Wednesday, September 27, 2017

Sambutan Hari Pelancongan Sedunia, World Tourism Day


Sambutan Hari Pelancongan Sedunia, World Tourism Day disambut pada 27 September setiap tahun sejak 1980 oleh Pertubuhan Pelancongan Sedunia.

Hari Pelancongan Sedunia

Sambutan ini diwujudkan pada Sesi Ketiga Perhimpunan Agung UNWTO di Torremolinos, Sepanyol, pada bulan September 1979.

Tujuan hari pelancongan sedunia ini diadakan adalah untuk menunjukkan kesedaran bahawa pelancongan adalah penting kepada masyarakat antarabangsa dan juga untuk menunjukkan bagaimana pelancongan mempengaruhi nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi di merata dunia.

27 September adalah penting kerana pada hari itulah pada tahun 1970, bermulanya amalan Statut-Statut WTO.

Pengamalan statut-statut inilah yang dianggap sebagai satu peristiwa penting dalam pelancongan sedunia.

Pada Sesi Kedua Belasnya di Istanbul, Turki, pada bulan Oktober 1997, Perhimpunan Agung UNWTO memutuskan untuk melantik sebuah negara tuan rumah setiap tahun sebagai rakan Pertubuhan bagi menyambut Hari Pelancongan Sedunia.

Pada Sesi Kelima Belasnya di Beijing, China, pada bulan Oktober 2003, Perhimpunan memutuskan untuk mengikuti giliran geografi berikutnya untuk sambutan Hari Pelancongan Sedunia: 2006 di Eropah; 2007 di Asia Selatan; 2008 di rantau Amerika, dan 2009 di Afrika.

Selamat menyambut Hari Pelancongan Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon