Saturday, August 26, 2017

Kenapa Pemenang Sukan SEA 2017 Di Hadiahkan Anak Pokok?


Dalam temasya Sukan SEA 2017 kali ini, Malaysia selaku tuan rumah telah melakukan satu perkara di luar kebiasaan dengan menghadiahkan bakul berisi anak pokok kepada pemenang pingat.

Sukan SEA

Sebelum ini, sudah menjadi kebiasaan untuk pemenang sesebuah temasya sukan di seluruh dunia untuk diberikan pingat kemenangan dan patung maskot sebagai tanda kenang-kenangan.

Anak pokok menjadi kelainan yang dipersembahkan oleh Malaysia bagi menyemarakan kempen Green Games dalam penganjuran temasya kali ini.

Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, ramai yang cuba meneka apakah jenis anak pokok yang diberikan malah bergurau dengan menamakannya pelbagai spesies.

Program yang dinamakan ‘Satu Pingat, Satu Pokok (One Medal, One Tree)’ menyaksikan semua atlet meraih pingat emas, perak dan gangsa akan diberikan satu anak pokok.

Pihak penganjur menyediakan sejumlah 5,249 anak pokok dengan setiap pingat emas dimenangi atlet Malaysia sahaja dan akan ditanam selepas tamatnya temasya sukan ini di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil.

"Kelainan dilakukan ini bertujuan untuk mengimbangi karbon yang dilepaskan sepanjang temasya itu berlangsung dan meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan pemulihan hutan bagi pemuliharaan biodiversiti.

“Bagi menjayakan program ini, Landskap Malaysia telah dilantik menjadi Rakan Inisiatif Hijau.

"Mengikut perancangan penganjur, anak-anak pokok ini akan ditanam di bawah viaduct atau jejambat yang telah dibina untuk membolehkan hidupan liar merentasi kawasan hutan tersebut dengan selamat,” kata Fahmi Omar selaku Pegawai Eksekutif Media Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (Masoc).

Dalam pada itu, Fahmi turut menjelaskan bahawa sebanyak tiga jenis anak pokok disediakan untuk pemenang pingat dalam temasya tersebut.

Tiga jenis anak pokok tersebut ialah syzygium polyanthum (Salam), garcinia hombroniana (Bruas) dan syzygium malaccense (Jambu).

BACA INI JUGA: 5 Fakta Menarik Sukan SEA 2017 Yang Anda Patut Tahu

sumber: astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon