Saturday, August 05, 2017

Tahukah Anda Perbezaan Antara Jurusolek Dan Juruandam?


Sebenarnya, kerjaya sebagai jurusolek dan juruandam adalah dua bidang kerja yang berbeza, khususnya untuk bakal-bakal pengantin wanita diluar sana di sini akan saya terangkan tentang perbezaan ini.

Solekan

Kita mulakan dengan merungkai apa tugas jurusolek yang juga sangat dikenali sebagai ‘makeup artist’.

Apa tugas jurusolek?

Jurusolek adalah mereka yang mendalami bidang solekan dan merupakan pakar dalam selok belok menyolek seseorang mengikut kesesuaian wajah, personaliti dan warna serta konsep atau tema busana pengantin.

Biasanya, jurusolek artis tidak mempunyai koleksi busana dan pelamin, akan tetapi mereka mempunyai peralatan solek yang lengkap dan pelbagai.

Kebanyakan jurusolek artis hanya berkebolehan dalam menyolek dan dandanan rambut serta membantu pengantin dalam penataan busana dan aksesori.

Pun begitu, masih ada kebaikan apabila anda memilih jurusolek kerana kaedah menyolek adalah mengikut peredaran masa (up to date). Dengan ini anda pasti akan puas hati dengan hasil yang diberikan oleh jurusolek.

Mereka juga banyak memainkan peranan dalam penerbitan drama, filem dan juga program tv. Selain itu jurusolek turut bersedia menyolek wajah anda untuk majlis-majlis seperti makan malam, high tea dan sebagainya.

Apa pula apa tugas sebagai juruandam?

Juruandam sangat berkebolehan dan tugasnya sangat menyeluruh dari segi solekan, dandanan, busana dan pelamin serta juga bilik pengantin.

Juruandam adalah pilihan yang sesuai kerana juruandam menyediakan segala persiapan dan penyediaan bagi sesebuah majlis perkahwinan.

Jika dulu-dulu juruandam dikenali sebagai ‘mak andam’ mengamalkan doa-doa tertentu sebelum menyolek wajah pengantin.

Ini bertujuan untuk menaikkan seri bagi mencantikan lagi wajah.

Ini kerana pada masa itu alatan solek sangat terhad dan hanya terdapat gincu, celak dan bedak sahaja.

Mereka juga mengamalkan amalan-amalan tradisional seperti rawatan muka dan badan beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis. Akan tetapi kita beranggapan kaedah ini tidak lagi diguna pakai pada masa sekarang.

Biasanya kebanyakan juruandam tahu selok belok adat-adat sesebuah majlis perkahwinan. Kalau dulu juruandam ini majoritinya adalah orang-orang lama tapi pada masa sekarang sudah ramai pelapis muda menguasai bidang ini.

Kesimpulan

Diharapkan dengan penerangan di atas dapat membantu anda untuk memilih samada menggunakan juruandam atau pun mendapatkan jurusolek yang lebih khusus dihari bahagia anda kelak.

Solekan yang sempurna akan memudahkan lagi kerja jurugambar perkahwinan anda.

Buatlah pilihan dengan bijak. Tepuk dada tanyalah selera.

BACA INI JUGA: 8 Gaya Potongan Rambut Lelaki Disukai Wanita!

sumber: nikhamidi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon