Wednesday, November 22, 2017

5 Jutawan Yang Hanya Dibayar Gaji $1 Setahun!


Jutawan bermula dari mindanya. Kekayaan sebenar adalah bermula dari minda seseorang. Anda semua berpotensi menjadi jutawan jika anda tahu sifat-sifat yang dimiliki oleh orang-orang jutawan. Kerana itu jutawan-jutawan ini tidak kisah menerima gaji sebanyak itu.

Namun, manusia sering menganggap bahawa jutawan adalah golongan yang bergaji besar dan lumayan, tetapi tahukah kita jutawan hebat ini hanya dibayar gaji sebanyak $1 (RM4.20) sahaja setahun atau kurang daripada itu.

Kami kongsikan 5 Ketua Pegawai Eksekutif yang menerima bayaran gaji $1 atau kurang setiap tahun.

1. Jack Dorsey, Twitter (Gaji pokok Twitter : $0, Square: $2.75)

5 Jutawan Yang Hanya Dibayar Gaji $1 Setahun!

Nilai kekayaan Jack Dorsey sebanyak $2.6 billion yang diperolehi melalui pegangan saham dalam Twitter dan syarikat pembayaran mudah alih Square yang ditubuhkan pada 2009.

Dorsey tidak menerima apa-apa pembayaran daripada Twiter sebaliknya menerima wang sebanyak $2.75 daripada Square,

Menurut Bloomberg, Dorsey mempunyai peratus pegangan saham sebanyak 26% dalam Square.

Merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah The Walt Disney Co. dan memiliki saham dalam syarikat media dan hiburan melayakkan Dorsey menerima dividen untuk menampung keperluannya.

2. Larry Page & Sergey Brin, Google (Gaji pokok: $1)

5 Jutawan Yang Hanya Dibayar Gaji $1 Setahun!

Pada tahun 2005, pengasas Google iaitu Sergey Brin, Larry Page dan Eric Schmidt meminta agar gaji tahunan mereka dikurangkan menjadi 1 dolar.

Pada tahun 2011, gaji Schmidt dinaikkan menjadi $1.25 juta apabila beliau mula memegang jawatan pengerusi eksekutif – satu lonjakan yang juga membawa kepada bayaran anugerah ekuiti bernilai $100 juta.

Walau bagaimanapun Brin dan Page masih lagi mengekalkan penerimaan gaji sebanyak $1 setahun dan mereka tidak mengambil sebarang bayaran bonus ataupun program ekuiti.

Page memiliki sejumlah 23.59 juta unit saham biasa Google Kelas B dan mempunyai kuasa sebanyak 28.1%.

Brin pula memiliki 23.16 juta unit saham Kelas B dan 75,000 unit saham Kelas A, memberikan beliau kuasa pegangan sebanyak 27.6%.

Anggaran nilai aset kedua-dua Brin dan Page pada tahun 2015 adalah $29 bilion setiap orang.

3. Richard Hayne, Urban Outfitters (Gaji pokok: $1)

5 Jutawan Yang Hanya Dibayar Gaji $1 Setahun!

Pengasas Urban Outfitters pada tahun 1970 hanya menerima gaji pokok sebanyak $1. Bayaran imbuhannya pula hanyalah $33,273 bagi tahun fiskal 2013 dan $68,487 bagi 2014.

Keputusan Hayne melepaskan bayaran gaji mahal adalah kerana beliau memiliki 17.8% saham dalam syarikat tersebut bernilai $23.18 bilion manakala isterinya memiliki $6.22 juta saham.

Pengerusi syarikat dan presiden ini memegang jawatan Pegawai Eksekutif Utama Peruncit sehingga 2007 sebelum kembali mengemudi syarikat pada tahun 2012 menggantikan Glen Senk sebagai CEO.

4. Larry Ellison, Oracle (Gaji pokok: $1)

5 Jutawan Yang Hanya Dibayar Gaji $1 Setahun!

CEO dengan bayaran paling mahal di Amerika ini hanya menerima bayaran gaji satu dollar setahun. Pada tahun 2014, beliau menerima bayaran elaun dan imbuhan berjumlah $67.26 juta.

Selain itu beliau juga menerima bayaran imbuhan yang berkaitan kos perbelanjaan dan lain-lain sebanyak $1.5 juta sehingga menyebabkan pemegang-pemegang saham lain tidak senang duduk.

Pemegang saham sebanyak 26% dalam Oracle yang bernilai $1.15 bilion tidak pernah rasa tercabar jika bayaran gaji yang diterimanya sama nilai dengan sebiji pisang.

5. Richard Fairbank, Capital One (Gaji pokok: $0)

5 Jutawan Yang Hanya Dibayar Gaji $1 Setahun!

Fairbank mengasaskan Capital One bersama Nigel Morris pada tahun 1988 dan tidak pernah mengambil sebarang gaji selama 18 tahun.

Walaupun tidak bergaji, Ketua Pegawai Eksekutif itu masih boleh hidup dengan sempurna.

Pada tahun 2014, beliau menerima bayaran imbuhan sebanyak $19.61 juta termasuklah bonus tunai bernilai $4.41 juta.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Adakah Anda Memiliki 6 Ciri-ciri Seorang Jutawan?

sumber: majalahniaga

2 comments

  1. Mereka tak ambil gaji kerana ada sumber income.yang lain..

    Kalau betul betul Tiada gaji macam mahu hidup

    ReplyDelete
  2. info yg tidak memberi manfaat langsung.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon