Perbicaraan selama 20 hari di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendedahkan betapa pembunuhan Salbiah dirancang dengan teliti oleh Saderi dalam usahanya melindungi kecurangan kepada tunangnya, Rubiah.
Andainya, mayat Salbiah tidak ditemui oleh sesiapa di lurah Jalan Lembah Permai itu, mungkin hari ini Saderi sudah menjadi seorang pegawai polis berkedudukan tinggi dalam kerjayanya namun, takdir Allah Maha menentukan segala-galanya.
Ibarat pepatah Inggeris yang berbunyi, ‘Crime Doesn’t Pay’. Saderi akhirnya menerima pembalasan yang sewajarnya iaitu hukuman gantung terhadap pembunuhan yang dilakukannya.
Sebagai pegawai penyiasat polis, dia sepatutnya membawa penjenayah ke muka pengadilan dan bukan melakukan jenayah.
Perbicaraan pembunuhan pekerja kilang, Salbiah Yeop Abdul Rahman, 27, yang dilakukan kekasihnya, Pegawai Penyiasat Polis, Inspektor (Percubaan) Saderi Abdul Samat, berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mustapha Hussein dan tujuh juri di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mulai 8 Jun 1982.
Dalam hujah pembukaan, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shafee Abdullah, memberitahu mahkamah, pihaknya akan membuktikan Saderi membunuh Salbiah sebelum dia membawa mayat mangsa dan membuangnya di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bunga.
Pendakwa juga yakin dapat membuktikan Saderi membunuh Salbiah dalam bilik tidurnya di Mes Pegawai Polis Jalan Scotland berikutan kesan darah dalam bilik itu dan tertuduh adalah orang terakhir bersama mangsa sebelum pembunuhan berlaku.
Pada perbicaraan itu, Saderi yang juga bekas pelajar Universiti Teknologi Malaysia pada 1977 dan 1978, menghadapi tuduhan membunuh Salbiah antara petang 14 November hingga jam 5 pagi 15 November 1980 di Mes Pegawai Polis Jalan Scotland, mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan, yang jika disabitkan membawa hukuman mati.
Ketika perbicaraan di mahkamah tinggi itu, Saderi yang tidak diwakili oleh peguam bela sepanjang perbicaraan awal di Mahkamah Majistret pada April 1981, kali ini diwakili peguam bela K Kumaraendran dibantu S Sithambaram dan Teja Singh, yang dilantik mahkamah bagi membelanya.
Muhammad Shafee berhujah, Saderi yang bakal berkahwin dengan tunangnya, Rubiah Tijan, yang ketika itu berada di Melaka, menyimpan Salbiah sebagai kekasih dan pasangan itu ‘tinggal’ bersama di kediaman pegawai polis terbabit.
“Pendakwaan akan membuktikan tertuduh adalah kaki perempuan yang menggunakan wanita untuk memenuhi kepuasan dirinya sebelum mengabaikan mereka. Saderi terdesak apabila Rubiah mengirimkan telegram menyatakan akan melawatnya,” hujahnya.
Prosiding perbicaraan bermula dengan seorang pembuat roti, Wan Teik Boon, 23, orang pertama menemui mayat Salbiah dipanggil memberi keterangan mengenai penemuan itu sebelum disusuli Pegawai Penyiasat, Inspektor Abdul Rani Abdullah.
Abdul Rani memberitahu mahkamah yang Saderi mula dipanggil untuk ‘temubual’ bagi membantu siasatan mulai jam 11.45 malam pada 24 November 1980 selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai hubungannya dengan Salbiah.
Pihak pembela membantah keterangan yang diberikan Saderi kepada Abdul Rani menyebabkan bicara dalam perbicaraan dijalankan. Kenyataan itu kemudian diterima sebagai keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung.
Hari kedua perbicaraan, Pemangku DSP Mohamad Fauzi Saari, yang bertanggungjawab merakam kenyataan beramaran Saderi dipanggil memberi keterangan.
Permohonan pendakwa mengemukakan dokumen itu sebagai bahan bukti tidak dibantah pembela membolehkan ia diterima sebagai keterangan.
Berdasarkan kenyataan beramaran yang mendedahkan hubungan asmara Saderi dengan Salbiah itu, antara kandungannya Saderi berkata, dia terkejut apabila menemui mayat kekasihnya tergantung pada alang di bilik mandi penginapannya kerana tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku.
Menurut Saderi dalam kenyataan beramaran itu, selepas penemuan itu, dia menjadi panik dan tidak tentu arah selama setengah jam kerana bimbang kejadian dalam biliknya itu akan menjejaskan imej pasukan polis jika diketahui oleh masyarakat.
Dia juga bimbang kejadian itu akan diketahui tunangnya dan mengambil keputusan tidak memberitahu sesiapa mengenainya.
Saderi turut menyatakan dia menggunakan sebilah gunting untuk memotong tali nylon yang menjerut leher Salbiah untuk menurunkan mayat kekasihnya itu.
Katanya, dia kemudian membawa mayat itu dan diletakkan di tempat duduk penumpang depan kereta yang dipinjam daripada rakannya, Inspektor Che Ibrahim Che Muda, dan memandu ke arah Pantai Jerejak sebelum menukar fikiran menuju Baru Feringgi melalui Green Lane, Jalan Air Tejun dan Tanjung Bungah.
Dia kemudiannya membuat keputusan membuang mangsa di lurah dekat Lembah Permai. Selepas memberhentikan kereta di situ, dia memikul mayat Salbiah turun dan meletakkannya di lurah terbabit.
Apabila kembali ke biliknya, dia mendakwa menemui beg tangan Salbiah dan nota tulisan tangan berbunyi, “Inilah pengorbanan saya untuk kebahagiaan Saderi” dan satu lagi berbunyi, "Tenangkan hati menghadapi dugaan.”
Tertuduh berkata, dia mengambil beg serta nota itu sebelum membuangnya dalam tong sampah di persimpangan Jalan Scotland dan Jalan York, sebab tidak mahu meninggalkan sebarang bukti mengenai kematian yang berlaku dalam mes polis berkenaan.
Dalam kenyataan itu juga, Saderi menyatakan dia mengejutkan rakannya, Inspektor Shamsuddin, kira-kira jam 4.55 pagi pada 15 November, sebelum kedua-duanya pergi ke Butterworth, menjemput teman wanita masing-masing datang ke mes terbabit.
Katanya, pada awal hubungan dengan Salbiah, dia tidak pergi ke rumah wanita itu di Gelugor, sebaliknya Salbiah menemuinya di Balai Polis Jelutong.
Mulai Jun 1980, Saderi berpindah ke Mes Pegawai Polis Jalan Scotland. Dia yang semakin rapat dengan Salbiah, menjemput kekasihnya bermalam sambil melakukan hubungan seks di situ.
Saderi mengakui, walaupun Salbiah mahu dia menjadi suaminya, dia tidak dapat membuat keputusan kerana sudah mempunyai tunang.
Menurut Saderi, kira-kira dua bulan sebelum kematian, Salbiah memberitahunya yang dia mengandung dan malu jika keadaan itu diketahui oleh rakan-rakan. Bagaimana pun, menurutnya Salbiah bersetuju menggugurkan kandungannya.
Dia berkata, kira-kira jam 11 malam pada 13 November 1980, Salbiah kelihatan sedih dan muram apabila mendapat tahu mengenai kunjungan Rubiah pada 15 November.
Menurut Saderi, Salbiah kemudiannya membuat keputusan untuk pergi ke Ipoh kerana mendapat kerja baru di sana yang bermula 14 November. Saderi mendakwa, itulah kali terakhir dia melihat kekasihnya itu.
Menerusi kenyataan beramaran setebal sembilan muka surat itu juga, Saderi mengakui dia bertunang dengan Rubiah pada 25 Disember 1979 dan dijangka berkahwin dalam tempoh dua tahun.
Katanya, dia yang bertugas di Cawangan Narkotik mulai Mei 1980, mengenali Salbiah menerusi Zaini Suparwi yang juga teman wanita Che Ibrahim.
Che Ibrahim yang mengenali Saderi sejak mereka menjalani latihan memasuki polis di Depoh Polis Kuala Lumpur pada 1979, dalam keterangannya di mahkamah itu juga menyatakan Saderi turut mempunyai teman wanita lain ketika mempunyai hubungan dengan Salbiah.
Katanya, dia mengetahui yang selama ini Saderi dan Salbiah mempunyai hubungan yang intim tetapi baru mengetahui mengenai tunang Saderi iaitu Rubiah selepas 17 November.
Segala kenyataan beramaran yang dirakamkan daripada Saderi itu mula menunjukkan pelbagai percanggahan apabila saksi-saksi lain dikemukakan oleh pihak pendakwa.
Abdul Rani dalam keterangannya, berkata pasukan polis tidak menjumpai tali plastik yang didakwa digunakan oleh Salbiah untuk menggantung diri dan dicampak oleh Saderi di sebelah mayatnya. Polis berusaha mencari tali itu dengan kehadiran Saderi menunjukkan lokasinya tetapi tidak ditemani.
Menurut Abdul Rani, Saderi juga membawa polis ke bilik kediamannya untuk menunjukkan lokasi mayat Salbiah dijumpai tergantung.
Dia turut menunjukkan sebilah gunting yang digunanya untuk memotong tali yang menjerut leher Salbiah dan beberapa paku yang didakwa mungkin digunakan Salbiah.
Ahli Kimia, Hoong Seng Hong, dalam keterangannya pula menyatakan adalah mustahil untuk tubuh manusia seberat lebih 45 kilogram boleh tergantung pada paku yang patah pada alang dalam bilik air berkenaan.
Katanya, ujian yang dijalankan mendapati paku terbabit patah akibat ketukan biasa dan membengkok dan bukannya akibat menggantungkan objek seberat 45 kilogram.
Menurutnya, ujian yang dilakukan mendapati paku yang diketuk pada alang terbabit tidak berupaya menahan beban dan menjadi bengkok serta merta sebaik diletakkan beban seguni pasir seberat 45 kilogram.
Ujian itu membabitkan penggunaan tiga batang paku sepanjang lima sentimeter setiap satu dengan ketebalan 2.7 milimeter. Kayu pada alang itu juga keras dan memerlukan kekuatan untuk memakunya ketika dia memaku kira-kira dua sentimeter.
Muhammad Shafee bertanya, “Kalau seseorang mendakwa tubuh manusia seberat 45 kilogram atau lebih tergantung pada paku di alang itu, apa reaksi awak terhadap dakwaan itu?
Hoong menjawab, “Daripada ujian yang saya lakukan, ianya tidak boleh berlaku. Ia tidak mungkin.”
Akhir sekali perbicaraan, Saderi didapati bersalah dan mahkamah berpendapat teori bunuh diri itu hanya helah Saderi untuk mengelak daripada tuduhan membunuh tersebut.
Saderi akhirnya digantung sampai mati pada tahun 1984.
Menariknya kes ini, sampai ke sudah tiada saksi yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan tersebut, tali yang dikatakan menjerut leher Salbiah juga tidak ditemui.
Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman itu berdasarkan circumstantial evidence (bukti situasi) dan keterangan post mortem yang mengatakan Salbiah mati disebabkan “strangulation and not hanging.”
Berbalik kepada Fauzi, beliau mengatakan yang sampai saat akhir pun, Saderi masih tak mengaku membunuh Salbiah, dia tetap mengatakan yang Salbiah sendiri yang membunuh diri!
Perbicaraan selama 20 hari di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu mendedahkan betapa pembunuhan Salbiah dirancang dengan teliti oleh Saderi dalam usahanya melindungi kecurangan kepada tunangnya, Rubiah.
Itulah sebab sedikit mengenai kes pembunuhan Salbiah ini.
Ibarat pepatah Inggeris yang berbunyi, ‘Crime Doesn’t Pay’.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Misteri Dan Kisah Pelik Bukit Salbiah
sumber: scriptersnews

- Mangsa: Pekerja kilang AMD, Salbiah Yeop Abdul Rahman, 27.
- Tertuduh: Pegawai Penyiasat Polis, Inspektor (P) Saderi Abdul Samat, 24.
- Pegawai Penyiasat: Inspektor Abdul Rani Abdullah.
- Tuduhan: Membunuh Salbiah antara petang 14 November hingga jam 5 pagi pada 15 November 1980 di Mes Pegawai Polis Jalan Scotland. Didakwa melakukan pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
- Hukuman: Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
- Hakim: Pesuruhjaya Kehakiman Mustapha Hussein.
- Juri: Tujuh orang termasuk dua wanita.
- Pendakwa: Timbalan Pendakwaraya Muhammad Shafee Abdullah.
- Pembela : Peguambela K Kumaraendran dibantu S Sithambaram dan Teja Singh.
- Saksi: 20 saksi pendakwa, dua saksi pembela.