Di Kelantan, mana-mana kebudayaan seperti main puteri, mak yong, menora, wayang kulit, dikir barat, tarian yang bertentangan dengan Islam, setakat boleh diubah tatacara persembahannya supaya tidak lari dari garis panduan Islam, dibenarkan.
Dulu, dikir barat penuh dengan kata-kata lucah dan tidak berfaedah kini susun atur senikatanya ke arah kebaikan.
Mana-mana pendikir yang mengeluarkan kata-kata lucah dan juga melibatkan wanita yang aqil baligh tidak dibenarkan dan dikenakan tindakan.
Wayang kulit, dulunya penuh dengan tahyul dan pemujaan sebelum dan selepas permainan di perasap kemian dibaca mentera dan dipuja kulit belulang kering yang tidak boleh mendatangkan apa-apa mudarat kepada manusia itu.
Kini pula wayang kulit boleh dibenarkan asalkan tidak mempunyai unsur-unsur syirik dan jalan ceritanya mengajak rakyat faham tentang kehidupan, alam sekitar dan tanggung jawab mereka dibumi Allah ini.
Manakala mak yong, menora dan main puteri masih belum berubah. Pengamalnya masih degil untuk meneruskan versi lama yang penuh dengan pertentangan dengan Islam.
Mak yong misalnya, lelaki selalu diperbodohkan dan dipakaikan seperti mak nyah, wanita pula berpakaian menjolok mata dan bukanpun pakaian tradisi orang melayu jauh sekali berpakaian secara Islam. Apatah lagi jalanan cerita yang karut marut.
Jadi, sebab itulah kerajaan tidak membenarkannya.
Mak Yong tetap haram di Kelantan
Kerajaan Kelantan bertegas mengharamkan kesenian makyung dan tidak berhasrat untuk menarik balik pengharamannya biarpun digesa untuk menghentikan sekatan terhadap persembahannya.
Ketetapan mengharamkan kebudayaan tradisional itu telah dilakukan sejak zaman pemerintahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi dan ia masih diteruskan sehingga hari ini.
Kerajaan Kelantan mengharamkan mak yong sebab ini adalah isu berkaitan dengan agama dan mana-mana kesenian yang diharamkan selama ini tidak akan di tarik balik.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menggesa supaya Kelantan menamatkan pengharaman terhadap persembahan kesenian tertua itu, termasuk sekatan terhadap seni lain.
Kerajaan Kelantan dalam kenyataan balas menyatakan, mereka tidak menghalang persembahan ini diadakan, tetapi bukan di Kelantan dan sesiapa yang hendak menganjurkan tarian ini di tempat lain dipersilakan.
Laporan PBB juga menyebut, persembahan mak yong yang kaya dengan tradisinya itu perlu dihargai dan rakyat harus menikmati persembahannya.
Menjelaskan perkara itu, rakyat sudah memahami garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Kelantan.
Terdapat pelbagai keunikan lain boleh dinikmati di Kelantan seperti keindahan alam sekitar, keaslian budayanya dan juga keistimewaan masyarakat yang tidak bertentangan dengan agama Islam boleh diraikan.
Persembahan tradisional itu dilarang dipertontonkan di negeri Kelantan kerana ia mengandungi unsur-unsur khurafat mengikut Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan tahun 1998.
Mak yong adalah salah satu persembahan seni tradisi tertua Kelantan dan diiktiraf sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco).
BACA INI JUGA: Kenapa Islam Haramkan Melukis Gambar Wajah Nabi Muhammad?
sumber: manjanik | sinarharian