Wednesday, October 18, 2017

4 Perang Terbesar Dalam Sejarah Manusia


Peperangan adalah satu perkara yang lebih baik dielakkan daripada dibiarkan berlaku. Jika terdapat perselisihan faham atau perbalahan antara negara, peperangan adalah jalan terakhir yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah.

Namun, peperangan juga berlaku atas beberapa sebab termasuklah ketamakan dan ego manusia untuk mengawal dunia. Lebih buruk, kebanyakan nyawa yang terbunuh adalah terdiri daripada orang awam.

Kami kongsikan kepada pembaca 4 peperangan terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah manusia yang mengorbankan jutaan nyawa.

1. Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua

Perang terbesar dan juga yang menyebabkan terkorbannya nyawa tertinggi dalam sejarah manusia adalah Perang Dunia Kedua yang berlaku di antara tahun 1939 hingga 1945.

Perang ini berlaku di antara Pakatan Allies yang diketuai oleh Soviet Union, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Republik China menentang Pakatan Axis diketuai oleh Nazi Jerman, Empayar Jepun dan Kerajaan Itali.

Ia bermula apabila Adolf Hitler mengarahkan tentera Nazi Jerman untuk menceroboh Poland pada 1 September 1939.

Disebabkan tindakan pencerobohan itu, Britain dan Perancis telah mengisytiharkan perang terhadap Jerman dua hari kemudian. Perang yang berlangsung selama 6 tahun dan 1 hari ini telah dimenangi oleh Pakatan Allied apabila Empayar Jepun akhirnya menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.

Walaupun Pakatan Allied memenangi peperangan ini, namun kematian yang dicatatkan oleh mereka adalah sebanyak 61 juta nyawa, yang mana 45 juta daripadanya adalah orang awam.

Bagi Pakatan Axis pula, jumlah kematian adalah sebanyak 12 juta, 8 juta daripadanya adalah orang awam.

Jumlah kematian keseluruhan mencapai 83 juta nyawa dan 59% daripadanya adalah orang awam yang tak bersalah.

2. Pemberontakan Taiping

Pemberontakan Taiping

"Taiping Rebellion" atau Pemberontakan Taiping adalah perang yang berlaku di China bermula tahun 1850 dan berakhir pada tahun 1864 yang telah mengubah Dinasti Qing selama-lamanya.

Peperangan ini berlaku di antara Dinasti Qing yang diterajui oleh Manchu dengan pergerakan Kristian oleh Heavenly Kingdom of Peace.

Pemberontakan ini berlaku dibawah kepimpinan Hong Xiuquan yang dipengaruhi oleh ajaran Kristian dan mempercayai bahawa beliau adalah anak Tuhan dan adik kepada Nabi Isa yang dihantar untuk membuat pembaharuan kepada China.

Rakan Hong iaitu Feng Yunshan menggunakan kepercayaan Hong untuk menubuhkan sebuah kumpulan agama baru iaitu "God Worshippers' Society". Kumpulan ini kemudiannya disertai oleh petani miskin di wilayah Guangxi.

Permusuhan berlaku pada 1 Januari 1851 apabila tentera Dinasti Qing melancarkan serangan ke atas God Worshipping Society di bandar Jintian, Guangi.

Ketika itu, Hong Xiauquan telah menggelarkan dirinya sebagai Heavenly King dalam Heavenly Kingdom of Peace atau Taiping Heavenly Kingdom.

Mereka yang tidak berpuas hati dengan pemerintah telah melancarkan propaganda terhadap kerajaan Manchu yang diperintah oleh orang asing.

Peperangan selama 14 tahun ini dikatakan telah mengorbankan sebanyak 44,721,360 nyawa.

3. Peperangan Tiga Kerajaan

Peperangan Tiga Kerajaan

Peperangan di antara 3 kerajaan ini berlaku di China yang telah memecahkan China kepada 3 wilayah yang berperang antara satu sama lain.

Ia berlangsung selama 60 tahun di antara tempoh Dinasti Han dan Dinasti Jin, iaitu pada tahun 220 AD sehingga tahun 280 AD.

Perang ini dikatakan bermula lebih awal apabila takhta telah diambil oleh maharaja yang muda selepas kematian Maharaja Han.

Maharaja baru tidak disenangi oleh ramai general dan kecewa dengan pengaruh yang dimiliki sesama peranan dalam kerajaan. Maharaja baru ini kemudian digulingkan dan menyebabkan ketegangan politik mula meningkat.

Ia kemudiannya mencetuskan perang saudara yang memecahkan China kepada 3 kerajaan iaitu Kerajaan Wei, Kerajaan Shu dan Kerajaan Wu.

Jumlah kematian disebabkan oleh perang saudara dianggarkan sebanyak 37.9 juta nyawa dan anggaran maksimum adalah 40 juta.

4. Penaklukan Mongol (1206–1368)

Penaklukan Mongol

Berlaku pada abad ke-13, pencerohohan dan penaklukan Mongol telah menghasilkan satu empayar Mongol yang sangat besar.

Menjelang tahun 1300, empayar ini meliputi sebahagian besar Asian dan Timur Eropah, iaitu keseluruhan China, Mongolia, Korea, Iran, Pakistan, Afghanistan, Turkistan, Uzbekistan, Tajikistan, Armenia, beberapa bahagian Rusia, India, Hungary, Burma, Vietnam, Thailand, Kemboja dan beberapa negara moden yang lain.

Genghis Khan adalah pemimpin Mongol yang bertanggungjawab atas kematian kira-kira 5% daripada populasi dunia ketika itu, iaitu hampir 40 juta nyawa.

Jumlah ini tidak termasuk jumlah kematian "Black Death" seramai 200 juta nyawa yang dikatakan ada kaitan dengan penaklukan Mongol.

Penaklukan ini juga dikatakan menyebabkan perpindahan populasi dunia terbesar dalam sejarah manusia yang tak pernah berlaku sebelum ini terutamanya di Asia Tengah dan Eropah Timur.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Empayar-empayar Terbesar Sepanjang Sejarah Dunia

sumber: iluminasi

1 comment

  1. Melihat angka kematian disebabkan perang2 ni, bagaimana agaknya populasi dunia sekarang jika perang2 tu tak berlaku.. pasti lagi padat jumlah manusia sekarang.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon