Proton Wira dan Toyota Hilux adalah antara model kenderaan yang paling 'digemari' pencuri kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2017.
Bagaimanapun, jumlah itu menurun 25 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Statistik yang dikeluarkan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) merekodkan peningkatan 11 peratus bagi tuntutan insurans motor yang meliputi kecurian, kemalangan dan kerosakan dengan jumlah RM2.68 bilion hanya dalam tempoh enam bulan.
Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Mark Lim berkata, pemilik kenderaan perlu membuat pemilihan bijak dalam memilih polisi untuk kenderaan mereka dan langkah liberalisasi yang diperkenalkan sejak 1 Julai 2017 lalu memberi kelebihan kepada pemilik kenderaan ini.
"Pemilik kenderaan ini mungkin perlu membayar premium yang lebih tinggi namun dengan langkah liberalisasi ini, jika berlaku kecurian, mereka akan mendapat pampasan sewajarnya," katanya.
Selain Proton Wira dan Toyota Hilux, model lain yang direkodkan adalah Perodua Kancil, Proton Iswara dan Perodua Myvi selain Honda Civic untuk kenderaan bukan nasional.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: 10 Kereta Yang Menjadi Kegemaran Pencuri Kereta di Malaysia
sumber: hmetro