Friday, August 18, 2017

25 Tahun Liga Bola Sepak England (EPL)


Liga Perdana Inggeris kini mencecah usia 25 tahun pada Ogos 2017 dengan landskap Liga Perdana dilihat amat berbeza berbanding minggu pembukaan pada awal abad dahulu.

25 EPL

Selepas 9,745 perlawanan dan 25,769 gol melibatkan 47 pasukan sepanjang tempoh 25 tahun ini, pelbagai fakta dan rekod telah menjadi bukti sejarah liga terkemuka di England itu.

Pengurus

Tugas seorang pengurus pada abad ini lebih sukar berbanding tahun 1992.

Ketika itu hanya seorang pengurus yang dipecat sepanjang satu musim iaitu Ian Porterfiel yang membimbing Chelsea.

Dia kehilangan tugasnya selepas 29 perlawanan ketika kempen liga 42 aksi keseluruhan pada 15 Februari 1993.

Di antara Ogos 1994 hingga 1995 terdapat 15 orang pengurus bertukar termasuk lapan daripadanya dipecat.

Kempen 42 perlawanan dengan 22 pasukan dikurangkan dengan format baharu kepada 38 aksi bagi 20 pasukan.

Hanya empat kali dalam sejarah Liga Perdana menyaksikan empat pasukan berdepan dengan penyingkiran pada tahun 1994-95 berbanding era baharu (kini) hanya tiga kelab sahaja yang terkeluar.

Tekanan sehingga pengurus dipecat termasuk John Deehan yang meletak jawatan di Norwich selepas lima aksi, manakala alan Smith meninggalkan Crystal Palace sebaik sahaja disahkan tersingkir.

Ketika itu, Leicester City dan Ipswich Town turut tersingkir daripada aksi Liga Perdana.

Namun beberapa tahun kemudian, situasi pemecatan pengurus lebih 'kejam' kerana bukan sahaja disebabkan faktor penyingkiran tetapi prestasi pasukan.

Ia berlaku kepada Roberto Mancini yang dipecat Manchester City pada mei 2013, setahun selepas membawa kelab menjuarai liga.

Begitu juga nasib Claudio Ranieri dipecat sembilan bulan selepas menjulang trofi kejuaraan musim 2015-16.

Chelsea juga dilihat sensitif dengan prestasi skuad mereka sehingga memecat Jose Mourinho selepas tujuh bulan membawa kejuaraan di Stamford Bridge.

Jumlah pemecatan pengurus dilihat semakin meningkat sejak sepuluh musim lalu.

Seramai 221 orang pengurus berlainan mengemudi pasukan sekurang-kurangan satu perlawanan liga, 154 orang kekal manakala 67 pengurus sementara.

Pemain Luar England

Pada musim 1992, seramai 13 orang daripada jumlah keseluruhan 242 pemain bukan dari Britain atau Ireland.

Manakala pemain luar England yang memulakan sepuluh perlawanan pada hari terakhir liga seramai 112 dari 220 pemain pada musim 2016-17.

Sepanjang 25 tahun, seramai 3,835 pemain telah beraksi sekurang-kurangnya satu perlawanan, melibatkan 13 negara berbeza termasuk Seychelles, Pakistan dan Guinea-Bissau.

Perubahan Wajah Liga Perdana

Ketika di awal liga dimulakan, beberapa pemain dari negara-negara Scandinavia menguasai di kelab utama seperti Liverpool dan Blackburn.

Manakala terdapat empat pemain dari Denmark dan tiga dari Sweden.

Pada tahun 1995, Mahkamah Keadilan Eropah diperkenalkan dan memberi kebebasan pemain untuk meninggalkan kelab sebaik sahaja kontrak berakhir.

Penghujung musim 1997-98 peningkatan pemain dari negara lain meningkat seperti Perancis (3017 pemain) dan Itali seramai empat hingga 17 orang.

Sementara itu, pengurus Chelsea Gianluca Vialli merakam sejarah apabila menyenaraikan pemain bukan Britain dalam barisan utama menentang Southampton pada 26 Disember 1999.

Mereka adalah Ed de Goey (Belanda), Dan Petrescu (Romania), Emerson Thome (Brazil), Frank Leboeuf (Perancis), Celestine Babayaro (Nigeria), Albert Ferrer (Sepantol), Didier Deschamps (Perancis), Gus Poyet (Uruguay), Roberto di Matteo (Itali), Gabriele Ambrosetti (Itali), Tore Andre Flo (Norway).

Rekod Kad Merah

Secara rasminya sebanyak 1,477 kad merah dilayangkan sepanjang tempoh 25 tahun EPL berlangsung.

Purata kad dilayangkan adalah 58.08 setiap musim, dengan jumlah tertinggi 72 kad pada musim 1998-99, 2002-03 dan 2005-06, selebihnya 28 kad pada tahun 1993-94.

Manakala pengadil telah melayangkan 54 kad kepada Liverpool dalam 962 perlawanan, melebihi 32 keping yang dikumpul Everton sebelum itu.

Bekas pemain Spurs, Gareth Bale memegang kad kuning terbanyak liga dengan 119 keping.

Dan Chelsea mengumpul kad kuning terbanyak dalam sejarah liga iaitu 1536 keseluruhannya.

Everton direkodkan sebagai kelab yang ramai pemain diarah keluar padang dengan 86 orang keseluruhannya.

Dan Ipswich Town direkodkan sebagai sebuah kelab yang 'bersih' di padang.

Penjaring Terbanyak Sepanjang 25 Tahun

Tujuh orang pemain telah merakamkan lebih daripada 30 gol untuk satu musim.
  • Andy Cole - 34 gol (1993-94)
  • Alan Shearer -34 (1994-95)31 gol (1996-96)
  • Kevin Phillips - 30 (1999-00)
  • Thierry Henry - 30 (2003-04)
  • Cristiano Ronaldo - 31 (2007-08)
  • Robin van Persie - 30 (2011-12)
  • Luis Suarez - 31 (2013-14)

Manakala Shearer merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 260 gol ketika bersama Blackburn dan Newcastle.

Ia diikuti Wayne Rooney dengan 198 gol ketika bersama Everton dan Manchester United.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon