Monday, October 02, 2017

Kenapa Islam Mengharamkan Arak?


Arak telah terbukti boleh menyebabkan masalah sosial manakala mengikut statistik, jenayah dan perceraian dalam rumahtangga meningkat antara lain disebabkan oleh arak.

Arak

Larangan arak sebetulnya telah wujud dari zaman awal lagi. Arak telah menghabiskan begitu banyak pembaziran serta menyebabkan kesengsaraan yang begitu dahsyat di dunia ini.

1. Islam melarang minum arak secara bertahap

Sila rujuk ayat ini, "Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya." (An-Nahl 16;67)

Ayat di atas memberi peringatan tentang bahaya arak secara halus dan belum diharamkan. Sila rujuk ayat larangan seterusnya.

"Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah (Muhammad) pada keduanya ada dosa yang cukup besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya..." (Al-Baqarah 2;219)

Ayat ini membuktikan bahawa bahaya arak lebih besar daripada manfaatnya. Sila rujuk ayat seterusnya.

"Jangan kamu menghampiri solat sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu sedar apa yang kamu ucapkan." (An-Nisaa' 4;43)

Larangan minum arak dalam ayat ini terhad dalam solat sahaja. Perintah larangan dalam ayat ini sudah tegas sungguh pun dalam masa terhad sehingga turunlah ayat di bawah ini.

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, korban untuk patung berhala, mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperolehi kejayaan." (AL-Maidah 5;90)

2. Kesan minum arak

2.1. Pusat kawalan manusia terletak pada otak, yang mengawal atau menghalang manusia jika bertindak salah.

Manusia yang tidak sedar diri kerana pengaruh arak akan menggunakan bahasa kesat, kotor terhadap ibu bapa atau saudara-mara serta anak-anak mereka.

Semasa manusia mengambil arak, maka kawalan otak tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya. Ini adalah satu sebab kenapa orang mabuk akan melakukan sesuatu di luar kebiasaan harian.

Ia akan menggunakan kata-kata kesat dan tidak dapat mengawal kesilapan yang dilakukan bahkan terhadap ibu bapa sendiri.

Bahkan, sampai terkencing dalam seluar, jalan tidak terkawal dan berperangai buruk.

2.2. Kes pelacuran, rogol, sumbang mahram dan pesakit AID berlaku pada peminum arak

Mengikut soal selidik yang dibuat oleh U.S. Department of Justice pada tahun 1996, setiap hari ada 2.713 kes rogol di USA.

Statistik menunjukkan kebanyakan perogol adalah mabuk (di bawah pengaruh arak) yang melakukan pelbagai jenayah lain.

Mengikut statistik juga, 8% rakyat Amerika melakukan sumbang mahram maknanya 1 daripada 12 rakyat Amerika melakukan sumbang mahram.

Begitu juga dengan penularan penyakit AIDS pesakit utamanya adalah peminum arak.

2.3. Semua peminum arak bermula daripada parti sosial. Pada mulanya mereka hanya berjinak-junak dengan minum sedikit arak, mereka mendakwa dapat mengawal diri dalam pengambilan arak sehingga tidak akan mabuk.

Mengikut kajian, semua peminum arak bermula dengan social drinker, tidak ada seorang pun peminum arak berniat untuk menjadi peminum arak sejati.

Peminum arak tidak pernah berkata selepas lama minum arak dengan dapat kawal diri tidak pernah mabuk.

2.4. Sekiranya peminum arak mabuk dan melakukan satu kesilapan maka dia akan menyesal seumur hidup.

Sekiranya peminum arak melakukan satu kesilapan sebab tak dapat mengawal dirinya sebab mabuk misalnya rogol atau sumbang mahram, sungguhpun selepas itu insaf dan bertaubat maka manusia akan pulaukan seumur hidupnya.

Mereka dianggap sebagai penjenayah dan tidak dapat dipulihkan semula dan melakukan kerosakan yang tak dapat ditebus semula.

3. Arak juga diharamkan oleh Muhammad. Muhammad SAW

3.1. "Arak adalah ibu segala kejahatan dan itu adalah kejahatan yang cukup memalukan." (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3371)

3.2. "Barang yang memabukkan diharamkan samada sedikit ataupun banyak." (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3392)

3.3. Bukan hanya orang yang minum arak sahaja mendapat dosa bahkan yang menjual atau memudahkan transaksi untuk mendapatkan arak pun sama.

"Allah akan melaknat sepuluh kumpulan manusia termasuk yang menjual atau memudahkan transaksi membekalkan arak. Orang yang menghasilkan, menghantarnya, orang yang tolong membelinya, orang yang melayannya untuk minum, orang yang menjualnya, orang yang menggunakan wang hasil jualan arak, orang yang membelinya dan juga orang yang membeli arak daripada seseorang." (Sunan Majah I Buku 3, Buku tentang orang mabuk, Chapter 30 Hadith NO. 3380 dilaporkan oleh Anas)

4. Penyakit yang disebabkan oleh arak

Pelbagai hasil kajian menguatkan lagi kenapa minum arak dilarang. Kematian tertinggi di dunia ini disebabkan oleh arak.

Beberapa contoh penyakit yang disebabkan minum arak seperti :

4.1. Penyakit limpa dan hati disebabkan oleh minum arak.

4.2. Kanser Osofagus/kerongkong, kanser kepala dan leher, kanser hati (hepatoma) dan kanser usus.

4.3. Penyakit gastrik, sakit pankreas, dan hepatitis disebabkan oleh pengambilan alkohol.

4.4. Kardimiopati, tekanan darah tinggi, koroni arteroklerosis, angina dan kerosakan hati disebabkan pengambilan arak berlebihan.

4.5. Penyakit stroke, apofleksi, sawan dan pelbagai jenis paralisis disebabkan oleh arak.

4.6. Pheripheral neuropathy, cortical atrophy, cerebeller atrophy merupakan sindrom yang disebabkan oleh pengambilan arak.

4.7. Wernicke; sindrom Korsakoff serta amnesia kehilangan kawalan dalam bercakap dan hilang daya ingatan disebabkan pengambilan arak.

4.8. Beriberi dan Pellagra disebabkan oleh pengambilan arak.

4.9. Meracau yang melampau semasa atau selepas minum arak bahkan boleh menyebabkan kematian.

4.10. Penyakit kulit, eczema dan pelbagai penyakit lain yang cukup serius.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Octoberfest, Festival Minum Arak Tradisi Jerman

sumber: israelu09

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon