Mengapa emas yang berwarna keemasan dianggap sebagai berharga, dicari dan digunakan oleh manusia sejak ribuan tahun lalu dan bukannya logam lain?
Tahukah anda emas juga dikenali dengan nama Aurum dan berada pada kedudukan ke 79 (mengikut urutan kedudukan unsur dalam jadual berkala mengikut berat atom) dengan simbol Au-79.
Emas bersifat keras tetapi mudah ditempa (mulur), berwarna kuning kemerahan dan berkilau.
Sifat lain turut menunjukkan emas tidak bertoksik, tidak reaktif secara kimia bila terdedah di udara (tidak berkarat) dan tidak mudah berubah sifat fizik seperti menjadi pudar.
Sejak sains dan teknologi manusia berkembang, emas didapati memiliki ciri-ciri sesuai dalam bidang elektronik.
Disebabkan sifat emas yang tahan panas serta pengalir elektrik yang baik, menjadikan emas sesuai digunakan dalam pelbagai industri melibatkan elektronik.
Emas turut digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang lain seperti biologi, industri elektroplating dan penyelidikan angkasa lepas.
Berdasarkan bukti sejarah, emas telah ditemui dan digunakan oleh manusia sejak 3,000 tahun Sebelum Masihi (SM).
Sebagai contoh, barangan berupa objek daripada emas telah ditemui dalam kubur raja di Iraq yang berusia 3,800-2,000 SM.
Duit Syiling Emas
Emas mula di lombong di Turki sekitar 640 SM dan mula digunakan sebagai duit syiling emas pada tahun 500-600 SM.
Di Mesir, emas dilombong sekitar tahun 2,000 SM.
Topeng emas pada raja Mesir, Tutankhamen (Pharoah Mesir) mengandungi emas seberat sekitar 100 kilogram.
Kini, emas di lombong secara besar-besaran terutamanya di Afrika Selatan, Australia dan Rusia, malah banyak lagi negara lain yang belum diterokai.
Emas wujud di bumi sejak sistem matahari kita terbentuk kira-kira 4.5 bilion tahun lalu.
Emas terbentuk daripada matahari yang bersaiz besar melalui proses tindak balas nuklear.
Di bumi, emas wujud secara tulen (tidak membentuk sebatian dengan unsur) dan ketulenan emas diukur dengan unit carat atau karat.
Emas tulen dikenali sebagai emas 24 karat, emas 18 karat ialah 75 peratus kandungan emas, manakala 12 karat pula memiliki 50 peratus kandungan emas tulen.
Selebihnya, emas dicampurkan dengan pelbagai logam lain seperti kuprum dan perak bagi memudahkan pemprosesan untuk industri perhiasan dan sebagainya.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Sains Merungkai Larangan Lelaki Memakai Emas!
-SENTIASAPANAS.COM