Thursday, July 20, 2017

Jurugambar Profesional Pokai Selepas Di Saman Monyet!


Sedih ada, kelakar pun ada. Tapi itulah hakikat yang dialami oleh jurugambar David Slater yang terpaksa menjadi papa kedana selepas bertarung mendapatkan hak cipta ke atas gambar swafoto seekor monyet.

David Slater

Kamera miliknya dirampas oleh seekor monyet yang kemudiannya merakam beberapa keping gambar swafoto sehingga ia tular di Internet.

Memetik laporan The Guardian, Slater tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan ke San Francisco bagi menghadiri perbicaraan di mahkamah.

Mahkamah rayuan Amerika Syarikat (AS) mendengar kes sama ada seekor monyet boleh mendapatkan hak cipta ke atas gambarnya, sementara Slater menonton prosiding itu menerusi penstriman langsung dari rumahnya di England.

Jurugambar itu bukan sahaja tidak mampu menggantikan kameranya yang telah rosak disebabkan oleh monyet berkenaan, malah tidak mempunyai wang untuk membayar peguamnya sendiri.

Kisah mengenai swafoto monyet mula hangat diperkatakan pada 2011 apabila Slater berkunjung ke Sulawesi, Indonesia dan menghabiskan masa beberapa hari mengikuti sekawan monyet.

Slater mendakwa bahawa gambar-gambar swafoto tersebut adalah miliknya walaupun monyet terbabit yang menekan butang pada kamera itu.

"Ia bukan kelakuan yang dilakukan oleh seekor monyet secara kebetulan. Ia memerlukan pengetahuan yang mendalam seorang jurugambar, kerja keras, penat lelah dan macam-macam perkara lagi," kata Slater.

Gambar tersebut menjadi popular dan Slater memberitahu bahawa dia memperoleh beberapa ribu Pound Sterling untuk menampung kunjungannya ke negara itu.

Bagaimanapun, gambar tersebut mendatangkan masalah kepada Slater pada 2014 selepas dia meminta blog Techdirt dan Wikipedia untuk berhenti menggunakan imej berkenaan tanpa kebenarannya.

David Slater

Kedua-dua laman web tersebut enggan berbuat demikian atas alasan gambar yang digunakan mereka tidak memiliki hak cipta memandangkan ia dirakamkan oleh seekor monyet.

Pertubuhan People for the Ethical Treatment of Animals (Peta) memfailkan saman ke atas Slater bagi pihak monyet berkenaan.

Pejabat Hak Cipta AS menyatakan pada 2014 bahawa mereka tidak dapat memberikan hak cipta kepada haiwan dan seorang hakim memutuskan pada 2016 bahawa monyet itu tidak boleh memiliki hak cipta kepada swafoto tersebut.

Sejak itu, kes itu diserahkan kepada mahkamah rayuan persekutuan AS untuk didengari semula.

BACA INI JUGA: 5 Gaya Selfie Yang Buat Orang Menyampah!

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon