Monday, September 25, 2017

Kedai 'Dobi Islam' Amalan Agama Sempit


Tindakan pengusaha sebuah kedai dobi di Muar, Johor, yang hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja adalah satu amalan agama yang sempit, kata Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Dobi Islam

Beliau berkata, amalan itu bertentangan dengan Islam yang memudahkan penganutnya, pada masa sama tidak sesuai dalam masyarakat yang pelbagai agama dan budaya.

"Semua pandangan yang sempit seperti ini akan membawa negara kita ke arah ekstremisme dan hilang imbangan untuk hidup dalam masyarakat pelbagai agama dan budaya.

"Islam itu agama yang hidup dan beraksi dengan persekitaran secara seimbang. Fikah itu ke arah memudahkan bukan menyusahkan," kata Dr. Asri.

Kedai dobi itu mula diperkatakan selepas tular di laman sosial 23 September lalu.

Menurut gambar yang tersebar, kedai tersebut meletakkan papan tanda tertera "Dobi ini hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja atas faktor kesucian".

Fikah yang mudah

Perkara itu disokong Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Nooh Gadut yang berkata, orang Islam dan bukan Islam perlu menjamin pakaian yang dicuci di kedai dobi layan diri dalam keadaan bersih daripada najis mughallazah (najis berat).

"Yang Islam perlu pandang isu najis mughallazah sebaab najis dan kotor lain (berbeza), kotor boleh buat sembahyang.

"Sebab itu mesti dibersihkan dulu (pakaian) dan baru boleh masuk dalam mesin basuh," katanya dipetik Harian Metro.

Malah ia juga disokong Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin dan berkata dobi itu tidak sepatutnya menimbulkan tanggapan buruk di kalangan orang bukan Islam.

Katanya, Islam memang mementingkan kebersihan dan kewujudan dobi itu boleh membuang perasaan ragu-ragu berhubung aspek kesucian pakaian mereka.

Berbeza pandangan dengan pandangan itu, Mohd Asri menasihatkan umat Islam agar memilih hukum fikah yang mudah dan praktikal, selain jangan membuat andaian berlebihan sehingga menyusahkan kehidupan mereka

"Jika asal sesuatu bahan itu bersih, tidak zahir padanya najis sama ada dari segi warna, bau ataupun rasa, maka ia dikira bersih.

"Andaian yang berlebihan sehingga menyusahkan kehidupan bukan ajaran Nabi Muhammad yang mudah dan memudahkan kehidupan manusia," katanya.

Jika berterusan, katanya lagi, ia akan membawa kepada lebih banyak kepada hal pemisahan antara orang Islam dan bukan Islam yang tidak wajar.

"Saya bimbang nanti ada menggesa orang Islam tidak boleh guna duit yang telah digunakan orang bukan Islam. Ini kerana mereka mengandaikan mungkin ada najis semasa duit itu bertukar tangan.

"Kemudian perlu diasingkan pula bekas makanan yang digunakan orang bukan Islam di restoran. Takut nanti ada kesan khinzir di mulut mereka," katanya lagi.

Pemilik

Pengendali dobi itu, 40, memberitahu sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa beliau sekadar melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam.

Beliau berkata orang Cina dan orang India yang beragama Islam dialu-alukan ke kedai dobinya, dan orang bukan Islam boleh menggunakan kedai dobi lain.

Pengendali itu bagaimanapun enggan menjelaskan mengapa beliau mengenakan syarat itu kepada pelanggan.

Pengendali itu juga enggan mengulas apabila ditanya apakah kerana beliau bimbang ada unsur “tidak bersih” seperti bulu anjing pada pakaian yang dibawa orang bukan Islam ke kedai dobinya.

Beliau juga tidak mahu gambarnya diambil.

BACA INI JUGA: Siapa Untung Jika Umat Islam Dan Kristian Bergaduh?

sumber: malaysiakini

4 comments

  1. It's good that this article is not written by christian. if not habis orang Christians kena kecam. God will bless you with overflowing blessings for publicize this article brother.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Some parties are too narrow for their views and religious practices. Islam is easy.

      Delete
  2. Kan kita hidup dalam negara yang majmuk dan berbilang bangsa.

    Perkara macam ni tak perlu berlaku. Agama, bangsa, jantina sudah memisahkan kita.

    Semakin lama, jawatan, tahap pendidikan dan pangkat pun akan memisahkan kita. Semakin lama, akan ada sistem kasta tanpa kita sedari.

    Dengan ini,adakah perpaduan dapat dicapai untuk melengkapkan objektif TN50?

    Kita ambil pengajaran dari cerita Naruto di mana puak Uchiha dipulaukan dan diletakkan ditempat terpencil kerana takut dengan kekuatan dan kelebihan yang ada pada puak Uchiha.

    Oleh sebab ini, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memanaskan keadaan dan menyuntik unsur-unsur dendam dalam situasi ini.

    Hasilnya?

    Konaha kucar-kacir dan hampir musnah disebabkan dendam. Banyak nyawa terkorban dan banyak masa,tenaga dan wang yang diambil untuk membangunkan Konoha semula.

    Pengajarannya?

    Sekiranya puak Uchiha diberikan layanan sama dengan puak lain, mesti sudah agenda dari luar tidak dapat menghancurkan Konoha kerana dengan kelebihan dan kekuatan yang ada pada Uchica, sukar pihak lain untuk menghancurkan Konoha.

    Oleh itu, pentingnya perpaduan antara kaum.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon