Thursday, September 14, 2017

Penjawat Awam Lapor SPRM Dapat Ganjaran Setara Nilai Rasuah


Penjawat awam yang melaporkan kes rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menerima pengiktirafan ganjaran berbentuk insentif wang tunai.

Lapor SPRM Dapat Ganjaran

Malah, hadiah diberi itu adalah sama dengan nilai rasuah yang ditawarkan oleh suspek kes, kata Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi.

Beliau berkata, ganjaran terbabit bagaimanapun hanya akan diberikan dengan syarat sekiranya kes itu disiasat dan tertuduh didakwa serta berjaya disabit kesalahan di mahkamah.

“Di Sabah pada tahun 2016 lalu hanya ada dua penjawat awam iaitu masing-masing seorang kakitangan imigresen serta polis menerima ganjaran selepas melaporkan kes rasuah di negeri ini.

“Manakala tahun 2017 ini terdapat seorang (anggota polis) sahaja setakat ini yang bakal menerima ganjaran bernilai RM25,000 dan ia akan disampaikan kepadanya pada tahun 2018 akan datang.

“Insentif terendah yang ditawarkan adalah RM500 bagi kes rasuah di bawah nilai RM500, namun kes rasuah membabitkan nilai RM500 dan ke atas akan dibayar insentif mengikut nilai sogokan,” katanya.

Sazali menyatakan demikian ketika hadir menyampaikan taklimat di hadapan kira-kira 105 kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Zon Tawau dan Sandakan.

Ia diadakan bersempena dengan majlis melafaz dan menandatangani ikrar bebas rasuah jabatan tersebut bersama-sama pihak SPRM Sabah.

BACA INI JUGA: 15 Negara Asia Paling Tinggi Rasuah, Nombor 3 Sudah Dijangka!

sumber: mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon