Monday, June 26, 2017

5 Perkara Ini Anda Wajib Baca Sebelum ‘Judge’ Arab Jahat


Anda pastinya pernah membaca tentang “satu sisi burukorang Arab”, yang mana dikupas di dalamnya tentang permasalahan sikap Arab yang memiliki bermacam-macam ragam.

Arab jahat

Tapi kali ini, cuba kita bandingkan sisi buruk antara Melayu dengan Arab. Cuma jangan terasa ya.

Jom aku kongsikan:

1. Berbuat kebaikan di Tanah Arab adalah sangat selesa jika dibandingkan dengan berbuat kebaikan ditempat lain.

Tahu kenapa?

Kerana di sini, perbuatan kebaikan (sedekah, saling membantu, sumbangan) tidak dipandang sinis dan pelik. Sebaliknya diraikan dengan penuh meriah. Masing-masing akan cuba beri kerjasama dan sambut.

Kerana selain orang yang memberi itu mendapat pahala, orang yang menerima juga boleh jadi mendapat pahala kerana memudahkan dan meraikan.

2. Beribadat secara terbuka disini tidak dipandang serong.

Ya, di sini solat di tepi jalan, di bawah jambatan, di tepi kereta sudah menjadi kebiasaan.

Manusia di sini tidak jakun dan tidak sesekali pelik jika terlihat kejadian seperti ini. Dan paling penting, di sini tiada orang berprasangka buruk jika kita berbuat ibadat di tempat umum dan terbuka.

Kalau kat Malaysia, kau tunggulah macam-macam versi cerita akan viral. Riak, takabbur, nak menunjuk, itu wajib keluar.

3. Disini lagi, jika anda berjalan kaki di mana-mana kawasan, masyaAllah. Ada kalanya mulut kita seakan tidak akan berhenti berzikir.

Kerana apa?

Kerana jika diperhatikan sebaiknya, rata-rata kedai-kedai di sini pasti ada meletakkan ayat-ayat2 zikir dan selawat di kedai masing-masing.

Mereka mengamalkan budaya perbanyakkan zikir dan selawat, sebaliknya kita segalanya sekadar hiasan.

Hatta, jika anda masuk ke kedai Arab tanpa memberi “Assalamualaikum”. Rata-rata mereka yang tua-tua akan menegur dan menasihati kita. Punyalah mereka menjaga adab.

4. Di sini lagi, jika anda menziarahi atau berkunjung kerumah arab, anda akan rasai pengalaman dilayan bagaikan seorang raja.

Ya benar.

Di sini, tetamu dianggap seperti seorang raja. Tuan rumah akan melayan tetamu sehabis baik. Dari sekecil-kecil makanan, hinggalah sebesar-besarnya.

Kerana itu kerap kali jika lihat gambar anak-anak Melayu makan di rumah Arab, kalian pasti nampak “banyaknya nasi, habis ke?” Sebenarnya banyaknya nasi itu menggambarkan betapa mereka ingin menghidangkan kita yang terbaik.

5. Di sini lagi, status anda sebagai seorang MUSLIMIN sangat dititik beratkan.

Ya, kerap kali jika melalui sekatan polis atau pemeriksaan, pasti mereka bertanya “Muslimin?” Jawablah ya, nescaya hati mereka akan lembut.

Pernah sekali kenderaan kami diperiksa kerana disyaki sedang membuat perkara terlarang (dadah).

Sedangkan sebenarnya waktu itu kami bertiga (aku dengan kawan-kawan) sengaja berhenti di tepi bukit untuk menikmati udara bersih, sejuk, padan dengan jam menunjukkan 12.00 malam.

Tetapi kerana ada anggota kejiranan kawasan tersebut mengadu, ada polis yang lalu kemudian berhenti di hadapan kami.

Antara soalan yang ditanya adalah “korang semua Muslimin?” Apabila kami jawab ya, terus sahaja pegawai tersebut mengajak rakannya berlalu.

“Dah dah. Mereka ni Malizi (orang Malaysia) Muslimin. Orang baik-baik. Muslim”. Mereka tegur kami dan berlalu pergi.

Banyak je lagi sebenarnya kalau nak cerita kebaikan Arab. Tapi tak perlu lah kalau nak cerita semua kan. Tidaklah jahat dan teruk sepanjang masa.

Sama la juga dengan masyarakat Melayu, banyak juga kebaikannya. Cuma dalam hidup, tak perlulah kita asyik nak pandang buruk pada orang lain setiap masa. Setiap orang ada kebaikannya.

Memang tak dinafikan Arab ni rata-rata orang melihat mereka dengan pandangan yang teruk. Tapi jangan lupa, bangsa Arab ini dahulu ada Abu Jahal. Dan juga terdapat pada bangsa ini Nabi Muhammad saw.

Nak kata bahawa bukan keburukan sahaja yang wujud pada bangsa ini, tetapi juga ada kebaikan. Ya, kebaikan juga wujud pada bangsa ini.

Afyz Yzels
Irbid, Jordan.

BACA INI JUGA: Mengapa Arab Lebih Memusuhi Hamas dan Ikhwan Muslimin Berbanding Israel?

sumber: thevocket

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon