Friday, September 29, 2017

10 Fakta Menarik Tentang Kopi Anda Perlu Tahu


Tiada siapa mampu menafikan bahawa kopi sebagai antara minuman yang paling digemari masyarakat di seluruh dunia.

Fakta Kopi

Selain sedap, mari kita lihat 10 fakta menarik tentang kopi yang mungkin mengejutkan anda.

1. Khasiat Kafein

Sekumpulan masyarakat etnik di Ethiopia dikatakan antara yang pertama mengesan khasiat kafein dalam kopi.

Ia terjadi apabila kambing peliharaan mereka mula menunjukkan keaktifan luar biasa selepas diberi kopi.

2. Hormon Kopi

Anda biasa minum kopi sebaik sahaja bangun tidur? Tak perlu! Ini kerana manusia menghasilkan sejenis hormon dipanggil cortisol apabila bangun daripada tidur.

Hormon ini sudah lebih dari cukup untuk menyedarkan anda daripada rasa mengantuk.

Sebaiknya, minum kopi selepas kira-kira sejam anda bangun.

3. Buah Kopi

Buah kopi dipanggil coffee berries. Ia sejenis buah yang boleh dimakan dengan biji kopi di dalamnya. Ramai memanggilnya sebagai bean atau kacang kerana bentuk buah itu yang menyerupai kacang.

4. Cerai Kerana Kopi

Turki, pada satu ketika dahulu, pernah melaksanakan undang-undang yang menyatakan seorang isteri boleh menuntut cerai jika suaminya tidak memberikannya bekalan kopi yang mencukupi!

5. Nombor 2 Paling Popular

Kopi berada di tempat kedua dalam senarai minuman paling popular di dunia, selepas air kosong (plain water).

6. Kesan Serta Merta

Kesan kopi boleh dirasai selepas hanya kira-kira 10 minit selepas meminumnya.

7. Mencegah Penyakit

Antara kebaikan kopi adalah mencegah penyakit Alzheimer, Demensia, Parkinson dan jantung. Ia juga membantu anda membakar lemak.

8. Kopi Najis

Kopi paling mahal di dunia adalah Black Ivory Coffee, dan ia diperbuat daripada najis gajah. Harga kopi ini secawan adalah kira-kira AS$50 (RM220).

9. Bahaya Kopi

Minum 100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia.

10. Pencipta Instant Coffee

Kopi segera (instant coffee) dicipta oleh lelaki bernama George Washington pada tahun 1906. Ia bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana rasanya yang teruk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon