Friday, November 24, 2017

Mahu Bertaubat Kenapa Perlu Istighfar?


Seorang lelaki datang bertemu dengan guru agama dan menyatakan hasratnya untuk berubah tetapi tidak tahu caranya.

Mahu Bertaubat Kenapa Perlu Istighfar?

"Wahai guru, aku ingin bertaubat, bagaimana caranya? Aku banyak berbuat dosa. Hati aku telah kotor," tanya lelaki itu.

"Mula-mula kamu perlu jauhi perkara yang dilarang dan banyakkan istighfar," jawab guru agama itu.

"Kenapa perlu istighfar?" soalnya.

Guru agama itu mengajak lelaki itu pergi ke sebuah tasik dan kemudiannya menghulurkan sebuah cawan kepada lelaki tersebut sambil menyuruhnya supaya mencedok air di dalam tasik kemudian membuangnya diatas tanah.

Lelaki itu mengikuti apa yang disuruh, namun dia berasa pelik kenapa perlu melakukan sedemikian.

Dia lalu bertanya kepada guru agama itu.

"Untuk apa lakukan semua ini?" soalnya.

"Apabila kamu mencedok air tadi, adakah kamu nampak air tasik itu berkurangan?" soal guru agama itu.

"Langsung tidak. Ini kerja sia-sia," balas lelaki itu.

"Tidak benar. Sebenarnya, apabila kita mencedok keluar air dari tasik itu, sebenarnya air tasik itu berkurangan sebanyak satu cawan, tapi kita tidak nampak kerana air itu terlalu banyak.

"Sama juga apabila kita mencurahkan secawan air ke dalam tasik, ia juga tidak nampak bertambah kerana air tasik itu banyak.

"Walhal hakikatnya air tasik itu bertambah sebanyak satu cawan.

"Begitulah dengan hati. Apabila kita melakukan dosa, sebenarnya ia akan meninggalkan satu titik hitam yang melekat pada hati kita.

"Kita tidak nampak kerana ia titik yang kecil dan kalau kita beristighfar, ia adalah cara terbaik untuk menghilangkan kesan titik hitam itu.

"Sekali kita beristighfar, ia akan menghilangkan satu titik. Jadi, kita perlu terus mencedok keluar dosa itu dari hati kita.

"Mungkin kita tidak nampak kepentingan istighfar ini tetapi ia adalah pencuci terbaik untuk hati.

Demikian jawab guru agama itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 25 Janji Allah Kepada Manusia Yang Sentiasa Beristighfar

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon