Friday, September 29, 2017

Sambutan Hari Jantung Sedunia, World Heart Day


Sambutan Hari Jantung Sedunia, World Heart Day disambut pada 29 September setiap tahun untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjalani hidup sihat dan menjaga pemakanan.

World Heart Day

Kempen sambutan Hari Jantung Sedunia memberi penekanan kepada kanak-kanak dan remaja agar menjalani kehidupan yang sihat.

Kempen ini juga mengajak masyarakat untuk mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, senaman dan menghentikan tabiat merokok yang merupakan punca utama penyakit jantung.

Hari jantung Sedunia mula disambut pada tahun 1999, dengan matlamat untuk menyebarkan maklumat dan kefahaman mengenai kesihatan jantung.

Fakta mengenai penyakit jantung

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa penyakit kardiovaskular terutama Penyakit Jantung Iskemia dan Angin Ahmar (Stroke) adalah merupakan penyebab utama kematian di seluruh dunia pada masa ini dengan setiap satu daripada tiga kematian adalah disebabkan olehnya.

Adalah dianggarkan ia menyumbang kepada 17 juta kematian setahun iaitu 20 kali lebih tinggi daripada kematian yang disebabkan oleh peperangan dan keganasan.

Laporan WHO tahun 2002 menyatakan lebih 8.5 juta wanita mati disebabkan oleh penyakit kardiovaskular setiap tahun, iaitu mewakili satu pertiga dari jumlah kematian di kalangan wanita di seluruh dunia.

Di negara yang sedang membangun, separuh daripada kematian di kalangan wanita berumur 50 tahun ke atas adalah disebabkan oleh penyakit jantung dan strok.

Fakta kajian menunjukkan bahawa 80% kes kejadian serangan penyakit jantung koronari atau ”premature coronary heart disease” adalah berpunca dari kombinasi faktor-faktor amalan pemakanan yang tidak sihat, kurang melakukan aktiviti fizikal dan tabiat merokok.

Kajian di kalangan wanita selama 20 tahun di Britain menunjukkan bahawa risiko mendapat serangan penyakit jantung adalah 4 hingga 7 kali lebih tinggi di kalangan mereka yang merokok.

Sementara kejadian strok lebih banyak terjadi di kalangan wanita yang merokok berbanding lelaki.

Senaman 30 minit setiap hari boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, strok dan diabetis, di samping mengurangkan berat badan dan paras kolesterol serta mencegah dan mengawal darah tinggi.

Begitu juga, memakan ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kerap boleh mengurangkan kejadian sakit jantung dan strok.

Penyakit jantung kini, tidak lagi mengenal umur dan bangsa.

Jagalah kesihatan sementara masih sihat dan bersedialah dari segi kewangan untuk menghadapi kemungkinan musibah yang kita tidak pinta.

Pelbagai aktiviti akan diadakan ketika sambutan Hari Jantung Sedunia, termasuklah senamrobik, line dance, pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan juga kempen derma darah.

Selamat menyambut Hari Jantung Sedunia.

BACA INI JUGA:

sumber: jiwarasa

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon