Monday, October 16, 2017

Sambutan Hari Makanan Sedunia, World Food Day


Sambutan Hari Makanan Sedunia, World Food Day disambut pada 16 Oktober setiap tahun dengan tajuk tema dan kempen yang berlainan bagi memberi fokus kepada sesuatu isu berkaitan makanan setiap kali diraikan.

Hari Makanan

Hari Makanan Sedunia mula disambut sejak tahun 1945 oleh Food and Agriculture Organization, salah satu badan di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang bermatlamatkan kesedaran dan tindakan bagi mengatasi masalah kebuluran dan kesukaran mendapatkan sumber makanan.

Agensi makanan UN menganggarkan kira-kira 805 juta (1 dari 9 orang) penduduk dunia mengalami masalah kebuluran, manakala kira-kira 2 bilion lagi kekurangan satu atau lebih nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan iaitu sama ada kekurangan protin, vitamin atau mineral.

Daripada jumlah tersebut kira-kira 26% kanak-kanak pula terganggu pembesaran mereka akibat dari masalah kekurangan nutrien.

Yang lebih mengejutkan, masalah kekurangan nutrien majoritinya adalah penduduk luar bandar yang kebanyakannya adalah petani.

Kenapa petani, sedangkan merekalah yang mengeluarkan hasil makanan tetapi mereka yang kebuluran!?

Ada pelbagai sebab yang menyebabkan ianya berlaku dan inilah yang perlu diberi perhatian dan ditangani segera.

Kebiasaannya, para petani menjalankan aktiviti pertanian keluarga iaitu kerja turun temurun yang menjadi tradisi sumber pendapatan mereka.

Diseluruh dunia, terdapat kira-kira 500 juta dari 570 juta ladang atau kebun pertanian diusahakan secara pertanian keluarga.

Mereka mengeluarkan hasil pertanian seperti bijirin, buah-buahan, sayur sayuran, binatang ternakan dan tenusu, ikan dan sebagainya yang menjadi sumber makanan kepada seluruh penduduk dunia.

Oleh kerana pentingnya pertanian keluarga ini kepada penghasilan sumber makanan terbesar dunia, maka dengan itulah fokus sambutan tahun ini ditumpukan kepada mereka dalam membantu meningkatkan ekonomi dan pengeluaran.

Makanan Di Malaysia

Di Malaysia, walaupun didalam keadaan ekonomi yang kian menekan dengan kenaikan harga makanan dan perkhidmatan, namun kita masih belum lagi sampai ke tahap kebuluran.

Salah satu jalan untuk mengurangkan perbelanjaan adalah dengan menanam sumber makanan di kawasan rumah.

Sambutan Hari Makanan Sedunia ini diharap dapat menyedarkan kita semua betapa sebenarnya ramai lagi manusia di muka bumi ini hidup dalam kesusahan dan kebuluran.

Oleh itu jangan sesekali membazirkan makanan.

Selamat menyambut Hari Makanan Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: relaksminda

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon