Sekurang-kurangnya lapan pulau di Lautan Pasifik telah hilang sepenuhnya ekoran kenaikan paras laut dengan Kepulauan Micronesia dan Solomon antara pulau yang terkesan dengan perubahan iklim apabila paras laut terus meningkat pada purata tiga milimeter setiap tahun.
Susulan kitaran perubahan angin, paras laut meningkat dengan lebih pantas di Pasifik Barat yang membawa maksud 12 milimeter sejak tahun 1990an.
Patrick Nunn dari University Sunshine Coast di Australia mendapati pulau-pulau semakin hilang.
Setelah menjalankan kajian di pantai, menyoal penduduk setempat dan mengkaji imej satalit, pasukan Patrick mendapati beberapa pulau berkedudukan rendah "ditelan" atau hilang sepenuhnya.
Penduduk setempat memberitahu penyelidik, dua pulau iaitu Kepidau en Pehleng dan Nahlapenlohd kini sudah tenggelam sepenuhnya dan imej udara di kawasan itu menunjukkan enam lagi pulau Laiap, Nahtik dan pulau Ros hilang antara tahun 2007 dan 2014.
Kajian ini diterbitkan dalam edisi Jurnal Pemuliharaan Pesisiran edisi 2017.
Satu lagi kajian yang dijalankan oleh Simon Albert, dari University of Queensland di Australia, pada tahun 2016 mempunyai hasil yang serupa.
Albert dan pasukannya mendapati lima daripada Kepulauan Solomon telah hilang sejak pertengahan abad ke-20.
Berdasarkan penyelidikan itu, Albert berkata, ini adalah tempat pertama di Bumi yang mengalami kenaikan kadar aras laut yang sangat tinggi.
Sesetengah pulau yang berada tidak berapa tinggi daripada paras laut telah berjaya bertahan di kawasan tersebut.
Kepulauan yang terlindung kerana kedudukan mereka atau mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan atau permukaan berbukit memberikan tahap ketahanan yang lebih tinggi.
BACA INI JUGA: 6 Lautan Paling Misteri Di Dunia
sumber: sinarharian