mendekat, Ibu Bundiya seakan hilang pedoman, tidak tahu ke mana dia hendak berlari.
Ketika itu, tiba-tiba dia terasa ada orang menepuk bahunya dari belakang dan kedengaran suara berkata, "Cepat pergi naik rumah Ibu Abasiyah. Ajak sekali jiran-jiran lari ke sana," arah suara itu.
Ibu Bundiya menoleh ke arah belakang untuk melihat pemilik suara tersebut, namun pelik kerana tiada sesiapa pun dibelakangnya.
Tanpa berlengah, Ibu Bundiya segera berlari menuju ke rumah yang disebutkan oleh suara tadi.
Sambil berlari, sambil itu juga dia menjerit kepada orang-orang disekelilingnya supaya berlindung di rumah Ibu Abasiyah.
Tidak tahu mengapa suara itu menyuruhnya ke sana, tapi Ibu Abasiyah merupakan seorang yang warak dan amat dihormati di kampung mereka.
Dan hati Ibu Bundiya seakan kuat untuk percaya pada arahan suara tadi.
Sebaik sampai dirumah itu, Ibu Abasiyah dan beberapa orang penduduk juga sedang berlindung diruang tamu rumah.
Ibu Bundiya dan beberapa penduduk lain turut sama masuk ke dalam rumah. Ketika itu, air laut sudah naik hingga ke paras lutut.
Tidak lama, air laut kian naik hingga ke paras pinggang mereka. Ibu Abasiyah menyuruh mereka semua naik ke bilik di tingkat atas rumahnya.
Di tingkat atas, mereka fikir semuanya akan selamat kerana kedudukannya yang agak tinggi, namun jangkaan itu meleset.
Dalam waktu singkat air kian naik hingga mencecah paras leher mereka. Disaat itu tiada lagi tempat untuk mereka semua lari. Ibu Bundiya turut pasrah dan bersedia menerima ajal tiba bila-bila masa.
Ketika nyawa dihujung tanduk, keajaiban muncul. Sebuah kapal nelayan datang membelah arus dan tersangkut diatas bumbung rumah Ibu Abasiyah.
Mereka semua selamat apabila memanjat naik ke atas kapal itu. Seramai 59 orang penduduk termasuk Ibu Bundiya berada di atas kapal tersebut.
'Kapal Di Atas Rumah'
Walaupun sudah belasan tahun tragedi mengerikan itu berlalu, namun ia masih segar dalam ingatan Ibu Bundiya.
Dia juga masih ingat bagaimana semasa mereka berlindung di dalam kapal, lalu setandan kelapa hanyut. Kelapa itulah yang mereka ambil dan dijadikan pengalas perut sebelum bantuan tiba.
Baginya, semua itu adalah keajaiban yang dipertontonkan Allah kepada umat-Nya.
Bahkan, dia terselamat dalam malapetaka dahsyat itu juga adalah satu hikmah.
Kini dia tinggal berdekatan dengan kawasan kapal tempat dia terselamat daripada tsunami.
Kawasan kapal itu yang terletak di Desa Lampulo, kini dijadikan sebagai salah satu monumen pelancongan di Banda Acheh, dikenali sebagai 'Kapal Di Atas Rumah'.
Tsunami yang melanda Acheh pada 26 Disember 2004 telah mengorbankan 170 ribu nyawa, manakala lebih 500 ribu penduduk hilang tempat tinggal.
"Mungkin berkat saya membaca surah Al-Fatihah itu Allah datangkan pertolongan. Cuba bayangkan kalau ketika itu saya lari ke arah lain, mungkin saya juga sudah terkorban," ujar Ibu Bundiya lagi saat mengenang semula tragedi pahit itu yang turut mengorbankan suaminya.
Mungkin itulah kekuatan doa. Perkara yang tidak mungkin terjadi, boleh berlaku dengan izin Allah.
Cuma, sehingga ke hari ini, suara misteri yang menyuruh Ibu Bundiya kekal misteri dan menjadi tanda-tanya.
Siapakah gerangan pemilik suara yang telah menyelamatkan dirinya dari ditelan arus tsunami itu?
BACA INI JUGA: Selepas Tsunami, Gambar Biasa Yang Luarbiasa!
-SENTIASAPANAS.COM
Ibu Bundiya.