Monday, September 18, 2017

5 Punca Kenapa Isteri Tidak Puas Di Kamar Tidur


Sebagaimana yang kita tahu, lelaki jarang tak puas ketika hubungan intim (kecuali yang mempunyai masalah). Tetapi kesian dengan wanita yang sering ditinggalkan terkontang-kanting, dibiarkan begitu sahaja tanpa belas kasihan.

Isteri Tak Puas Seks

Kebiasaannya, wanita perlukan sedikit masa untuk mencapai keghairahan dan kepuasan ketika bersama suami. Maka, sebagai seorang suami, anda harus peka dan tidak boleh pentingkan diri sendiri.

Tahu tak? Sekiranya setiap kali bersama, isteri tidak mencapai kepuasan yang sepatutnya, isteri tuan-tuan akan berasa kecewa, tertekan dan jika disimpan terlalu lama mulalah akan timbul pelbagai masalah.

Lebih malang lagi ada sesetengah wanita yang terpaksa berpura-pura berasa puas demi menjaga hati suami.

Mengapa perkara ini terjadi? Jom kita lihat 5 perkara berikut yang mungkin menjadi puncanya.

5 Punca Kenapa Isteri Tak Puas Seks


1. Sikap Pasangan

Ramai wanita gagal merasai kepuasan daripada hubungan seks akibat pasangan mereka sendiri.

Suami yang mementingkan kepuasan sendiri tanpa menghiraukan perasaan isteri akan menyebabkan hubungan intim dilakukan dalam suasana yang terpaksa.

Tiada istilah sayang antara satu sama lain. Suami hanya fikirkan diri sendiri. Isteri pula hanya menjalankan tugas sebagai “isteri” tanpa menikmati kehangatan hubungan seks tersebut.

2. Tidak Relaks

Fikiran yang tenang diperlukan ketika hubungan intim. Sekiranya seseorang wanita tidak fokus dan banyak memikirkan perkara lain seperti masalah ditempat kerja, kewangan, anak–anak atau bentuk tubuh yang tidak sempurna sewaktu bersama suami, mereka akan sukar berasa tenang.

Bagaimana anda ingin merasai kenikmatan hubungan seks bila anda sendiri tidak fokus dengan apa yang anda lakukan.

Lupakan sebentar semua masalah yang ada di kepala. Nikmati hubungan itu 100% bersama pasangan anda.

3. Rutin Yang Membosankan

Hal ini mungkin juga berkait dengan satu lagi sikap pasangan anda. Rutin seks yang tidak berubah.

Pasangan anda yakni isteri anda sudah tahu apa yang akan terjadi. Bagaimana bermula dan bagaimana penghabisannya.

Bayangkan dah 10 tahun bersama dan selama 10 tahun tu juga sama sahaja “mainan” yang dilakukan. Cuba pelbagaikan aktiviti anda sewaktu di ranjang.

Isteri pun tak salah kalau bernakal-nakal sedikit dengan suami. Hubungan halal, buatlah apa yang anda nak buat.

4. Trauma Suami Rakus

Satu lagi aspek yang menggagalkan orgasma wanita adalah trauma. Perasaan takut ingin melakukan hubungan bersama suami ketika pertama kali melakukan hubungan intim terutamanya buat pasangan pengantin baru.

Seks kali pertama yang menyebabkan rasa sakit dibahagian vagina membuat wanita berasa trauma.

Mana mungkin berasa nikmat jika seks itu menyakitkan. Keadaan ini menyebabkan timbulnya rasa takut sehingga mereka sukar menikmati dalam aktiviti seks seterusnya.

Satu lagi penyebab wanita trauma seks adalah kerana kelakuan suami yang terlalu ganas atau rakus ketika hubungan seks.

Isteri akan merasa takut dan tidak lagi menikmati seks yang dilakukan.

5. Gangguan

Inilah yang sering dialami pasangan suami isteri. Kepenatan, tangisan anak, bunyi televisyen bahkan telefon sewaktu hubungan intim. Daripada ghairah, tiba–tiba boleh menyebabkan nafsu jatuh merudum.

Ada wanita yg mengalami keadaan ini tidak mampu lagi memulakan semula hubungan intim. Tambahan pula anak kecil bangun dan mahukan susu.

Bukan senang juga suami nak menaikkan nafsu si isteri. Tambahan pula dengan badan yang dah penat.

Cadangan saya, sebelum hubungan intim disarankan telefon dan televisyen dimatikan dan memastikan anak tidur lena terlebih dahulu untuk mengelakkan gangguan.

Anda juga boleh pergi bercuti berdua sekali sekala untuk menyemarakkan semula hubungan intim anda bersama pasangan anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mamaqaireen

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon