Monday, October 30, 2017

Minyak Kayu Balabak Ilmu Pengasih Paling Ampuh


Minyak pengasih memiliki banyak jenis mengikut geografi, adat, dan kebudayaan sesuatu bangsa. Jika di Sabah, minyak pengasih dikenali sebagai 'Pugai' dimana ianya terkenal sebagai ilmu untuk memikat wanita.

Pugai

Kebanyakan pengamal ilmu pengasih akan menggunakan minyak kayu Balabak untuk tujuan dijadikan sebagai minyak kayu pengasih.

Kayu Balabak amat dikenali di kepulauan Balabac Philipina dan kepulauan Bangi, Sabah sebagai bahan untuk membuat ilmu pengasih dari minyak kayu Balabak.

Minyak pengasih dijadikan oleh orang-orang tertentu sebagai, seri muka, pelaris perniagaan, membawa rezeki, ilmu penunduk, dan sebagai cara untuk memikat wanita yang disukai.

Sebelum menceritakan bahayanya ilmu pengasih kayu Balabak, kita cuba menerangkan misteri minyak pengasih setakat di ketahui.

Minyak Pengasih Kayu Belabak

Jika di Semenanjung, minyak pengasih yang terkenal adalah minyak dari suku kaum Asli iaitu minyak Cenuai. Minyak ini sukar untuk diperolehi kerana hanya kaum orang Asli sahaja yang mengenali pokok ini.

Selain itu, kaum Melayu juga memiliki warisan minyak kayu pengasih dari pokok yang dikenali sebagai Bulu Perindu, walau begitu minyak ini juga amat sukar untuk diperolehi kerana pokok ini berada di hutan belantara dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengenali pokok ini.

Semasa saya tinggal di negeri Pantai Timur, seorang kawan Melayu pernah menunjukkan rupa bentuk Bulu Perindu yang ditanamnya di dalam pasu kepada saya. Melalui pengamatan saya, ianya seperti buluh biasa tetapi hanya sehalus seperti lidih kelapa. Walaubegitu, saya tidak mengetahui adakah ianya benar atau sebaliknya.

Terdapat ilmu pengasih dengan hanya menggunakan ayat tertentu sahaja, ianya sebenarnya lebih kepada sihir kerana dengan menggunakan beberapa ayat tertentu, individu yang menggunakan ilmu ini mampu memikat hati perempuan yang disukainya.

Ilmu pengasih dengan menggunakan asap rokok pula, digabungkan dengan ayat sihir untuk memikat wanita.

Jika dilihat melalui suku-suku kaum di Nusantara, terdapat pelbagai jenis ilmu pengasih yang anda. Malah, sains juga tidak dapat merungkai misteri ini kerana ianya adalah dari unsur mistik dan sukar dijelaskan dengan pemikiran normal.

Minyak pengasih yang kelihatan menakutkan adalah minyak Dagu kerana dikatakan minyak ini berasal dari mayat yang dikeringkan dan minyak yang keluar dari dagu si mati akan dijadikan sebagai minyak pengasih.

Kayu Balabak juga memiliki bahaya yang tersendiri kerana, kayu ini tidak boleh dibawah keluar dari pulau Balabac kerana jika anda membawa keluar kayu ini, akan terjadinya ribut, petir dan sebagainya.
Menurut cerita dari kaum Molbog, jika anda membawa keluar kayu balabak dari pulau tersebut, akan berlakunya ribut, dan pelbagai musibah yang berlaku keatas diri anda.

Oleh itu, untuk langkah keselamatan, kebanyakan orang yang membawa keluar minyak pengasih dari pulau tersebut dengan hanya membawa minyak dari kayu Balabak itu sahaja.

Pemakai minyak pengasih balabak mampu menawan sesiapa sahaja wanita yang  disukainya dengan hanya mencalitkan sedikit minyak di tangan dan harus meletakkan minyak tersebut ke mana-mana bahagian badan wanita.
Keampuhan minyak boleh dilihat selepas  beberapa minit sahaja selepas wanita tersebut terkena  minyak balabak.

Sebenarnya, orang yang memiliki minyak Pengasih yang asli tidak akan memberitahu kepada sesiapa pun dia memiliki minyak ini.

Wanita yang terkena  minyak Balabak seolah-olah  dipukau  dan melihat  lelaki  yang memiliki minyak ini amat tampan dan pada  masa yang  sama, akan  jatuh  cinta  dengan  lelaki  tersebut.

Wanita ini akan hilang  arah tujuan, merasa bingung, dan  tidak  mengetahui  mengapa  dia sukakan lelaki  tersebut. Perempuan ini akan menangis-nangis dan akan merayu akan mengikuti anda sehingga sanggup diperlakukan apa sahaja.

Walaupun begitu, kehebatan minyak pengasih Kayu Balabak tidak akan bertahan lama dari segi nasib kerana walaupun anda mampu memikat sesiapa sahaja wanita, nasib anda akan mengalami sial atau nasib malang kerana, rezeki dari sudut wang dan apa sahaja pekerjaan tidak akan menyebelahi anda.

Walaupun tidak diketahui kebenaran ini kerana ia hanyalah cerita dari mulut.

Kesimpulannya, penggunaan minyak pengasih tidak mendatangkan banyak kebaikan tetapi hanya mendatangkan keburukan dimasa akan datang.

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman dan penceritaan dari masyarakat dan sekadar perkongsian ilmu pengetahuan untuk perkongsian bersama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Sentiasa Berwuduk Mampu Menangkis Ilmu Pukau

sumber: geoffreystephen

4 comments

  1. Bahaya juga ni kan sekarang.. kena hati-hati.. Tapi balabak tu kalau orang sabah cakap maksud dia bahagian kemaluan lelaki

    ReplyDelete
  2. Masih adakah orang percaya benda benda yang begini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sememangnya masih wujud dan ada pengamalnya :(

      Delete
  3. Penipu je ..semua...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon