Penyakit mental juga disebut sebagai gangguan mental, penyakit jiwa atau gangguan jiwa, adalah gangguan yang mengenai satu atau lebih fungsi mental.
Penyakit mental adalah gangguan otak yang ditandai oleh terganggunya emosi, proses berfikir, perilaku dan persepsi (penangkapan panca indera). Penyakit mental menimbulkan stres dan penderitaan bagi pesakit (dan keluarganya).
Jenis-jenis penyakit mental yang perlukan rawatan:
Berbanding dengan rawatan penyakit mental ia biasanya merangkumi, rawatan fizikal, psikologi dan social.
Rawatan fizikal dan rawatan psikologi seperti:-
Rawatan Fizikal
Selain ubat-ubatan, penggunaan arus eektrik (electro convulsive therapy) mungkin diperlukan kepada sesetengah pesakit yang terlalu murung atau terlalu agresif yang tidak bertindak balas dengan ubat-ubatan.
Rawatan Psikologi
Rawatan psikologi kepada pesakit ini, termasuklah rawatan kaunseling dan psikoterapi.
Kaunseling yang dilakukan ini termasuklah:
PSIKOTERAPI
Psikoterapi merupakan rawatan psikologi bersifat dua hala antara doctor dan pesakit yang memerlukan doctor mengikuti kursus dan latihan tertentu.
Antara bentuk psikoterapi yang dilakukan ialah:
Bagaimanapun tidak semua pesakit sesuai menjalani rawatan psikoterapi seumpama ini, hanya untuk pesakit neurosis tertentu dan pesakit mestilah bermotivasi tinggi, berfikiran terbuka, bijak dan penyakit yang dihadapi tidaklah terlalu kronik.
Hubungan pesakit pada masa lampau mewarnai persepsi dan tingkah laku pesakit pada masa kini. Dalam menjalani rawatan psikoterapi ini, doctor akan menjelaskan punca (dinamik) sesuatu konflik itu terjadi atau bermula.
Konflik yang dihadapi oleh seseorang sama ada hubungan dengan ibu bapa atau keluarga banyak mencorak cara pesakit berinteraksi dengan individu lain.
Justeru, penting untuk individu yang membantu merawat pesakit menjelaskan keadaan yang mereka alami bagi membantu mereka menangani masalah yang dihadapi.
Rawatan jenis ini boleh dilakukan secara individu atau rawatan berkumpulan di mana pesakit lain diambil dalam jumlah empat hingga enam orang, dengan julat umur yang hampir sekata di samping persamaan pada personaliti dan permasalahan yang hampir serupa.
Melalui kaedah ini, pesakit akan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain dan cuba belajar menangani masalah yang mereka hadapi.
Terapi kumpulan ini biasanya dilakukan kepada mereka yang menghadapi masalah penagihan dadah, mangsa kejadian yang tragis yang dikategorikan dalam kumpulan post traumatic disorder seperti mangsa runtuhan bangunan tinggi Higland Tower.
TERAPI TINGKAHLAKU
Kaedah jenis ini biasanya digunakan untuk merawat masalah tingkahlaku, contohnya seperti mereka yang fobia pada tempat tinggi secara berperingkat-peringkat. Secara tidak langsung, ia melatih pesakit supaya lebih berani.
Antara penyakit yang digunakan untuk merawat masalah ini termasuklah masalah neurosis seperti panik, fobia dan obsesif kompulsif.
Rawatan ini juga diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah terencat otak di mana fungsi social mereka biasanya terganggu.
Adakalanya pesakit akan diberi beberapa latihan dan hasil yang diperolehi pesakit akan diberi penghargaan atau hadiah-hadiah tertentu.
Kaedah asertif ini juga sesuai dipraktikan dikalangan kanak-kanak bagi membentuk sikap dan tingkahlaku mereka.
SOSIAL – Latihan Asertif
Mereka yang menghadapi penyakit mental seperti neurosis dan psikosis kronik biasanya tidak asertif. Asertif bermaksud keupayaan menyatakan tidak kepada sesuatu permintaan, pesakit menyedari dan faham bahawa bertindak asertif tidak mengakibatkan seseorang kehilangan rakan, mencetuskan persengketaan dan sebagainya.
Malah, ia menyebabkan seseorang itu lebih dihormati, disegani dan tidak mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain di mana pesakit mudah berasa tertekan.
KOMUNITI
Dalam menangani masalah ini, masyarakat juga tidak terkecuali daripada memainkan peranan untuk membantu memulihkan pesakit.
Proses rehabilitasi pemulihan memerlukan sokongan ahli masyarakat seperti menyediakan bengkel dan tempat-tempat perlindungan yang dapat menyediakan latihan dan pekerjaan kepada pesakit. Ini kerana pesakit tidak mungkin dapat bersaing di pasaran terbuka.
Rawatan Sosial
Rawatan pemulihan termasuklah pemulihan pekerjaan, pemulihan social. Ini termasuklah aspek kebersihan diri dan urusan rumahtangga.
Mengapa pesakit mental memerlukan kesemua rawatan komprehensif
Mereka yang menghadapi masalah mental biasanya menghadapi gangguan emosi dan gangguan pemikiran yang sekaligus menganggu hubungan social mereka dengan orang ramai dan cara mereka bertindak.
Justeru sekiranya rawatan komprehensif tidak diberikan, pesakit tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang sihat, sejahtera dan sempurna seperti individu normal yang lain.
Pada masa yang sama, ahli keluarga juga bertanggungjawab membantu pesakit dalam proses pemulihan dan menangani masalah yang timbul.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Jangan Biarkan Isteri Stress Walaupun Sedikit Selepas Bersalin!
sumber: mmha

- Neurosis dan Psikosis
- Penyakit mental organik seperti nyanyuk
- Gangguan personaliti
- Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif
- Ketagihan dadah dan alcohol
- Percubaan membunuh diri
Berbanding dengan rawatan penyakit mental ia biasanya merangkumi, rawatan fizikal, psikologi dan social.
Rawatan fizikal dan rawatan psikologi seperti:-
- Kaunseling
- Psikoterapi
- Tingkah laku
- Rawatan Sosial
Rawatan Fizikal
Selain ubat-ubatan, penggunaan arus eektrik (electro convulsive therapy) mungkin diperlukan kepada sesetengah pesakit yang terlalu murung atau terlalu agresif yang tidak bertindak balas dengan ubat-ubatan.
Rawatan Psikologi
Rawatan psikologi kepada pesakit ini, termasuklah rawatan kaunseling dan psikoterapi.
Kaunseling yang dilakukan ini termasuklah:
- Pendidikan yang menjelaskan berhubung symptom-simptom yang dihadapi pesakit.
- Aspek pengambilan ubat
- Konsep tekanan, cara menanganinya, motivasi diri dan harga diri.
- Aspek perhubungan kekeluargaan, rakan kerja dan lain-lain.
PSIKOTERAPI
Psikoterapi merupakan rawatan psikologi bersifat dua hala antara doctor dan pesakit yang memerlukan doctor mengikuti kursus dan latihan tertentu.
Antara bentuk psikoterapi yang dilakukan ialah:
- Psikoterapi dinamik
- Psikoterapi kognitif
- Psikoanalitik psikoterapi