Monday, July 31, 2017

Asal-usul Orang Bunian, Benarkah Dari Keturunan Nabi Adam?


Banyak mitos dan cerita misteri yang dipercayai oleh manusia berdasarkan kisah-kisah adakah orang Bunian benar-benar wujud yang disampaikan dari zaman ke zaman yang hanyalah andaian dan bukannya cerita yang benar.

Gambar orang Bunian
Lakaran gambar orang Bunian.

Bunian bukanlah berasal daripada bangsa manusia keturunan Nabi Adam a.s. yang boleh dipanggil "orang".

Yang sahihnya, mereka bukanlah manusia tetapi makhluk yang dicipta Allah SWT dari cahaya sama seperti para malaikat untuk membantu manusia dibawah arahan Allah SWT.

Namun, Bunian bukanlah malaikat cuma unsurnya sahaja sama kejadiannya seperti para malaikat.

Para Malaikat tiada jantina, tidak makan, tidak minum dan tidak tidur manakala Bunian pula sebaliknya. Mereka berkeluarga, makan, minum dan tidur seperti manusia.

Asal-usul

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul makhluk bunian, antaranya ialah mereka adalah daripada keturunan jin.

Pendapat kedua menyatakan mereka ialah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin. Dan pendapat ketiga dan yang sebenarnya, Bunian adalah makhluk ciptaan Allah dan bukan dari keturunan manusia, jin maupun malaikat.

Allah SWT Maha Pencipta dan mampu mencipta pelbagai jenis makhluk yang manusia sendiri tidak pernah melihat kecuali mereka-mereka yang dianugerahkan Allah ilmu Makrifat dan Laduni.

Yang sebenarnya, apa yang manusia bertemu bunian selama ini disebalik semua cerita dari turun temurun itu bukanlah Bunian sebaliknya jin-jin kafir yang menyamar sebagai Bunian, contohnya seperti jin kebayan yang suka berlakon dan menyamar.

Banyak cerita-cerita dan asal-usul yang kurang tepat malah tidak ada hadis yang spesifikasi tentang bunian, semua itu andaian sahaja sehinggalah kelahiran Puteri Nur, satu-satunya manusia hybrid kacukan Raja-raja bunian dan nendanya Puteri Ratna yang bersuara melalui dia menerangkan sebenar apakah itu bunian.

Alam mereka di kayangan dan tempat itu bernama alam zara.

Mereka tidak tinggal di hutan dan mereka bukan merasuk pesakit seperti yang di dakwa orang ramai. Kerana sekali lagi diulang, ia adalah lakonan jin-jin kafir yang hendak merosakkan nama bunian yang sebenar.

Alam Zara

Manusia menggelarkan Alam Bunian sebagai Kayangan yang terletak di antara Langit dan Bumi, dikenali sebagai Alam Zara.

Alam Zara tiada cahaya matahari dan mempunyai kelembapan yang tinggi namun begitu, ianya disinari cahaya Bunian itu sendiri.

Keadaan sebenar tempat tinggal bunian ini juga pernah diceritakan di dalam filem Sumpah Orang Minyak lakonan P. Ramlee, malangnya beberapa perkara di dalam filem ini diubahsuai mengikut citarasa P. Ramlee.

P. Ramlee diberi ilham oleh para Bunian untuk mengambarkan ciri-ciri, suasana dan kehidupan bunian yang sebenar.

Hubungan dengan manusia

Oleh kerana orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan), tidaklah menghairankan untuk mereka berkahwin dengan manusia.

Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini ialah hasil gabungan hubungan manusia dan jin bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal daripada unsur tanah) dan bunian (berasal daripada unsur cahaya).

Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian tetapi lantaran ingin kembali kepada keluarganya yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian.

Semasa kepulangannya kedalam golongan manusia, dia mendapati bahawa setiap orang yang dia kenal telah meninggal dunia dan beberapa tahun sudah berlalu.

Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.

Kebenaran Mengenai Bunian oleh Bentara Tujuh (2012)

Sekitar tahun 2012, nama Puteri Nur menjadi sebutan kerana beliau adalah satu-satunya hybrid manusia kacukan bunian.

Perawat wanita Darussyifa' Bangi mencatatkan pertemuan mereka di Masjid Darussyifa' di Bangi di blognya ketika Puteri Nur hendak berjumpa dengan Prof. Dato' Dr Haron Din tetapi blog itu telah didelete untuk menjaga privasi blogger tersebut.

Banyak kesilapan besar tentang rupa bentuk sebenar bunian yang selama ini kita dengar termasuk apa yang ditulis di atas, tetapi masih ada perkara yang boleh diterima walaupun amat kecil.

Semua itu dijawab oleh Puteri Gudipati Ratnasuri Singgara (dirujuk sebagai Puteri Sari di dalam blog dan laman Facebook Bentara Tujuh) yang merupakan Raja segala Raja-raja Bunian seluruh dunia.

Di Youtube juga terdapat rakaman suara Puteri Ratna berkongsi pendedahan apakah itu sebenarnya Bunian.

Di sini disertakan link ke rakaman suara tersebut:

Puteri Nur juga pernah ditemubual oleh TV3, NTV7 (Seekers) dan TV9 (Nasi Lemak Kopi O). Buat masa sekarang Puteri Nur membantu seorang ustaz di sebuah pusat rawatan di ibu negara.

Pesakit-pesakit Puteri Nur datang dari dalam dan luar negara termasuk Amerika Syarikat, Arab, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Selain merawat, Puteri Nur juga merupakan seorang Penasihat Paranormal yang sering dirujuk oleh para penggiat paranormal dan mempunyai penuntut dari golongan ulama dan profesional yang ingin mempelajari dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang perawatan alternatif dan juga perihal Bunian yang sebenarnya.

Kebenaran dan misteri mengenai alam Bunian

Putera_Aria - Raja Bunian
Putera Aria - Raja Bunian.

Berikut adalah kenyataan yang disunting dari blog Nukilan Bentara Tujuh tentang Kebenaran Tentang Bunian yang dipaparkan di dalam page facebook "Kata-kata Puteri Sari, Raja segala Raja-raja Bunian Seluruh Dunia".

Tujuan penciptaan makhluk telah dinyatakan ALLAH subhanahu wata’ala dalam firmanNya dalam surah Ad-Dhariyat, ayat 56, “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Namun begitu, masih ada di kalangan manusia yang ingin memasuki Alam Bunian dan Alam Jin, dengan alasan (diantaranya) untuk mensyukuri nikmat ciptaan ALLAH, padahal Alam Nyata ini masih belum habis diterokai. Begitulah sifat dan sikap manusia,yang menyebabkan para Malaikat mempersoalkan penciptaannya.

Berdasarkan dalil naqli dari ayat surah Ad-Dhariyat di atas juga, terdapat banyak percanggahan maklumat dan salah faham mengenai para Bunian.

Di antara miskonsepsi ini termasuklah:

1. Bunian adalah jin

Ramai yang menyangka bahawa para Bunian adalah daripada kaum Jin. Seperti yang telah dijelaskan di atas, para Bunian dijadikan daripada cahaya sama seperti Malaikat.

Jin pula, sebaliknya, dijadikan daripada api namun begitu, terdapat banyak kes di mana jin (khususnya jin kafir) menyamar sebagai Bunian.

Jin-jin ini memperdaya manusia untuk menyesatkan mereka, pada waktu yang sama menjauhkan manusia daripada didampingi Bunian yang sebenar.

2. Bunian memberi harta kepada manusia

Kita sering mendengar bahawa ada manusia yang memperolehi batu permata, emas dan perhiasan seperti mahkota dan cincin daripada Bunian. Ini adalah tidak benar sama sekali.

Walaupun Bunian merupakan makhluk ALLAH yang paling kaya, tetapi mereka tidak pernah memberikan harta kepada manusia.

Bunian membantu manusia dengan memudahkan dan membukakan jalan serta memberikan ilham untuk manusia memperoleh rezeki melalui kaedah-kaedah yang halal.

Bunian tidak akan memberikan harta secara fizikal kepada manusia. Manusia yang menerima wang dan harta daripada alah ghaib sebenarnya telah diperdayakan oleh jin dan iblis.

3. Mahkota Bunian

Terdapat kes di mana manusia mendakwa mereka menerima mahkota Bunian. Perkara ini tidak mungkin berlaku kerana tidak seperti mahkota manusia, mahkota Bunian tidak boleh ditanggalkan. Ianya tumbuh dari kepala bagaikan tanduk rusa.

Seperti di atas, mahkota yang diperolehi hanyalah helah jin kafir yang ingin memperdayakan manusia. Harta-harta ini biasanya diperolehi daripada bomoh.

Jika difikirkan secara logik, kenapa bomoh itu perlu memberikan harta kepada orang lain? Kenapa dia tidak mengambil harta itu untuk dirinya sendiri?

Bunian merupakan mahkluk ALLAH yang warak dan alim, mereka hanya menumpukan masa beribadat kepada ALLAH – solat, zikir – dan bertempur dengan iblis dan jin kafir.

Jin kafir akan mengambil harta-harta serta wang dari tanah perkuburan dan tempat-tempat maksiat seperti kasino untuk diberikan kepada manusia.

4. Bunian menculik anak manusia

Seperti yang telah dijelaskan di atas, ALLAH telah menjadikan pelbagai Alam dengan penghuninya yang unik kepada Alam tersebut.

Kita sering terdengar kisah bayi yang hilang didalam kandungan. Terdapat beberapa penjelasan mengenai perkara ini.

Secara perubatan, ada satu keadaan yang dikenali sebagai “Vanishing Twin Syndrome” (VTS) atau sindrom kembar yang lenyap. VTS menyebabkan salah satu janin kembar “hilang”.

Janin yang telah meninggal di dalam kandungan juga boleh diserap semula oleh badan ibunya dan ini menyebabkan janin itu “hilang”.

Ia mungkin juga kes pseudocyesis di mana wanita tersebut mengalami “phantom pregnancy” atau kehamilan palsu namun begitu, jika ianya tidak dapat dijelaskan secara perubatan, mungkin bayi tersebut telah diambil oleh para Bunian. Ini adalah kerana perkahwinan antara manusia dan Bunian pernah berlaku.

Ianya ada yang menghasilkan zuriat sama ada Bunian sepenuhnya atau manusia sepenuhnya. Dalam kes ini, mungkin ada keturunan si ibu yang pernah berkahwin dengan Bunian, dan kandungannya merupakan Bunian sepenuhnya.

Oleh kerana bayi itu Bunian, dia tidak akan kelihatan pada mata kasar dan tidak boleh hidup di Alam Nyata, sepertimana manusia tidak akan boleh hidup di Alam Bunian.

Untuk menyelamatkannya, ia diambil oleh para Bunian untuk dipelihara dan dibesarkan di Alam Bunian.

5. Bunian memunculkan diri kepada manusia

Para Bunian tidak pernah memunculkan diri kepada manusia. Mereka adalah rahsia ALLAH, dan menjadi larangan ALLAH untuk mereka memunculkan diri kepada manusia.

Bunian hanya akan menggerakkan hati manusia untuk membantu mendorong mereka ke arah kebaikan.

Bunian yang mendampingi perawat juga tidak memunculkan diri, hanya membantu secara rahsia.

Dalam kes-kes tertentu, terdapat Bunian biasa yang berkahwin dengan manusia dan ini memerlukan mereka memunculkan diri, namun hanya pada pasangan masing-masing.

Kebanyakan manusia yang pernah melihat Bunian mungkin telah melihat jin yang menyamar sebagai Bunian. Mungkin juga mereka melihat Bunian sebenar dengan tidak sengaja, tetapi Bunian tidak boleh memunculkan diri kepada manusia.

6. Gambaran para Bunian

Para Bunian sering digambarkan memakai pakaian putih, berjubah dan berbaju kurung. Mereka sering digambarkan sebagai makhluk yang lemah-lembut, menghabiskan masa di tepi sungai, mandi dan menyanyi.

Gambaran ini adalah kurang tepat. Para Bunian adalah panglima perang dan pahlawan yang setiap hari bertempur dengan iblis dan jin kafir.

Mereka sentiasa bersenjata dan dilengkapi pakaian perisai, kecuali ketika tidak bertempur.

Para Bunian tidak berjenaka sebaliknya sentiasa serius di dalam menjalankan tugas mereka.

Tidak dinafikan para Bunian merupakan makhluk yang ihsan dan belas kasihan tetapi mereka juga amat tegas, bijak dan berpandangan jauh.

Mereka dikurniakan kuasa sakti oleh ALLAH subhanahu wata’ala untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pelindung, pembimbing dan penyimpan Rahsia-rahsia ALLAH.

Kemunculan di kaca televisyen

Puteri Nur

Puteri Nur (atas) ketika di wawancara oleh TV9. Puteri Nur, satu-satunya manusia hybrid keturunan Raja-raja bunian.

Berikut adalah link ketika Puteri Nur muncul di TV9, di bawah segmen Dunia Misteri: Perihal Alam Bunian.

Kemunculan di dalam Majalah Mastika

Usaha Bentara Tujuh ini dapat liputan dengan Majalah Mastika edisi bulan March 2017. Di sana turut dipaparkan dengan dialog bersama Bunian agung.

Kata-kata Puteri Sari, Raja segala Raja-raja Bunian Seluruh Dunia

Merupakan satu page di laman sosial Facebook yang mengetengahkan teks kata-kata Puteri Ratna Singgara, Raja seluruh Raja-raja Bunian melalui rakaman perbualan beliau bersama Bentara Tujuh.

“Allahuakbar... Manusia, dari dahulu..peperangan, peperangan. Kebodohan, Kezaliman. Itu sahaja. Mau mengambil jalan mudah, iya, ketemu bomoh, ketemu tukang tilik, beri aku batu, beri aku cincin, untuk apa?...Ambil Wudu, berdoa kepada Allah, bukakan jalan, ya, baca surah-surah pembuka jalan, usaha. Allah memberikan tenaga, ya, dua tangan, dua kaki, usaha sendiri. Allahuakbar..”

Di antara surah-surah Al-Quran untuk memohon supaya dibukakan jalan ialah surah Al-Kahfi ayat 1-10 dan surah Al-Mulk.

“Khabarkan kepada manusia kebenaran ini. Jangan biarkan diri mereka berlaku SYIRIK, ya,, dan terlalu banyak juga manusia mengatakan, "ya, aku bisa merawat", SUBHANALLAH... yang bongkak adalah qarin dan jin-jin mereka sendiri, mereka bongkak ya, kerana "manusia perlukan aku", bongkak! secara tidak langsung, perawat-perawat yang didampingi oleh jin-jin dan saka-saka mereka sendiri, mereka menjadi bongkak, takbur dan riak. Ngerti kamu di sini Bentara. Allahuakbar. Kabarkan kepada manusia-manusia itu, agar TIDAK berlaku syirik. Agar tidak menjadikan iya kebodohan mereka itu bahan tertawa Iblis dan jin kofir. Maafkan beta, ya.”

Asal-usul Puteri Nur daripada susur-galur kekanda Puteri Ratna bertemu dengan moyang Puteri Nur bernama Rahmah di Jawa.

“Beta, Puteri Ratna Singgara. Kami dua beradik. Kekanda(abang) beta, Putera Sarayana, (Putera Subarshah Sarayana) Sarayana yang bertemu dengan Rahmah di Jawa (Indonesia), ninda (nenek/moyang) kepada cucunda Beta. (Puteri Nur).”

“Mistik alam bunian. Subhanallah. Apakah itu mistik? Apakah ayat itu, misteri. Apakah? huh Subhanallah. Tidak ada kerjaan lain kah manusia?”

Puteri Ratna murka dengan sikap segelintir manusia yang suka menghabiskan masa dengan perkara-perkara mistik dan misteri.

“Dosa pada Allah, Allah bisa ampunkan. tetapi dosa sesama manusia, mengumpat, menghina, memfitnah tidak terampun. Selagi kamu tidak memohon kemaafan dari manusia yang kamu fitnah itu. Gentayangan (berkeliaran) roh kamu. Ya, kerana itu apabila talqin dibacakan, apa dia akan katakan urusannya bagaimana, hutangnya bagaimana, jika kamu mengumpat, memfitnah, menganaiya, kamu berhutang dengan manusia yang kamu umpat dan kamu fitnah itu. Berdosa besar. Banyak ya roh-roh yang tidak lepas (dari) seksa. Iya, banyak. Kami melihat.”

Ini pula keadaan roh seseorang yang ketika hidupnya mengumpat, menghina dan memfitnah kerana dosa ini adalah hubungkait manusia dengan manusia. Dosa ini dirungkai sehalus-halusnya oleh Raja Bunian yang dapat melihat keadaan roh ini.

“Bunian tidak memberi harta. Itu sudah berlaku dosa ya, meminta harta dari kami (para bunian). Tidak boleh. Mahu harta ka apa , mohon pada Allah. Bila Allah memerintahkan bantu mereka (manusia), Kami akan membantu manusia membuat lorong. (Jalan penyelesaian). Iya, manusia bisa membaca surah al-Kahfi ka apa. Mohon pada Allah, itulah dia Kami membantu. Tidak memberi harta. Harta bunian tidak (boleh) diberi kepada manusia. Suatu dosa.”

Ini pula persoalan yang selalu bermain di dalam masyarakat. Bunian sama sekali tidak memberi harta kerana pemberian ini bukan dari bunian yang sebenar.

“Beta amat bersyukur kerana akhirnya kebenaran tentang Bunian dapat Beta disampaikan. Bunian tidak merasuk. Kebayan (Jin-jin kebayan) suka berlakon ya."

Wallahu a'lam.

Nota editor: Artikel ini sekadar perkongsian sahaja dan anda tidak digalakkan untuk mempercayainya 100%.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon