Wednesday, June 21, 2017

Sambutan Hari Muzik Sedunia, World Music Day


Sambutan Hari Muzik Sedunia, World Music Day juga dikenali sebagai 'FĂȘte de la Musique' atau Hari Muzik atau Hari Membuat Muzik, adalah sambutan muzik tahunan yang berlangsung pada 21 Jun setiap tahun.

World Music Day

Konsep sambutan muzik sepanjang hari ini, dimulakan oleh Menteri Kebudayaan Perancis, Jack Lang. Festival ini kemudiannya disambut di lebih daripada 120 negara di seluruh dunia.

Pada bulan Oktober 1981, Maurice Fleuret pengarah muzik dan tarian mendapat permintaan daripada Jack Lang, untuk menerapkan satu evolusi baru berkaitan konsep muzik, "Musik di mana-mana dan juga konsert".

Dalam satu kajian pada 1982, dalam budaya Perancis yang seramai lima juta orang, apabila seseorang mula memainkan alat muzik, ia akan mengajak bersama seramai mungkin orang bersamanya di jalanan.

Kemudian terciptalah festival muzik pertama yang berlangsung pada tahun 1982 di Paris dan dikenali sebagai FĂȘte de la Musique.

Sejak itu, festival itu telah menjadi fenomena diperingkat antarabangsa, dirayakan pada hari yang sama di lebih dari 700 bandaraya di 120 negara.

FĂȘte de la Musique bertujuan untuk mempromosikan muzik dalam dua cara:

Pada hari sambutan, pemuzik amatur dan profesional disarankan untuk melakukan persembahan jalanan dengan slogan "Faites de la musique" atau "membuat muzik".

Selamat menyambut Hari Muzik Sedunia.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon