Pada tahun 1941, sewaktu Perang Dunia Kedua meletus, tentera Nazi menyerang Rusia dan menyerbu istana Catherine di St. Petersburg.
Ketika itu Hitler telah mengarahkan tenteranya menjarah apa saja harta benda milik Rusia.
Wlaupun tentera Soviet berusaha menyembunyikan semua kepentingan Rusia, Jerman berjaya menemui Amber Room, sebuah bilik rahsia mewah yang dibina dengan lapisan emas sejak lebih 200 tahun lalu.
Apa itu Amber Room?
Amber Room adalah sebuah ruangan dengan ukuran 11 kaki persegi yang terdiri dari dinding berukuran besar bertatahkan batuan amber, cermin-cermin yang di sisinya dihiasi dedaunan emas dan empat buah mozek luar biasa.
Amber Room tersusun dalam tiga tingkat dipenuhi harta karun dan permata yang tidak ternilai harganya.
Menurut sejarah, ramai tukang emas yang terlibat dalam pembinaan Amber Room dikatakan mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan.
Ia di bina pada tahun 1709 dan ketika itu menjadi tempat tinggal Raja Prusia.
Amber Room kemudian dihadiahkan kepada Tsar Peter, pemerintah agung empayar Rusia pada tahun 1716, sebagai tanda perjanjian damai antara Prusia dan Rusia.
Amber Room kemudiannya dipindahkan ke istana Catherine di Rusia.
Disebut sebagai harta karun paling Unik dalam sejarah, dinding Amber Room dibina dengan batuan amber yang dikatakan terhasil melalui getah pokok Hymenaea yang hidup kira-kira 30 juta tahun dahulu.
Dinding Amber Room turut disalut dengan kepingan kepingan emas dan batuan permata mewah.
Tentera Nazi telah membongkar kamar itu dan mengambil kesemua isinya lalu dibawa ke Konigsberg di Jerman.
Selepas Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945, kerajaan Rusia cuba mendapatkan semula Amber Room yang dianggap sebagai harta paling berharga milik Rusia.
Malangnya, bilik harta karun Amber Room telah hilang tanpa dikesan.
Pemburu Harta Karun
Sesetengah pihak mendakwa Amber Room telah hancur dalam peristiwa pengeboman Konigsberg, namun tiada bukti menyokong dakwaan tersebut.
Ada pendapat mengatakan Amber Room mungkin disembunyikan di dalam lombong atau tertanam di kawasan pergunungan bijih timah.
Ada juga dakwaan mengatakan Amber Room telah terbenam bersama sebuah kapal yang karam di Lautan Baltik ketika dibawa belayar.
Walaupun terdapat serpihan kapal ditemui ditempat yang disebutkan, tiada tanda Amber Room berada disitu.
Pada tahun 2008, sekumpulan pemburu harta karun telah menemui satu gua bawah tanah buatan manusia dipercayai menyimpan kesemua dinding Amber Room.
Peralatan elektromagnet yang digunakan mengesan sekurang-kurangnya terdapat dua tan emas di dalam gua yang tertutup rapat.
Namun, usaha itu dihentikan serta-merta tanpa sebarang alasan kukuh.
Pada tahun 2010, Sergei Trifonov mendakwa telah menemui kubu yang pernah digunakan oleh tentera Jerman di Konigsberg pada tahun 1945.
Ia dipercayai mungkin mengandungi Amber Room yang hilang itu namun kubu tersebut terletak sedalam 1,000 meter di bawah tanah.
Hasil carigali hanya menemui garisan batu yang dipercayai merupakan serpihan kubu tersebut.
Sumpahan Amber Room
Beberapa cerita misteri juga berlegar. Dikatakan,orang yang ada kaitan menjarah Amber Room akan menerima nasib malang.
Antaranya kurator yang menjaga Amber Room, Alfres Rhode dan isterinya yang meninggal dunia akibat penyakit tifus.
Peliknya, jasad suami isteri itu telah lenyap termasuk doktor yang menandatangani surat kematian mereka.
Jeneral Rusia, Gusev, yang ada kaitan dengan Amber Room juga mati dalam satu kemalangan.
Manakala Georg Stein, salah seorang pemburu Amber Room turut ditemui mati di hutan Bavaria dalam keadaan telanjang dengan perut yang terhiris.
Replika Amber Room
Pada tahun 1979, Rusia mula menjalankan usaha membina semula replika Amber Room di Tsarskoye.
Hanya pada tahun 2003, barulah Amber Room siap dibina dan dirasmikan di istana Catherine, tempat asal sebelum ia dirampas tentera Nazi dahulu.
Sehingga kini, masih ramai yang mencuba untuk mencari di mana Amber Room sebenar berada.
Bilik mewah yang bertahan lebih 200 tahun sebelum hilang terus menjadi buruan pencari harta karun.
BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Lubang Harta Karun Di Pulau Oak
-SENTIASAPANAS.COM
Replika Amber Room.

Thank artikeln nya gan
ReplyDelete