Thursday, November 16, 2017

Dalam Bisnes Jual Beli Hargai Orang Asing, Itu Pesanan Jack Ma


Jack Ma datang melawat Malaysia buat kali kedua tahun ini. Dia datang kali pertama pada Mac 2017 yang kali ini untuk pembentukan Zon Bebas Perdagangan Digital (DFTZ) selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi 20 negara teratas di dunia menjelang 2050.

Dalam Bisnes Jual Beli Hargai Orang Asing, Itu Pesanan Jack Ma

Inisiatif DFTZ akan membawa kepada pertumbuhan global serta bakal definisikan semula perdagangan global dan serantau.

DFTZ adalah usaha Malaysia untuk bergerak sepantas syarikat e-Dagang terbesar China, Alibaba Group Holding Limited (Alibaba).

DFTZ akan mewujudkan lebih 60,000 peluang pekerjaan dan akan meningkatkan nilai eksport produk PKS kepada RM160.95 bilion menjelang 2025.

DFTZ akan memudahkan dari segi fizikal dan virtual. Ia adalah penyedia perkhidmatan pemenuhan utama dalam aspek warehouses, logistik dan kastam, juga sebagai ibu pejabat serantau, khidmat FSI dan pelatihan. Manakala dari segi virtual untuk e-services dan khidmat interfaces dengan agensi dan sektor swasta.

NASIHAT JACK MA

Kata Jack Ma, untuk sukses dalam bisnes perlukan tiga perkara teras.

Pertama, misi yang jelas.
Kedua, nilai baik yang ditawarkan dengan ikhlas.
Ketiga, sasaran mahu capai yang kemas.

Tanpa ada ketiga perkara ini dalam usaha bisnes, sukar untuk kita sukses. Bakat ada di mana-mana. Pandai cari kita bakal jumpai. Apa yang utama adalah budaya pada perusahaan. Tanpa budaya, bawa sejuta strategi sekalipun ia akan lumpuh sebelum langkah mula.

Mulai hari pertama masuk kerja, seorang pegawai harus faham akan nilai perusahaan dan semangat (spirit) bekerja dalam pasukan. Sesuatu syarikat yang ingin tumbuh berkembang akan buang perkataan gagal dari kamus syarikat.

Kalah dalam pertempuran bukan bermakna kalah dalam peperangan. Tidak upaya berjaya dalam satu projek atau percubaan - bukan bermakna gagal dalam usaha berikutnya. Apa yang utama fahami konsep bisnes yang dibawa. Ia bakal jadi aset dalam percubaan projek berikutnya.

Sesuatu syarikat perusahaan yang baik bermula dengan berfikir tentang permasalahan apa yang dapat dibantu. Bermula dari situ, Pada setiap solusi kita utarakan, ia akan bawa kita ke gerbang sukses berikutnya.

Pada 1999, Jack Ma, mengumpulkan 18 orang di apartmen beliau dan bercakap dua jam tentang visi masa depan. Setiap orang meletakkan wang di meja dan mereka memperoleh AS$60,000. Jack Ma ingin memulakan perusahaan global.

Dia namakannya sebagai Alibaba. Satu nama global yang mudah disebut orang. Sentiasa berfikir 10 hingga 15 tahun ke depan. Alibaba sukses hari ini kerana mereka ada impian 18 tahun dahulu. Waktu itu mereka percaya, “Internet akan dapat bantu para pembisnes skala kecil”.

2 Ciri Utama Bisnes Yang Berjaya

Bisnes harus ada dua ciri utama apabila ada hasrat mahu mengubah “pemegang tombak menjadi hulubalang”.

Pertama, ada hasrat dan niat mahu mengubah sejarah. Melakukan sesuatu yang penting dalam hidup. Melakukan sesuatu yang dapat mempengaruhi dan mengubah hidup jutaan manusia lain lagi.

Kedua, ada ambisi besar mahu capai. Pendirinya harus ambisius. Mahu berkembang besar dan mengetuk setiap pintu rumah dalam kehidupan warga dunia ataupun sekurang kurangnya Nusantara tempat kita berada. Ataupun kawasan negeri dan negara kita bermula.

Pantang Larang Berjaya Dalam Bisnes

Apabila kita memulakan bisnes, usah berjual pada teman akrab dan orang dekat. Apabila terjebak dalam jualan pada mereka yang dekat, kita bakal berdepan rasa kecewa. Mereka yang kita namakan keluarga akan sentiasa berfikir, kita sedang mencari untung wang daripada mereka.

Semurah mana sekalipun kita jual pada mereka, tetap mereka tidak menghargainya. Manusia selamanya rata-rata begitu.

Mereka lebih rela ditipu orang asing dari membiarkan kita dapat untung daripada mereka. Mereka lebih tega mendukung orang yang tidak dikenali daripada membantu kita.

Dalam persaudaraan, tenaga, biaya dan masa tiada nilai.

Fakta nyata dalam bisnes, “tenaga, biaya dan masa” itu sebenarnya kos yang mahal. Lebih mahal daripada produk dan khidmat.

Dalam bisnes untuk urusan jual beli, hargai orang asing. Ketika melakukan penjualan orang pertama yang akan mempercayai kita adalah orang asing.

Ingat pesan pedoman Jack Ma ini.

Sewaktu bermula, teman akrab akan menampak ragu buat seketika. Teman biasa akan menjauhkan diri mereka. Keluarga akan pandang rendah tentang kita. Hargai orang asing. Mereka akan jadi pelanggan pertama kita dan bakal jadi pelanggan yang selanjutnya.

Pada kunci kejayaan ada dua pembuka

Pertama, performa dan kedua, keboleh upayaan untuk duduk bersama dalam pasukan.

Jack Ma menjelaskan apabila performanya tinggi, namun tiada semangat berpasukan maka ia umpama anjing liar.

Apabila hanya ada team spirit semata-mata tanpa prestasi kerja (performa) maka ia umpama sekumpulan arnab putih. Cantik dipandang, nyaman dilihat, namun ia tidak banyak penghasilan harian.

Justeru dalam syarikat yang hebat bakal cipta kesuksesan besar, tiada anjing liar dan tiada kawanan arnab putih.

Yang perlu ada adalah performa luar biasa bagaikan champion dan team spirit yang teradun kuat tidak koyak rabak walaupun disepuh sumpah-serapah yang datang menggoda mahu menarik kita keluar daripada kelompok kawanan kumpulan.

Hanya dengan perkara kecil sebegini, kita boleh melangkah jauh bersama DFTZ.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Hidup Sebagai Jutawan Penuh Dengan Masalah, Berapa Banyak Wang Yang Diperlukan Untuk Hidup Bahagia?

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon