Daripada Ummul Mu’minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata, ”(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka.
Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini” dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan.
Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang soleh?”
Lalu Nabi SAW bersabda, “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak.”
(Hadis Riwayat Bukhari Muslim)
***
Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlalu banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu.
Tidak hanya kepada orang jahat, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi turut menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini.
Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi SAW sendiri dari kalangan mereka dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain.
Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri.
Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya’juj dan Ma’juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam a.s.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat.
Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi.
Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari kiamat sudah dekat sekali tibanya.
Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”.
Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”
Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”‘.
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
***
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW.
Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta, tetapi mereka terus dipersenda dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain.
Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu penyakit ‘wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar, iaitu “cinta dunia” dan "takut mati”.
Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. “Cinta dunia” bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah SWT.
Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.
Kita berdoa agar Allah SWT menurunkan mushrah-Nya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
Wallahu a'lam.
BACA INI JUGA: Sejarah Kolonialisme Dan Kebencian Terhadap Islam
-SENTIASAPANAS.COM