Setiap hari Rabu, sila buka mata dan ambil perhatian. Dalam LRT, dalam komuter, dalam bas, dalam lif, dalam MRT, dalam pejabat, dalam parlimen atau di mana-mana saja, pandang tali leher yang dipakai si lelaki di depan mata.
Jika si lelaki itu memakai tali leher kuning atau kelabu, tidak ada apa-apa makna. Jika dia memakai tali leher hitam, ini juga tidak ada apa-apa makna.
Tetapi jika si lelaki di hadapan mata memakai tali leher merah dan berjalur kecil putih, hitam dan kuning, berwaspadalah. Tali leher yang dipakai oleh si lelaki ini membawa tanda dan makna.
Tali leher ini hanya akan dipakai oleh bekas murid MCKK pada setiap hari Rabu. Mereka ini adalah ahli MCOBA - Malay College Old Boys Associatioan. MCOBA ini adalah satu kumpulan ‘mafia tidak rasmi’ di Malaysia ini.
Mereka berselirat di mana-mana sahaja. Paling jelas mereka bersarang di tampuk-tampuk kuasa. Tidak ada satu jabatan kerajaan, syarikat kerajaan, syarikat swasta atau lembaga apa sahaja yang tidak dijaringi oleh pemakai tali leher jenis ini.
Tali leher adalah tanda setiakawan mereka. Tali leher yang dipakai pada hari Rabu ini adalah tanda untuk mereka mengenal satu sama lain. Tali leher ini membawa makna kesetiaan sesama mereka. Tali leher ini berbunyi dan bersuara.
Maka timbul pertanyaan ada apa dengan tali leher? Apa pentingnya tali leher ini?
Kisahnya begini, Presiden Donald Trump dalam buku biografinya ada menyatakan tentang tali leher. Sebagai orang ahli perniagaan, Trump amat teliti dengan warna tali leher yang dipakainya.
Dalam urus hal ehwal perniagaan, Trump akan selalu berjumpa dan berbincang dengan ahli-ahli perniagaan atau CEO syarikat gergasi dunia. Jika pertemuan ini penting maka Trump akan memakai tali leher merah. Jika yang ditemuinya dianggap mat lekeh maka Trump tidak akan memakai tali leher merah. Dia akan memilih warna yang lemah.
Beberapa bulan lalu, Presiden Trump bertemu dengan Xi Jinping, setiausaha Parti Komunis China. Dalam pertemuan resmi dan sidang akhbar bersama Xi Jinping, Presiden Trump dilihat memakai tali leher berwarna merah. Ertinya untuk Trump pertemuan ini amat-amat penting.
Cuba teka warna apa tali leher yang dipakai oleh Trump ketika berjumpa Najib Razak minggu lalu? Kisah ini ada tersebar dalam YouTube. Dari potongan 5 min 47 saat klip YouTube, kita semua dapat melihat bagaimana Presiden Trump melihat Najib. Pada hari pertemuan Trump memakai tali leher berwarna biru, tidak merah.
Malah dari bahasa badan Presiden Trump jelas dapat difahami bahawa Si Trump ini melihat Najib ini sebagai budak lekeh. Ini bukan tohmah dan fitnah dari Hishamuddin Rais. Jangan percaya bulat-bulat apa yang saya tulis. Silat rujuk dan lihat sendiri klip YouTube ini.
Saksikan bagaimana ‘kurang ajarnya' si Trump. Ketika Najib bercakap dia hanya memeluk tubuh. Berlagak sebagai gedebe di sempadan Sungai Golok. Atau seperti polis berjaya menahan mat pet yang naik motosikal tanpa lesen. Mata Trump ke atas ke bawah memandang Najib.
Kalau saya, saya dah naik minyak
Kalau saya ini penyokong Najib, kalau saya ini anggota parti United Malays National Organisation pasti saya akan marah. Saya akan naik minyak. Presiden parti Ketuanan Melayu saya ini dihina. Malah saya akan susun ratusan anggota parti saya untuk berdemo di hadapan Kedutaan Amerika sambil kami menonggengkan bontot ke muka Presiden Trump.
Tapi saya bukan penyokong Najib. Maka saya hanya sempat berkata - padan muka!
Dengan berpeluk tubuh dan kurang ajar, si Trump telah menjadikan Najib gelabah. Pertuturan Bahasa Inggeris Najib di hadapan Presiden Trump ini terputus-putus penuh gementar. Pada hemat saya, pertuturan Najib di hadapan Presiden Trump minggu lalu hanya baik sedikit dari pertuturan Tan Seri Muhamad Taib ketika dia cuba melintasi ruang kastam di lapangan terbang Melbourne Australia pada bulan April 1997 dahulu.
Kegentaran Najib dapat dirasakan hanya dengan menonton klip YouTube. Sebenarnya suasana takut Najib ini ada sebab musabab. Najib jadi takut kerana dia telah lama ditakut-takutkan.
Najib, Jho Low dan anak Rosmah dengan suami pertamanya kini berhadapan dengan kes jenayah di mahkamah Los Angles, Amerika. Ini berikutan dengan kes dakwaan mendobi duit 1MDB yang berjumlah berbilion ringgit. Najib sedar akan hal ini.
Tujuan sebenarnya Najib berjumpa dengan Presiden Trump ialah untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa polis Amerika tidak akan menangkap Najib. Najib bebas terbang ke Amerika dan Eropah. Dalam perkiraan Najib bila dia berjumpa Presiden Trump, maka mak cik dan pak cik Felda akan terpancut berbangga. Tapi kisahnya lebih dari itu.
Dua tahun lalu Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) telah memulakan kes mendobi duit 1MDB. Ketika Najib dikatakan mengarahkan ‘macainya’ melanggan syarikat lobi di Amerika untuk ‘cari lubang’ bertemu Trump, lembaga DOJ telah mengeluarkan kenyataan kedua.
Kali pertama dahulu kes 1MDM ini hanya kes sivil. Kali kedua ini kes 1MDB telah beralih menjadi kes jenayah. Yang ini mungkin mak cik Felda kurang arif.
Walau pun Najib tidak memiliki ijazah Nottingham Universiti, Najib masih ada keupayaan untuk membaca akhbar The New York Times, Washington Post dan The Wall Street Journal.
Pasti Najib tahu bagaimana akhbar dan media Amerika telah tidak putus-putus mengutuk dan memperlekehkan dirinya. Kes duit 1MDB ini telah menjadi umpan untuk semua media Amerika mengutuk Najib. Najib pasti sedar hal ini walau pun kita tidak terbaca laporan media tentang terkencing dalam seluar ketika melintasi ruang kastam di lapangan terbang JFK, New York.
Bayangkan beberapa hari sebelum sampai ke Rumah Putih, akhbar-akhbar besar lagi berpengaruh di Amerika telah mencadangkan kepada Presiden Trump agar lawatan Najib ini dibatalkan.
Media Amerika yang sedang mengepung Trump telah juga mengepong Najib. Dua-dua sosok ini diperlekeh dan dihina bulat bulat oleh media Amerika.
Bayangkan hotel tempat Najib dan delegasi Malaysia menginap pun telah dipertikaikan oleh media Amerika. Ini telah memaksa jurucakap Rumah Putih menjawab bahawa siasatan DOJ dan FBI masih berjalan dan tidak ada sangkut paut dengan perjumpaan Najib dengan Trump.
Malah desas-desus yang mengatakan Najib akan minta ampun daripada Trump agar kes DOJ ini diketepikan telah dijawab oleh media Amerika sendiri.
Jauh kak janda dari abang duda
Adalah mustahil untuk Trump mengetepikan kes jenayah 1MDB Najib. Ini kerana anak menantu Trump sendiri pun pada ketika ini sedang berhadapan dengan siasatan DOJ. Ini bersangkutan dengan kes hubungan menantu Trump dengan agen Rusia.
Jikalau menantu sendiri pun tidak dapat diselamatkan dari siasatan DOJ dan FBI, mustahil Trump akan cuba menyelamatkan Najib suami Rosmah yang juga presiden parti United Malays National Organisation. Jauh panggang dari api. Jauh kak janda dari abang duda.
Najib menginap di Trump International Hotel, Washington DC. Ini hotel milik Trump. Kalau di Kuala Lumpur setiap pagi akan ada akhbar The Star/NST diselitkan bawah pintu. Di Washington DC adalah tradisi hotel berjenama untuk memasukkan akhbar Washington Post ke celah pintu bilik.
Bayangkan senario pada pagi sebelum Najib bertemu Trump. Si Rosmah telah mengambil akhbar Washington Post yang terselit di pintu bilik. Rosmah mungkin ingin melihat-lihat iklan beg tangan dan fesyen-fesyen terbaru di Amerika.
Bayangkan Rosmah menjerit memanggil Najib kerana di halaman lidah pengarang ada surat Nurul Izzah Anwar terpampang luas. Bayangkan bagaimana mata Najib terbeliak apabila melihat surat dari Nurul Izzah ini terpampang dalam akhbar The Washington Post.
Dalam hotel di Amerika ini pun Najib masih kena buru. Justeru inilah sebahagian penyebab yang menjadikan Najib gelabah dan gementar apabila berhadapan dengan Trump.
Kerana terlalu gelabah, kerana terlalu takut, kerana hendak membodek Trump maka terhamburlah kata-kata klasik untuk kurun ini. Dalam klip YouTube kita boleh melihat pada minit 2.39 terpancut dari mulut Najib:
“Number one, we want to help you in terms of strengthening the US economy.”
Diterjemah dalam bahasa Melayu Najib berkata kepada Trump: “Pertamanya kami datang untuk membantu tuan presiden dalam usaha memperkasa ekonomi Amerika.”
Ertinya Najib datang membawa Malaysia untuk membantu menyelamatkan ekonomi Amerika.
Ini bukan kata-kata orang gila. Ini bukan cakap cakap Haji Hadi atau Nik Abduh. Ini bukan cakap mat pet. Ini keluar daripada mulut Najib, presiden Parti United Malays National Organisation. Kalau ayat-ayat pertuturan ini datang dari Nik Abduh atau Lokman Adam maka kita tidak akan terperanjat besar.
Tapi bila ayat-ayat ini datang dari mulut Najib, maka kita sedar bahawa Najib sedang dalam ketakutan yang maha sangat. Najib gementar apabila berhadapan dengan Presiden Trump. Sepuluh biji prozac pun tidak dapat mententeramkan jiwa kacau Najib.
Ketakutan Najib makin membuak apabila majalah Newsweek pula membuat berita. Kali ini tajuk berita yang paling kurang ajar Trump’s Meeting with Malaysian Crook (Trump berjumpa pencuri dari Malaysia).
Najib dihina. Najib diperlekeh. Tidak putus putus Najib dihina di luar negara. Tup tup bila pulang ke tanah air Najib dihina lagi. Siapa pula hina Najib? Ada sesiapa berani hina Najib di Malaysia?
BACA INI JUGA: 8 Sebab Kenapa Rakyat AS Pilih Donald Trump Sebagai Presiden
sumber: malaysiakini

Kasihan PM dikecam. Pray for our leaders, ask God to grant them wisdom and knowledge from heaven to lead and manage the country of Malaysia. God knows best. All the wickedness happening in our country have a reason, whether we can overcome the wickedness with goodness. If we react negatively, the devil will laugh at us and continue to increase wickedness in our land. If we take authority by praying for our nation, the Lord will hear our cry and defeat the the devil's wicked plans. Condemnation towards our leaders will bring condemnation over our land. Oh Lord have mercy upon Malaysia and our Leaders, we claim Your blessings over our land, we claim Your peace and love over our land. Grant our leaders wisdom and knowledge to manage our nation. We love Malaysia oh Lord. We don't want to see Malaysia ruin by wickedness. Have mercy oh Lord.
ReplyDeleteSelamatkan Malaysia :(
Delete