Thursday, July 13, 2017

Video Kanak-Kanak Maut Gara-gara Prank Dalam Lif


Gara-gara prank, seorang kanak-kanak perempuan di China maut secara tragis setelah terjatuh dari tingkat 18 bangunan kediamannya pada awal Julai 2017.

Maut Gara-gara Prank

Lapor portal Shanghaiist, dalam kejadian di sebuah apartment di wilayah Hunan itu, mangsa, Lili, 2, sebelum itu menaiki lif bersama dua orang rakannya ke tingkat 9.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebelum mereka bertiga tiba di tingkat 9, salah seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun kelihatan terlompat-lompat untuk cuba menekan butang tingkat yang paling tinggi.

Sebaik saja tiba, mereka bertiga keluar dari lif tersebut bagaimanapun, kanak-kanak lelaki yang sama mengangkat badan Lili dan meletakkannya semula dalam lif sambil memerhatikan pintu lif tertutup.

Maut Gara-gara Prank

Lili kemudian dibawa naik ke tingkat 18. Panik dengan keadaan itu, Lili menangis dan menepuk-nepuk pintu lif agar ia terbuka.

Malangnya, bahagian tingkap di tingkat 18 bangunan itu tidak mempunyai kaca atau jeriji, menyebabkan mangsa yang berjalan ke luar secara tidak sengaja terjatuh dari tingkap dan maut di tempat kejadian.

Tragedi itu mencetuskan kemarahan netizen yang menyalahkan kanak-kanak lelaki itu menjadi punca kematian mangsa, selain ibu bapa mangsa yang gagal mengawasi anak mereka.

BACA INI JUGA: Bos Cium Setiausaha Dalam Lif Terakam CCTV!


sumber: mynewshub

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon