Sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia, World Suicide Prevention Day, disambut pada 10 September setiap tahun bertujuan mengubah sikap dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bunuh diri sebagai masalah kesihatan utama yang boleh dicegah dalam banyak cara.
Setiap tahun, lebih banyak nyawa yang hilang disebabkan oleh bunuh diri berbanding nyawa yang terkorban di dalam peperangan dan kes pembunuhan yang berlaku di seluruh dunia.
Lebih malang lagi, kesan emosi yang terpaksa ditanggung oleh ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan mangsa, yang masih hidup.
Itu belum termasuk jutaan lagi mereka yang melakukan cubaan untuk bunuh diri tetapi tidak berjaya, sehingga akhirnya meninggalkan impak kecederaan yang bukan sahaja memerlukan rawatan fizikal tetapi juga masalah psikiatri yang teruk.
Bunuh diri, tercetus daripada interaksi pelbagai faktor penyebab termasuk gangguan mental, kemiskinan, penyalahgunaan dadah, pengasingan sosial, kehilangan, masalah keluarga dan tempat kerja.
Terdapat keperluan yang besar bagi golongan profesional perubatan mahupun psikiatri dalam melakukan tugas-tugas penilaian risiko, perkhidmatan kecemasan dan menyediakan rawatan jangka pendek serta panjang.
Bagaimanapun, bunuh diri tidak boleh dicegah secara berkesan melalui usaha pakar-pakar ini sahaja.
Ia bukan tanggungjawab doktor dan kaunselor semata-mata, bahkan semua orang boleh memainkan peranan dalam membantu mengurangkan angka individu yang cuba menyelesaikan masalah dengan cara membunuh diri.
Justeru, sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia ini juga bertujuan untuk mengubah sikap dan meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang masalah membunuh diri sebagai masalah kesihatan utama yang boleh dicegah dalam banyak cara.
Apa itu bunuh diri?
Bunuh diri merujuk kepada perbuatan memusnahkan diri kerana enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani.
Ia bukan sejenis penyakit tetapi lebih kepada satu set tingkah laku kompleks yang muncul secara kontinum (berterusan), dari idea kepada tindakan.
Contohnya, seseorang berhasrat untuk mengambil nyawanya sendiri tetapi tidak pernah terniat untuk merealisasikannya. Dia mungkin berfikir tentang bunuh diri tetapi tiada rancangan spesifik.
Sebaliknya, individu ini juga mungkin mempunyai rancangan tertentu berserta tarikh, lokasi dan pendekatan bunuh diri yang akan digunakan. Ataupun, dia mungkin mempunyai rancangan dan juga niat serta cara untuk melakukannya.
Lazimnya, bunuh diri `menyerang' mereka yang mempunyai tekanan sama ada dari segi mental atau fizikal.
Mereka ini akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras dan selalunya datang daripada individu yang bermasalah baik dalam keluarga, putus cinta dan sebagainya.
Membunuh diri, tidak kira dalam agama apa pun, hukumnya adalah berdosa besar.
Tanda-tanda amaran
4 Jenis bunuh diri
1. Tingkah laku hendak membunuh diri (suicidal)
Seseorang melakukan sesuatu dengan niat yang boleh membawa kematian, atau tidak mengakibatkan kematian tetapi membinasakan diri sendiri seperti mengambil dos ubat-ubatan yang berlebihan, memandu dengan tidak bertanggungjawab atau mengambil alkohol secara berlebihan.
2. Bunuh diri cubaan
Selalunya merujuk kepada perbuatan yang boleh membawa kematian tetapi sebaliknya ia tidak membawa maut.
3. Parasuicide
Bukan semua tingkah laku yang boleh merosakkan diri sendiri dikategorikan sebagai suicidal. Perbuatan yang boleh tergolong sebagai suicidal tetapi tanpa niat mengorbankan nyawa seperti memotong pergelangan tangan dikenali sebagai parasuicide.
Sesetengah orang melakukannya sebagai cara melegakan diri bagaimanapun, mereka yang terlibat dengan tingkah laku yang boleh mendatangkan kecederaan berisiko tinggi untuk membunuh dirinya.
4. Bunuh diri sepenuhnya
Mencabut nyawa sendiri.
Beri bantuan dan Prihatin
Sekiranya anda mengenali seseorang yang menunjukkan gejala-gejala bunuh diri, jangan ambil mudah.
Jadi seorang pendengar yang baik dan cuba dapatkan bantuan profesional yang boleh didapati di semua hospital dan klinik, baik kerajaan mahupun swasta.
Seseorang mungkin menimbangkan untuk membunuh diri apabila mereka berasa putus harap dan tidak boleh mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah.
Mereka juga tidak mahukan sebarang rumusan tetapi tempat yang selamat untuk meluahkan perasaan.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: utusan

- Bercakap tentang bunuh diri seperti `alangkah baiknya jika saya mati, atau tidak dilahirkan ke dunia ini.
- Suka mengasingkan diri (terputus hubungan dengan dunia luar).
- Mengalami perubahan angin yang ketara seperti terlalu gembira pada satu hari dan esoknya, terlalu sedih
- Perubahan rutin seperti corak tidur dan makan.
- Mempamerkan tingkah laku yang boleh membinasakan seperti penyalahgunaan dadah dan pemanduan tidak berhemah.
- Berubah personaliti seperti dari peramah dan mudah didekati kepada pemalu.
- Menghadiahkan barang-barang kesayangan kepada orang lain.
- Mengucapkan selamat tinggal dan meminta maaf.
4 Jenis bunuh diri
1. Tingkah laku hendak membunuh diri (suicidal)
Seseorang melakukan sesuatu dengan niat yang boleh membawa kematian, atau tidak mengakibatkan kematian tetapi membinasakan diri sendiri seperti mengambil dos ubat-ubatan yang berlebihan, memandu dengan tidak bertanggungjawab atau mengambil alkohol secara berlebihan.
2. Bunuh diri cubaan
Selalunya merujuk kepada perbuatan yang boleh membawa kematian tetapi sebaliknya ia tidak membawa maut.
3. Parasuicide
Bukan semua tingkah laku yang boleh merosakkan diri sendiri dikategorikan sebagai suicidal. Perbuatan yang boleh tergolong sebagai suicidal tetapi tanpa niat mengorbankan nyawa seperti memotong pergelangan tangan dikenali sebagai parasuicide.
Sesetengah orang melakukannya sebagai cara melegakan diri bagaimanapun, mereka yang terlibat dengan tingkah laku yang boleh mendatangkan kecederaan berisiko tinggi untuk membunuh dirinya.
4. Bunuh diri sepenuhnya
Mencabut nyawa sendiri.
Beri bantuan dan Prihatin
Sekiranya anda mengenali seseorang yang menunjukkan gejala-gejala bunuh diri, jangan ambil mudah.
Jadi seorang pendengar yang baik dan cuba dapatkan bantuan profesional yang boleh didapati di semua hospital dan klinik, baik kerajaan mahupun swasta.
Seseorang mungkin menimbangkan untuk membunuh diri apabila mereka berasa putus harap dan tidak boleh mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah.
Mereka juga tidak mahukan sebarang rumusan tetapi tempat yang selamat untuk meluahkan perasaan.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
sumber: utusan
terimakasih atas infornya, jangan lupa kunjungi kami
ReplyDeletedi http://blackwaletfacialsoap.com/sabun-jerawat-untuk-kulit-sensitif/