Sekumpulan profesor dalam satu kajian yang dijalankan memberitahu, tindakan memakan makanan yang jatuh ke atas lantai oleh kanak-kanak sebenarnya baik untuk membantu membina sistem imunisasi si kecil dengan lebih baik.
Menurut Prof. Jack Gilbert dari Universiti Gothenburg, Sweden yang juga merupakan penulis buku memberitahu, ibu bapa yang terlalu mementingkan kebersihan dalam gaya hidup anak mereka sebenarnya melemahkan sistem pertahanan dalam tubuh kanak-kanak terbabit.
“Kebanyakan ibu bapa berpendapat bahawa semua kuman itu tidak sihat dan ternyata ia tidak benar,” ujar Gilbert.
Tambahnya lagi, memakan makanan yang jatuh ke lantai serta membiarkan anak-anak bermain dengan tanah sebenarnya membantu merangsang sistem kekebalan tubuh badan mereka dan menjadikan kanak-kanak itu lebih kuat.
Dalam kajian tersebut, Gilbert memberitahu, walaupun rumah seseorang itu dijaga kebersihannya seperti sebuah hospital, ia sebenarnya menyebabkan kanak-kanak mengalami sistem imunisasi yang sangat sensitif dan cenderung untuk mendapat asma serta masalah perkembangan neuroderma.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Jangan Seksa Anak Dengan Pendidikan Akademik Terlalu Awal
sumber: kosmo

Setuju.. sebab saya dari kecil terbiasa dengan tempat bersih dan pasti dimarah kalau bermain dengan rakan2 di luar.. bila besar saya kerap sakit dan sering ke hospital huhu
ReplyDelete