Terdapat beberapa negara yang melarang baik pelancong atau penduduk setempat untuk mengambil gambar di kawasan-kawasan yang dilabel sebagai tempat larangan bergambar. Ianya dianggap sebagai perbuatan yang menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman.
Oleh kerana undang-undang setiap negara itu berbeza, lebih baik anda ketahui negara yang telah menetapkan perbuatan mengambil gambar sebagai satu kesalahan undang-undang sebelum travel ke negara mereka.
1. Amsterdam, Belanda
Sekadar berkongsi informasi, kawasan ‘lampu merah’ Red Light District di Amsterdam ini memang sangat terkenal sebagai pusat pelacuran.
Penduduk di bandar ini sangat sensitif jika melihat pelancong terutama warga asing mengambil gambar pelacur di sini.
Dalam kebanyakan kes, sesiapa yang didapati membawa kamera masuk ke kawasan ini paling tidak kamera mereka akan dipecahkan dan paling teruk kena pukul.
2. Korea Selatan
Di negara ini, mengambil gambar wanita tanpa persetujuan mereka boleh menjadi satu kesalahan yang amat serius walaupun di tempat awam.
Gagal mematuhi peraturan ini adalah satu kesalahan yang disifatkan sebagai pencerobohan sekseual. Pesalah yang tertangkap bakal berhadapan hukuman denda sebanyak 10 juta won dan penjara sehingga 5 tahun.
3. Amerika Syarikat
Di Amerika Syarikat, undang-undang mengambil gambar tidaklah seketat seperti di Korea Selatan.
Namun apa yang perlu anda tahu di negara bebas ini adalah untuk tidak mengambil gambar pada mana-mana tempat atau kawasan yang bukan tempat awam iaitu harta persendirian.
Paling mudah, tempat-tempat hartanah peribadi ini selalunya memiliki papan tanda. Jadi, sila lihat betul-betul sebelum ambil gambar.
4. Emiriah Arab Bersatu
Emiriah Arab Bersatu atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai United Arab Emirates (UAE).
Negara yang terletak di tenggara Semenanjung Arab di barat-daya Asia, yang terdiri dari tujuh wilayah emiriah iaitu Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah dan Umm al-Qaiwain.
Di negara ini terdapat beberapa tempat yang dilarang untuk mengambil gambar seperti istana, bagunan kerajaan dan jambatan tertentu.
Jika didapati bersalah, anda boleh dikenakan penjara 1 tahun 3 bulan serta denda sebanyak $1,361.
5. Korea Utara
Tak perlu dijelaskan dengan lebih terperinci lagi. Kami pasti ramai yang sudah tahu, Korea Utara satu-satunya negara di dunia yang penuh dengan peraturan dan undang-undang pelik.
Jika anda berhasrat untuk travel ke sini, sebaiknya anda berwaspada dengan setiap tingkah laku. Antaranya adalah tidak mengambil gambar tanpa kebenaran.
Jika tidak, anda bakal berhadapan dengan hukuman yang sangat dahsyat.
6. England
Tidak ada larangan ketat untuk mengambil gambar di sini. Cuma apa yang perlu anda tahu, terdapat larangan mengambil gambar di tempat-tempat komersil.
Contohnya di Trafalgar Square dan Parliament Square, untuk mengambil gambar di sini anda perlu mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar London terlebih dahulu.
7. Jepun
Di Jepun, anda dilarang untuk mengambil gambar di kuil atau patung-patung tertentu. Perbuatan ini dipercayai boleh mengganggu semangat patung tersebut menurut kefahaman masyarakt di sana.
Menjadi satu kemestian untuk kita menghormati tuan rumah apabila datang ke tempat mereka. Jangan jadi seperti kes yang lepas, buruk nama Malaysia lagi nanti.
8. Algeria
Algeria sangat konservatif, terutamanya kawasan di bahagian selatan negara ini. Untuk bergambar dengan kaum lelaki mereka, anda perlu meminta kebenaran terlebih dahulu.
Manakala gambar kaum perempuan hanya dibenarkan setelah mendapat persetujuan daripada suami atau bapa mereka.
Hal ini kerana, mereka dianggap sebagai ‘harta’.
Selain daripada itu, terdapat juga larangan mengambil gambar jambatan, empangan dan juga objek ketenteraan.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: 6 Sebab Kenapa Anda Perlu Melawat Negara Bhutan
sumber: thevocket