Wednesday, November 22, 2017

Apa Itu Penyakit Anxiety Panic Disorder?


Anda sedang memandu di lebuhraya, cuaca terang dan damai, namun tiba-tiba hujan turun dengan lebat berserta angin kencang. Dada anda berdegup kencang terkejut dengan suasana yang tiba-tiba berubah. Nafas makin kencang terasa seakan-akan tercekik dan mahu pengsan. Terus anda memberhentikan kereta di pinggir jalan dan cuba untuk bertenang. Setelah beberapa minit keadaan kembali kepada asal.

Apa Itu Penyakit Panic Disorder

Anda berada di perhentian bas. Bising, hiruk pikuk dengan bunyi deruman injin bas dan suara orang ramai. Anda berasa tidak selesa, tergugat dan ingin segera lari dari suasana itu. Tiba-tiba anda berasa sesak nafas, pening, perasaan tidak menentu dan terasa semuanya di luar kawalan. Lebih teruk lagi anda rasa seperti akan mati ketika itu juga.

Anda sedang berkerja dengan komputer anda di pejabat. Suasana tenang dan selesa tanpa apa-apa gangguan. Tiba-tiba anda terasa seperti ada sesuatu yang menakutkan. Hingga menyebabkan anda berasa panik dan lemah serta menggeletar, sedangkan anda sedar tiada apa yang perlu ditakutkan ketika itu.

***

Contoh di atas adalah merupakan tanda atau simptom yang anda telah diserang Panic Disorder, penyakit yang banyak memberi impak sosial yang serius kepada pengidapnya.

Bukan mereka anti sosial, bukan mereka tidak mahu berjumpa atau bercampur gaul, tetapi kebanyakan mereka takut atau berasa teragak-agak untuk bergaul kerana bimbang Panic Disoder akan menyerang mereka di khalayak ramai.

Ini membuatkan mereka berasa malu dan rendah diri. Jika diterangkan kepada orang sekeliling belum tentu mereka akan percaya, kerana secara fizikal selalunya orang lain tidak akan nampak akan perubahan atas diri pesakit.

Justeru, jadilah mereka ini tidak faham atau sengaja tidak mahu faham dengan mengatakan pesakit sengaja mengada-ngada?

Sebenarnya, ramai yang mengalami masaalah ini dan setiap seorang dari mereka mempunyai versi atau cerita serta pengalaman yang berlainan dan amat menarik untuk dikongsi.

Bagi sesiapa yang mengalaminya tidak sepatutnya berasa takut atau malu untuk mendapatkan bantuan atau rawatan dari pakar psikologi.

Malangnya, persepsi masyarakat kita yang selalu memandang serong dengan permasalahan ini serta pengidapnya.

Juseru, perlu DITOLAK jauh bahawa, jika mendapatkan rawatan ini membawa petanda bahawa kamu GILA, itu tanggapan yang salah dari orang yang jahil dan tidak berpengetahuan.

Simptom Fizikal dan Emosi Panic Disorder
  • Sesak nafas
  • Panik tanpa sebab
  • Rasa mau pitam, pengsan
  • Berdebar-debar
  • Gugup
  • Takut
  • Perasaan yang tidak menentu
  • Berpeluh
  • Dada yang tidak selesa
  • Rasa tercekik atau lemas
  • Rasa panas, sejuk
  • Lemah, menggigil
  • Takut hilang kawalan, mati atau jadi gila

Simptom-simptom tersebut selalu dikelirukan (disalah anggap) sebagai penyakit atau serangan jantung, masaalah pernafasan atau lebih teruk lagi skizoprenia!

Tetapi, bukan semua serangan atau semua pesakit mempunyai tanda tanda yang sama. Pesakit perlu menjalani beberapa sesi ujian klinikal dan jika tiada seberang penyakit yang dikesan terhadap pesakit (yang sebenarnya memang sakit), selalunya pesakit akan dirujuk kepada pakar psikatrik dan dari beberapa ujian yang dijalankan akhirnya pesakit didiagnosis sebagai mengalami Phobia/Panic Disorder!

Penyakit ini juga ada kaitan dengan penyakit depression.

Manakala dari sudut spiritual pula, ia sering dikaitkan dengan gangguan dari sihir atau makhluk halus.

Yang mana perkara ini akan menyebabkan keadaan akan menjadi lebih kompleks, namun ia tidak boleh dinafikan kerana wajib bagi kita untuk mempercayai kewujudan makhluk halus seperti syaitan, iblis dan jin.

Perlu kita faham juga disini ada juga tanda-tanda masaalah gangguan spiritual yang terjadi, sama seperti apa yang berlaku kepada penyakit klinikal dan satu contoh yang boleh disebutkan ialah, terasa ingin pitam, pengsan namun bila diselidiki ianya bukan dari masalah klinikal.

Jelasnya, di sini penyakit atau masaalah ini seeloknya tidak sahaja menggunakan satu kaedah dalam usaha untuk pemulihan, pelbagai rawatan alternative boleh dipraktikkan.

Dan kita juga memang disarankan agar berusaha dengan pelbagai cara selagi mampu, tidak melanggar hukum syarak dan jangan berputus asa.

Faktor Penyebab Panic Disorder

Stress, depression dan anxiety adalah dalam satu kumpulan dan perlu difahami bahawa Panic Disorder juga adalah satu cluster atau rantaian dari permasaalahan yang tersebut di atas, maka jika mengalami salah satu darinya tidak mustahil yang lainnya juga akan turut ada!

Perkara yang pelik dan menakutkan mengenai Panic Disorder ini ialah ia kadang-kadang berlaku dalam suasana yang tidak mencemaskan dan tidak munasabah, namun perasaan ini akan menyerang secara fizikal dan psikologi kepada pengidapnya..

Pengalaman masa lalu, kehilangan mereka yang disayangi, kecewa, marah, dendam, sering ditakut-takutkan sewaktu kecil dan semasa dalam proses pembesaran juga adalah faktor penyebab kepada terjadinya semua tadi.

Ada pendapat yang mengatakan ketidakseimbangan hormon (serotonin) dalam otak menjadi punca, namun ianya juga boleh berlaku tanpa sebab yang jelas.

Serangan panik yang tiada kaitan dengan penyakit Panic Disorder boleh juga berlaku hasil dari penggunaan dadah seperti Cocaine, Amphetamines dan Marijuana.

Kaedah-kaedah Rawatan Panic Disorder

Klinikal

Secara klinikal ubatan-ubatan yang digunakan untuk merawat terdiri dari beberapa jenis dan kumpulan, antaranya:
  • Prothaiden.
  • Prozac.
  • Zoloft.
  • Lexapro.
  • Luvox.
  • Sesi kaunseling dari pakar psikologi.
  • Psikoterapi (Cognitive Behavioral Therapy) yang dikombinasikan dengan ubatan.

Spiritual

Ada beberapa kaedah yang sering dipraktikan oleh pengamal perubatan islam dan pesakit sendiri dalam menangani masaalah gangguan perasaan atau makhluk halus:
  • Ayat Kursi.
  • Ayat Ruqyah (Surah Al Baqarah).
  • Ayat Al Fatihah.
  • Ayat 3 Qul.
  • Surah Yassin.
  • Amalan Solat Dhuha.
  • Solat Hajat.
  • Solat Tahajjud.
  • Dan pelbagai lagi ayat2 dari Al Quran yang boleh diamalkan.

Selain dari kaedah-kaedah di atas ada lagi cara yang boleh dan senang untuk dipraktikkan iaitu dengan pemakanan.

Jika perasaan sedang bercelaru keutamaan kepada pesakit adalah untuk makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

Salah satu khasiat yang penting untuk ditingkatkan ialah dari kumpulan vitamin B. Vitamin dari kumpulan ini sangat diperlukan untuk penghasilan hormon Serotonin (Kimia dalam otak yang menghasil mood yang baik) untuk melawan, mengimbangkan hormon Kortisol (Kimia dalam otak yang menghasil mood tidak baik, murung dsb).

Selain dari itu keupayaan Serotonin juga boleh mengelak Kanser.

Pemakanan
  • Pisang.
  • Epal.
  • Nenas.
  • Kismis.
  • Badam dan lain-lain kekacang.
  • Kurma.
  • Ikan (Keli, Sardin, Kod, Tuna mengandungi Omega 3 yang tinggi).
  • Gingko (Ulam Pegaga) lain-lain sayuran hijau.
  • Telur Kuning (Had pengambilannya sebab kandungan kolesterol yang tinggi).
  • Soya.
  • Susu Kambing.
  • Coklat (Bukan Coklat Susu).
  • Madu Asli.

Secara amnya masaalah ini juga boleh kita katakan merupakan ujian dari Tuhan terhadap hambaNya seperti juga lain-lain penyakit. Mungkin peringatan atau juga satu kifarah untuk menghapus segala dosa lalu atau pun untuk meningkatkan lagi martabat kita disisiNya jika redha dan sabar dalam mengharungi ujian.

Dan perlu juga faham setiap penyakit pasti ada ubatnya, maka berusahalah, berdoa dan bertawakal.

Wallahu a'lam.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wanberuas

1 comment

  1. Situasi pertama tu rasanya macam pernah Mrs. A alami sedang drive tetiba hujan lebat giler tetiba tak nampak jalan panik giler sambil tu menangis dan berdoa jangan la eksiden ke orang langgar ke. Driving slow-slow on hazard light mujur selamat sampai rumah.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon