Tuesday, October 03, 2017

Siapa Sebenarnya Bangsa Catalan Yang Menuntut Wilayah Catalonia Merdeka Dari Sepanyol?


Sekarang ini sedang hangat isu Catalonia yang mahukan kemerdekaan daripada kerajaan Sepanyol. Dalam undian yang dibuat oleh penduduk Catalonia, pada 1 October lalu, sebanyak 90% penduduk Catalonia bersetuju untuk keluar dari Sepanyol dan menjadi sebuah negara yang independent.

Catalonia

Catalonia merangkumi kawasan seluas 32,000 kilometer persegi (lebih kurang sebesar negeri Pahang) yang mempunyai 7.5 juta penduduk. Mereka ini mempunyai bahasa mereka yang tersendiri dikenali sebagai Catalan.

Sejak Sepanyol berubah kepada negara demokrasi (1975-1982) Catalonia mempunyai kuasa politik dan budayanya yang tersendiri dan merupakan negara yang banyak menyumbang buat Spain dari segi ekonomi.

Sebelum demokrasi, Catalonia ditindas di bawah pemerintahan General Francisco Franco (1939-1975), di mana di bawah pemerintahannya yang diktator mahu melenyapkan instituisi Catalan dengan menghapuskan bahasa Catalan dalam semua urusan rasmi.

Idea untuk keluar daripada Spain sudah lama dibangkitkan penduduk Catalonia. Sebab utama mereka mahu keluar daripada Sepanyol dapat dilihat daripada 3 aspek utama iaitu ekonomi, politik dan sejarah.

Mereka sangat mementingkan cultural identiti bangsa Catalonia yang perlu dipelihara supaya ia tidak pupus.

Jadi, adakah wilayah Catalonia berhak untuk menuntut kemerdekaan?

Mereka layak kerana Catalonia mempunyai bahasa sendiri (bahasa Catalan), mempunyai sejarah tersendiri bernilai 1,000 tahun dan populasi penduduk seperti Switzerland (7.5 juta).

Catalonia adalah salah satu daerah terkaya di Sepanyol, menyumbang 18.8 peratus GDP Sepanyol dibandingkan dengan 17.6 peratus dari Madrid.

Walaupun berpisah dengan Sepanyol, ekonomi wilayah Catalonia sangat baik dan menduduki tangga ke-34 di dunia dari segi ekonomi, membuatkannya lebih besar daripada Portugal atau Hong Kong.

Dari segi politik pula, walaupun mempunyai kepimpinan tersendiri, mereka berasa tertindas dengan keputusan kerajaan Sepanyol yang menurunkan kuasa kepimpinan wilayah Catalonia.

Ditambah lagi dengan faktor kemelesetan ekonomi Sepanyol serta perbelanjaan tahunan dipotong, mereka mahu keluar dan ingin membangunkan ekonomi mereka sendiri.

Catalonia

1 October lalu, satu undian telah dibuat oleh penduduk Catalonia. Referendum yang dibuat menyaksikan 90% daripada 2.26 juta penduduk Catalan mengundi ‘ya’ dan 8 peratus mengundi tidak sementara yang lain tidak turun mengundi.

Wilayah Catalan mempunyai 5.3 juta pendundi berdaftar. Referendum yang dibuat penduduk Catalonia ini membuktikan rakyat Catalan sudah bersedia untuk berpisah daripada Sepanyol.

Jadi apakah impak besar yang akan terjadi andai Catalonia berpisah daripada Sepanyol? Yang paling terkesan semestinya ekonomi Sepanyol sendiri.

Ekonomi Sepanyol kini pun tidak begitu kuat dan dengan kehilangan Catalonia yang menyumbang 18.8 peratus GDP Sepanyol, pastinya Sepanyol akan lebih tertekan.

Keduanya, adakah Catalonia akan diserap terus ke kesatuan Eropah (EU)? Walaupun ekonomi wilayah Catalonia bagus, ianya bukan tiket terus untuk menyertai EU. Banyak perkara yang perlu diambil kira.

Negara yang lebih awal mendapat kemerdekaan seperti Kosovo juga tidak diterima masuk oleh EU.

Jika mereka mendapat kemerdekaan, Catalonia perlu bergerak sendiri tanpa bantuan EU dan ianya pasti akan merumitkan keadaan terutamanya dari segi proses imigresen.

Ketiga, segala pembabitan kelab dari wilayah Catalonia akan disisihkan daripada menyertai sebarang pertandingan yang dijalankan di Sepanyol. Yang akan terjejas pastinya kelab bola sepak terkenal Sepanyol, Barcelona.

Andai mereka berpisah, tiada lagi aksi El Clasico di La Liga dan Barcelona cuma dapat bertemu Real Madrid hanya di peringkat Champions League.

Barcelona boleh membuat permohonan untuk bermain di La Liga namun ianya agak mustahil kerana hubungan mereka pastinya akan keruh sekiranya Catalonia merdeka.

Catalonia

Barca boleh membuat permohonan untuk bermain di liga lain seperti EPL, Serie A, Ligue 1 atau liga lain yang ada di Eropah.

Kini keputusan kemerdekaan ini terletak di tangan parlimen Sepanyol. Referendum ini masih di peringkat awal dan mendapat tentangan daripada kerajaan Sepanyol.

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy tidak akan melepaskan wilayah ini dengan mudah.

Ini hanyalah penerangan secara surface tentang referendum kemerdekaan wilayah Catalonia. Anda boleh terus membaca tentang sejarah wilayah Catalonia ini kerana ianya sangat menarik.

Apa pun yang terjadi, diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Rahsia Kehebatan Pasukan Bola Sepak Barcelona?

sumber: thevocket

2 comments

  1. Habis lah team Barcelona lpas ne...bleh pilih nk men la liga atau sebaliknya

    ReplyDelete
  2. HEBAT PULA bila mereka bermain di EPL ketemu MU dan Chelsea jadi keras persaingan disana nantinya

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon