Apa sebenarnya fenomena gerhana bulan penumbra? Fenomena gerhana ini adalah, seluruh bahagian bulan berada di bahagian penumbra, namun bulan masih dapat dilihat dengan warna yang agak suram.
Jenis-Jenis Gerhana
Pada umumnya, bayang-bayang bumi di angkasa lepas akan mempunyai 2 bahagian. Satu bahagian yang gelap, yang dipanggil umbra. Sementara yang lagi satu dikenali sebagai penumbra.
Berikut adalah beberapa jenis gerhana bulan:
Waktu Melihat Gerhana
Di Malaysia, kita boleh menyaksikan gerhana bulan penumbra jika diamati secara terperinci dan cuaca benar-benar cerah tetapi secara keseluruhannya kita tidak dapat melihat saat dan ketika bulan mula-mula masuk ke dalam kawasan bayang-bayang penumbra.
Hanya apabila bulan berada pada ‘puncak gerhana’ iaitu titik ia berada paling ‘ke dalam’ dalam kawasan tersebut, barulah ia mula terbit di ufuk Timur.
Penampakan Gerhana Bulan Penumbra adalah berkemungkinan kurang ketara kejelasannya jika dilihat dengan mata kasar kerana bayang-bayang penumbra bumi adalah lebih samar (kurang gelap) jika dibandingkan dengan bayang-bayang umbra bumi yang lebih gelap.
Peluang untuk melihat kesan gerhana penumbra akan menjadi lebih baik atau lebih jelas jika kita melihat gerhana tersebut menggunakan peralatan bantuan seperti binokular atau pun menggunakan teleskop.
Kenapa Gerhana Penumbra Berlaku?
Gerhana bulan penumbra berlaku kerana terhalangnya cahaya matahari oleh bumi, sehingga tidak semua cahaya sampai ke bulan.
Secara umumnya, mata kita tidak mampu melihat sebarang perubahan kecerahan bulan disebabkan ketika bulan memasuki kawasan bayang-bayang penumbra, sempadan bayang-bayang penumbra dengan kawasan di luar bayang-bayang bumi amat sukar untuk dibezakan.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
Sumber: Shafiqolbu

- Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila orbit bulan bergerak masuk tepat ke dalam umbra dan keseluruhan jasad bulan memasuki umbra.
- Gerhana Bulan Separa berlaku apabila orbit bulan bergerak sedikit senget dari kawasan umbra dan hanya sebahagian sahaja jasad bulan memasuki umbra.
- Gerhana Bulan Penumbra berlaku apabila orbit bulan memasuki hanya di kawasan penumbra, dan keseluruhan atau sebahagian daripada jasad bulan memasuki kawasan tersebut.
Waktu Melihat Gerhana
Di Malaysia, kita boleh menyaksikan gerhana bulan penumbra jika diamati secara terperinci dan cuaca benar-benar cerah tetapi secara keseluruhannya kita tidak dapat melihat saat dan ketika bulan mula-mula masuk ke dalam kawasan bayang-bayang penumbra.
Hanya apabila bulan berada pada ‘puncak gerhana’ iaitu titik ia berada paling ‘ke dalam’ dalam kawasan tersebut, barulah ia mula terbit di ufuk Timur.
Penampakan Gerhana Bulan Penumbra adalah berkemungkinan kurang ketara kejelasannya jika dilihat dengan mata kasar kerana bayang-bayang penumbra bumi adalah lebih samar (kurang gelap) jika dibandingkan dengan bayang-bayang umbra bumi yang lebih gelap.
Peluang untuk melihat kesan gerhana penumbra akan menjadi lebih baik atau lebih jelas jika kita melihat gerhana tersebut menggunakan peralatan bantuan seperti binokular atau pun menggunakan teleskop.
Kenapa Gerhana Penumbra Berlaku?
Gerhana bulan penumbra berlaku kerana terhalangnya cahaya matahari oleh bumi, sehingga tidak semua cahaya sampai ke bulan.
Secara umumnya, mata kita tidak mampu melihat sebarang perubahan kecerahan bulan disebabkan ketika bulan memasuki kawasan bayang-bayang penumbra, sempadan bayang-bayang penumbra dengan kawasan di luar bayang-bayang bumi amat sukar untuk dibezakan.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
- Fenomena Gerhana Bulan Berdarah
- Fenomena Gerhana Bulan Penuh
- Hikmah Disebalik Kejadian Gerhana Matahari
Sumber: Shafiqolbu