Tuesday, October 10, 2017

Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia, World Mental Health Day


Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia, World Mental Health Day disambut pada 10 Oktober setiap tahun sebagai satu usaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan kesihatan insan merangkumi kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan spiritual.

Kesihatan Mental

Gangguan penyakit mental seringkali mendapat tanggapan atau stigma yang negatif daripada kalangan masyarakat umum oleh yang demikian, sambutan hari Kesihatan Mental Sedunia adalah landasan yang sesuai untuk mempromosi, memberi pengetahuan dan khidmat nasihat kepada masyarakat umum tentang kepentingan kesihatan mental di samping mengurangkan stigma negatif di kalangan masyarakat.

Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia juga bertujuan mengongsikan program pemulihan pesakit yang mempunyai penyakit mental supaya mereka dapat berfungsi di dalam masyarakat sama ada dengan cara berkerja mahupun berintraksi dengan masyarakat terutama bagi kalangan keluarga, rakan-rakan dan komuniti kejiranan.

Pesakit Skizoprenia kebanyakannya tidak bekerja, maka salah satu objektif program ini di adakan adalah membincangkan bagaimana usahanya menggalakan pesakit-pesakit ini bekerja.

Objektif Sambutan
  • Memberi pendidikan kepada peserta dan orang ramai tentang aspek-aspek penjagaan kesihatan mental dan kepentingannya.
  • Membincangkan peranan pihak berwajib dalam program pemulihan pesakit skizophrenia dalam bolehkan mereka bekerja dan diterima dikalangan masyarakat.
  • Memantapkan pengetahuan tentang pencegahan dan pengesanan awal penyakit mental.
  • Mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental untuk menjana kesihatan global yang baik dari peringkat kanak-kanak, dewasa hingga ke usia emas.
  • Mengurangkan tanggapan dan stigma negatif berkait penyakit mental.

Selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia.

BACA INI JUGA: Sambutan Hari Kesihatan Sedunia, World Health Day

sumber: ramlimusa

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon